Thursday, 12 January 2017

ANAK DAN MENANTU KURUNG IBU USIA 95 TAHUN DALAM KANDANG BABI

Assalamualaikum...





Harapan saya bila dah tua nanti anak-anak saya akan menjaga saya dengan baik .Sediakan keperluan saya sebagaimana saya menjaga dan menyediakan segalanya untuk mereka masa mereka kecil ni.Takut jugak memikirkan gaya hidup generasi sekarang ni.Kadang2 tu belas kasihan dan kasih sayang macam dah kurang.Harap2 ianya tak berlaku pada ank-anak saya.

Setuju tak kalau saya katakan dalam dunia ni ada ramai orang yang sangat kejam. Tengok je la berita dalam negara hari ni..Mesti ada berita tentang penganiyaan , dan kekejaman kepada orang lain.Pagi-pagi lagi kita dah dijamu dengan berita-berita yang boleh menitiskan airmata kita.Belum tengok kat luar negara lagi.
wanita berusia 95 tahun ni dikurung anak dan menantunya.

Berita yang saya baca hari ni seorang wanita tua berusia 95 tahun dikurung dalam kandang babi oleh anak dan menantunya .Wanita tua ini dikatakan telah dikurung sejak bertahun-tahun lamanya.Video wanita di kurung dalam kandang babi ini tersebar meluas di China dan ianya mendapat perhatian banyak pihak.

Wanita yang dikenali sebagai  Yang, ditemui dalam keadaan lemah dan dibawa ke hospital untuk pemeriksaan lanjut. Polis kini masih menyiasat kedua-dua pasangan suami isteri yang terlibat.


Nampak tak badan nya kurus kering dikurung oleh anak dan menantu hantunya...

Mujur lah wanita tua ni ditemui hidup.Panjang pulak tu umur nya sampai 95 tahun..kan??Tapi kalau nak tahu di China memang ramai yang buat kerja macam ni,.Mereka akan mengurung ahli keluarga yang mereka rasakan tidak berguna .Contohnya ibu bapa yang dah tua.Selalunya orang-orang tua ni akan di kurung di kandang babi.

Sebelum ni pun tahun 2014 ada juga kes seorang kanak-kanak umur 8 tahun di kurung dalam kandang babi oleh ibunya yang ada penyakit mental.Tahun 2015 kanak-kanak lelaki 7 tahun pula jadi mangsa ,di temui dalam kandang babi dengan keadaan tidak terurus.

Bukan tu saja malah bagi sesetengah mereka di China jika ada ahli keluarga yang terlalu tua meninggal dunia , ianya satu kegembiraan  pada mereka.Hilangnya perasaan kasih dan sayang dalam diri mereka bagaikan  satu virus yang jika tak di kawal mungkin generai akan datang pun rasa orang tua memang patut di buang saja.

sekian..





3 comments:

  1. Kat Malaysia ni pun ramai yang hantar mak bapak kat rumah orang2 tua. Sedih pulak terkenang seorang wanita bergelar ibu dikurung macam ni :(

    ReplyDelete
  2. Aduhhh... Takut pulak bila jadi macam tu... Harap2 generasi kita nanti takde la yg jadi macam tu... Hurmm

    ReplyDelete
  3. sedihnya...
    kat malaysia pom dah ada ala-ala camni kan..melibatkan kurung ank la..

    apa2 pom, byk2 berdoa moga bila kt tua nnti, kt dijaga sebaiknya oleh ank2 kita..sbgaimana kita mjaga ank skarang

    ReplyDelete

sila tinggalkan komen anda...:)

'; (function() { var dsq = document.createElement('script'); dsq.type = 'text/javascript'; dsq.async = true; dsq.src = '//' + disqus_shortname + '.disqus.com/embed.js'; (document.getElementsByTagName('head')[0] || document.getElementsByTagName('body')[0]).appendChild(dsq); })();