Skip to main content

Posts

Showing posts from January, 2017

BELAJAR BUAT BLOG : BAGAIMANA NAK DAPATKAN PENGUNJUNG BLOG YANG RAMAI.

Assalamualaikum...

Terima kasih untuk blogger Anuar yang menganjurkan   Contest SEO : Belajar Buat blog bagi mendidik lebih ramai orang untuk menulis blog dan sekaligus menjana pendapatan dari blog.Ini pertama kali saya turut serta dalam kontest SEO yang dianjurkan oleh rakan blogger. Hanya untuk memeriahkan dan memberi sokongan pada rakan blogger sahaja.

Sebenarnya ramai juga dikalangan rakan-rakan saya yang ingin belajar buat blog.Tapi mungkin tak tahu dari mana nak bermula dan saya pula tak pandai nak ajar orang.

Ini tahun ke 7 saya terlibat dengan dunia blog.Blog bukan saja menjadi medan untuk saya berkongsi pandangan dan buah fikiran tapi ianya juga membantu saya menjana pendapatan melalui blog.Kalau ditanya apa rahsia blog saya boleh bertahan selama 7 tahun , sama saja dengan blog-blog lain cuma mungkin blog saya mempunyai pembaca setia yang sekian lama bersama saya sejak awal saya menulis blog lagi.

BELAJAR BUAT BLOG
Memandangkan kepentingan blog yang semakin diguna pakai untuk…

INI SEBAB KENAPA ANDA PATUT HENTIKAN TABIAT MENCIUM HAIWAN KESAYANGAN

Assalamualaikum..



Saya selalu pesan pada Mikhail jangan cium kucing.Tapi budak ni memang tak makan saman tau.Sebab tu kalau dia pegang kucing saya akan perhatikan dia .Dia memang rapat dengan kuving ni..Jonjea pun kat mana ada Mikhail dia pun sua le muka comel dia.Mana la mikhail tak geram..kan?Sampai kan bila Mikahil tidur pun dia datang tidur kat sebelah.

Kebanyakan dari kita yang memelihara haiwan kesayangan akan menganggap haiwan kesayangan kita adalah sebahagian dari keluarga kita.Dan tak mustahil kadang2 kita mencium mereka .Tapi sebenarnya tindakan kita salah dan tak elok untuk kita.Siapa tahu haiwan kesayangan kita tu gigit sampah ke, baru jilat2 air dari lantai bilik air kita, atau dia makan sesuatu yang kotor...Kita bukan perhatikan dia 24 jam..kan??



Lain la kalau haiwan peliharaan kita tu baru je kita bersihkan dan yakin dia memang dalam keadaan bersih.

Terutamanya anjing..Air lir anjing ada virus dan kuman .Ada pernah berlaku pada seorang wanita british ,dijangkiti kuman …

I2 KESILAPAN YANG SERING KITA LAKUKAN DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN

Assalamualaikum..

Gaya hidup ikut ikutan memang menjadi amalan ramai dari kita.Kita hanya mendapat info melalui cakap-cakap orang yang entah dari mana sumber nya tanpa pengesahan dan status sebenar .Lebih merbahaya jika apa yang disampaikan oleh orang pada kita adalah maklumat yang salah dan boleh menjejaskan kesihatan kita.Dibawah ini saya senaraikan 12 kesilapan yang sering kita lakukan dalam kehidupan kita sehari-hari.

Sumber;brightside.com














Tanpa kita sedar banyak mitos yang kita percaya hinggakan ianya menjadi amalan dan gaya hidup kita.Kalau tak buat kita rasa salah dan tak selesa.Bukan tu saja malah kalau orang tak buat macam yang kita selalu buat pun kita anggap orang tu tak betul.

Semoga bermanfaat untuk semua..

sekian..



PEMINAT MAKIN BOSAN DENGAN LAWAK PICKUP LINES SEPAHTU

Assalamualaikum...



Kumpulan Sepahtu memang ramai peminatnya.Saya sendiri suka tonton rancangan yang ada Sepahtu.Nampak serasi gabungan Jep dan Shuib bersama Rahim..Kan??Sejak awal kemunculan mereka , setiap persembahan mereka pasti mendapat sambutan penonton.

Walaupun saya tak melanggan siaran Warna di Astro , tapi saya selalu menonton Sepahtu Reunion di youtube.Tak nak terlepas dengar lawak-lawak diaorang tu.Awal-awal dulu memang best tapi sejak akhir-akhir ni persembahan diaorang macam bosan sikit.


Bukan saya saja yang perasan tapi ramai penonton rasa benda yang sama bila mereka kerap buat lawak pickup line dan Chia Chia Chia tu..Setiap minggu macam lawak tu je yang diaorang ada.

Tapi perkara tu tak sedikit pun membuatkan jumlah penonton berkurangan.Setiap minggu rancangan yang disiarkan secara langsung ni sentiasa mendapat sambutan hangat.Mungkin kerana ramai peminat percaya sepahtu mampu mengubah persembahan mereka menjadi lebih menarik.






Saya sendiri walaupun dah bosan dengan law…

INI CARA PALING SWEET KALAU NAK TEGUR SIKAP ISTERI

Assalamualaikum...



Korang pernah tak tanya suami korang " Awak rasa saya ni orang yang macam mana?"

Soalan tu ramai lelaki tak suka jawab sebab dia nak berterus terang tapi tak boleh sebab dia tahu silap cakap nanti bergaduh..Tau2 je la orang perempuan ni , kalau suami kata "nasik lembik sikit hari ni.." dia punya sentap tu sampai henyot pipi .Punya buruk nya.

Kalau isteri tanya soalan macam tu jangan lah bagi jawapan yang buruk-buruk saja..Satu je soalan dia..kau pulak senaraikan habis buruk dia.macam la esok kau tak jumpa isteri kau dah..

Pelan-pelan boleh tak??Bagi 3 sikap isteri yang baik tapi selit kan satu yang tak best.Contohnya..

"awak ni bertanggungjawab , pandai didik anak, saya paling suka tengok awak ajar anak mengaji..Cuma bila awak garang sangat saya rasa nak menyorok bawah katill"


Mudah tak??Jangan serius sangat masa bercakap dengan dia..Selit2 sikit lawak supaya dia tak la rasa stress..Ni tidak..Biasa yang terjadi...

"awak ni orang n…

ADA TAK PECINTA HAIWAN YANG NAK BELA TIKUS

Assalamualaikum...
Korang rasa gambar kat bawah ni kelakar ke tidak..Bagi saya kelakar..Tapi ada yang kata cara ni kejam.Tengok gambar ni pun tahu pemilik gambar ni nak bergurau saja..Nak buat lawak tapi tak dia sangka dia di kecam oleh beberapa pecinta haiwan.
Gambar pertama , seekor tikus diikat kaki dan tangan sambil di badan nya tertera kertas bertulis "Walaupun saya dipukul hingga matii, saya tidak akan mengakui  saya mencuri nasi" 

Dan kemudian gambar kedua dalam keadaan yang sama , tertulis permohonan maaf tikus tersebut yang berbunyi "Saya tidak akan berani melakukannya lagi"

Kedua-dua gambar diatas dikecam netizen yang mendakwa mereka sebagai pecinta haiwan.

Korang rasa kejam ke gambar ni??kalau rasa gambar ni kejam , agaknya saya lagi kejam la kot.Sebab selalu saya pasang perangkap tikus, bila tikus masuk perangkap saya letak je tikus dan perangkap tu kat luar rumah.Biar dia mati dalam perangkap tu..



Haiwan perosak kot..Mana boleh simpan2..kena bunuh.Kal…

BERITA BAIK UNTUK PEMINAT-PEMINAT RUNNING MAN : RUNNING MAN AKAN DITERUSKAN

Assalamualaikum..

Berita baik untuk semua peminat-peminat Running Man..Running Man akan diteruskan dengan 6 ahli.



SBS kini telah mengeluarkan kenyataan yang menjelaskan keputusan untuk tidak membatalkan Running Man .Kenyataan tersebut dikeluarkan oleh Ketua SBS 'Ibu Pejabat (Pengarah) dan Pencipta Running Man, Nam Seung Yong. Ketua Nam adalah pencipta asal Running Man dan telah terlibat dengan persembahan sejak pertama kali bermula.


Running Man bukan sahaja satu program variety. Ia mempunyai 100 juta peminat hanya di luar negara dan saya tidak fikir ia adil untuk menentukan nasib rancangan hanya kerana masalah dalaman.

Saya percaya jalan yang betul adalah untuk menjalani perubahan untuk menjadi kan persembahan yang lebih baik dan memberi lebih lagi  kepada peminat. Itulah sebabnya kita kembali. "



Saya minta maaf kepada penonton diatas kebimbangan mereka dengan beberapa kejadian sebelum ini. 6 ahli-ahli Running Man kembali dan bersedia untuk menjalankan tugas mereka. Sila teru…

ANDY LAU PATAH TULANG PINGGUL JATUH DARI KUDA

Assalamualaikum..




Pertengahan tahun 90 an dulu mana ada siapa kita disini yang kenal artis korea.Filem korea pun tak de disiarkan di kaca tv.Yang ada hanya filem-filem dan drama tv dari Hongkong.Waktu tu antara artis Hongkong Yang menjadi sebutan ramai ialah , Leon Lai Meng, Jacky Chan, Anita mui , dan ramai lagi..Dan salah seorang yang mempunyai jutaan peminat disini ialah Andy Lau.

Terbaru berita mengenai  pelakon Andy Lau ,beliau dikabarkan terjatuh dari kuda ketika ketika pengambaran sebuah iklan Teh di Thailand minggu lalu


Beliau  dibawa pulang  ke Hong Kong Khamis lalu dan terus dibawa ke Hong Kong Sanatorium & Hospital untuk rawatan. Beberapa tulang dibahagian pinggulnya patah dan dia perlu ditahan di wad selama 6-9 minggu.Manakala untuk sembuh sepenuhnya ianya mengambil masa selama 6-9 bulan.

Andy Lau yang kini berusia 55 tahun adalah seorang pelakon dan juga penyanyi . Kejadian ini pasti menjejaskan kempen promosi filem dan nyanyian   dan beberapa konsert akhir tahun di …

TAK BERSEKOLAH KERANA TIADA SIJIL KELAHIRAN

Assalamualaikum...


Anak saya Maisara ..Dia ada sorang kawan yang tak bersekolah .Usia kawan nya tu kalau tak salah saya 11 tahun.Dia bukan tak berminat nak sekolah tapi mak dan ayah dia yang tak hantar dia kesekolah.Alasan nya sebab dia tak de sijil kelahiran,Saya tanya Maisara kenapa kawan nya tak sekolah, Maisara kata" sebab dia tak de surat.." jadi saya faham sendiri lah ianya mungkin sijil kelahiran.
Adiknya juga tak bersekolah..mungkin alasan nya sama..tak de surat ..Kalau dua beradik ni datang rumah saya memang rasa sedih je tengok diaorang berdua tu.Lagi-lagi bila tengok Maisara dan kawan-kawan dia yang lain duduk sama-sama buat kerja sekolah, berbincang tentang pelajaran tapi kawan nya yang tak sekolah ni duduk diam saja sambil selak-selak buku.
Kata Maisara , kawan nya ni boleh membaca tapi tak lancar.Saya rasa mungkin mak nya ada juga mengajar di rumah.Dari situ boleh tahu mak nya juga nak anaknya tu ada pelajaran..kan??tapi hairan sebab tak diusahakan lebih lagi …

GIVEAWAY SLIMMTREATS BERSAMA DIANARASHID.COM 2017

Assalamualaikum..



Sempena awal tahun 2017 saya bersama beberapa rakan ingin berkongsi sedikit keseronokan dan kegembiraan bersama-sama dengan pembaca blog ini. Selain itu giveaway ini juga untuk memperkenalkan produk Chia Seed  SlimmTreats selaku penaja utama giveaway ini. Dengan ini dijemput untuk pembaca semua turut sama memeriahkan GIVEAWAY SLIMMTREATS BERSAMA DIANARASHID.COM 2017 yang  menawarkan beberapa hadiah menarik untuk pembaca semua.






Senarai Hadiah 

Wang Tunai RM50 x 5 pemenang

Wang Tunai RM20 x 1 pemenang

Wang Tunai Rm10 x 2 pemenang


1 Pek Slimmtreats Chia Seeds Bernilai RM20  X 10 pemenang.


Syarat-syarat penyertaan:

1-Mestilah warna negara Malaysia yang mempunyai blog .

2-Buat satu entry dengan  Tajuk Giveaway " GIVEAWAY SLIMMTREATS BERSAMA DIANARASHID.COM 2017" ..

3- Like dan Follow penaja di bawah :- (ikut je la apa yang korang ada..fb, Ig, blog dsb)

Slimmtreats:
http://www.slimmtreats.com
http://www.facebook.com/slimmtreats (like page -optional)

Nora Misnan:
http:/…

RISIKO DI KECAM BILA KONGSI GAMBAR PERIBADI DI INSTAGRAM DAN FACEBOOK

Assalamuaalikum..

Zaman sekarang walau pun masih ada yang selesa simpan gambar dalam album ,tapi tak kurang juga yang lebih suka simpan gambar di facebook dan instagram.Macam Pelakon Que Haidar ni..Dia simpan semua gambar-gambar kenangan anak-anaknya di dalam instagram.





Tapi bila banyak sangat kongsi mula la ada yang kata nak menunjuk la, riak la..Mulut orang tak boleh nak tutup.Tapi sesuatu yang baik tu kalau kita kongsi kat orang mungkin akan jadi ikutan dan contoh untuk orang lain.Kan?

Cuma yang tak best nya gambar-gambar kita tu tak de privasi la..Macam saya apa yang saya share di Instagram dan Facebook tu hanya 20% saja dari kehidupan sebenar .Ada banyak  perkara dalam hidup kita ni kena disimpan rapi termasuk la gambar-gambar peribadi.. Yang saya rasa ok untuk dikongsi, saya kongsi saja.. Walaupun ada orang suka "membaca dan kemudian menilai" apa yang terjadi sebalik gambar tu , lantak kat diaorang la..Kalau buat2 cerita nanti jadi fitnah, berdosa..Yang tu jawab la se…

RESEPI KUIH LOMPANG PALING SEDAP

Assalamualaikum..




Kelmarin saya ada upload gambar Kuih Lompang ni di facebook.Rupanya ada nama lain untuk kuih Lompang ni.Ada yang panggil Kuih Kosoi dan  Kuih kaswi .Kuih Lompang ni yang sedapnya bila dia kenyal-kenyal yang tak berapa kenyal.Paham ke tak tu??Sedap dimakan bersama kelapa parut yang dacampur sedikit garam.Kuih Lompang diatas ni jiran saya yang bagi.Oleh sebab rasanya sedap sangat dengan muka tak malu saya mintak resepi  kuih Lompang Paling sedap pada jiran saya tu..hahaha..
Kuih Lompamg ni sedap mungkin sebab tak pakai gula pasir.100% gula merah.jadi tak manis sangat tau..sedap2 je rasanya..Untuk adunan yang disediakan ni saya tak tahu la dia dapat banyak mana tapi yang dia bagi pada saya pun memang banyak..Makan sampai kenyang la..Ok..jom kita tengok resepi kuih Lompang paling sedap .Resepi dari @AnisfaMankelate



Bahan-bahan membuat kuih Lompang paling sedap :
 3 cawan air  1 cawan gula merah  2 setengah cawaan tepung beras 2 sudu besar tepung jagung 1/2 cawan tepung …

BERTINDAK SEGERA BILA ANAK MENGADU

Assalamualaikum...



Dah masuk minggu ke 4 dibulan Januari ni..Kalau budak-budak sekolah darjah 1 pun mesti dah dapat pandai bawak diri di sekolah..kan??Mak -mak tak payah risau dah dengan keadaan anak./Selagi anak balik dan pergi sekolah dengan gembira anggap je semua ok..

Tapi kalau anak-anak balik sekolah ada benda yang dia adu..Contohnya macam ada kawan kacau ke, ada kawan suka minta duit ke jangan terus marah anak seolah-olah anak tak pandai nak uruskan benda2 macam ni..Biasa sangat terjadi bila anak balik mengadu.." mak ..kawan tu selalu minta duit kat saya..Kalau tak bagi dia marah.." kita pun dengan rasa marah terus cakap kat anak.." esok kalau dia mintak , terus bagi tau cikgu.Jangan diam je..Kamu ni lembik sangat .sebab tu kawan-kawan kacau.."

Ini salah sebenarnya .. Tujuan anak mengadu pada kita sebab dia harapkan kita sebagai pelindung dan orang yang boleh tolong dia.Jadi bantu lah anak kita secepat yang boleh.Lagi-lagi soal buli ni jangan di tangguh-tan…

APA HUKUM SEBENAR MAIN DUIT KUTU DALAM ISLAM

Assalamualaikum...

Saya pun macam orang lain yang suka main kutu.Kita nak kumpul setiap bulan kadang-kadang tak boleh sebab asyik nak keluar je jadi cara terbaik ialah dengan main kutu duit.Kalau yang dapat awal-awal tu memang seronok la..cuma seronok kejap je..heheh...Tapi kalau dapat yang last paling syok sebab lepas dapat duit kau tak payah dah nak fikir pasal nak membayar .Dalam islam bermain kutu duit hukumnya haram jika tidak disertakan dengan akad lafaz hutang kpd kawan-kawan. Saya pun baru tahu tentang ni selepas ramai yang kongsikan tentang kutu duit ni di facebook.


 Ini yang saya copy di facebook:


Kuliah Ustaz Azhar Idrus

14/1/2017

Masjid Daerah Seberang Prai Tengah

Soalan :

Apakah hukum main duit kutu?

HARAM hukumnya sekiranya tidak menyatakan akad lafaz hutang kpd kawan-kawan.
Sekiranya kita penerima duit kutu pada bulan itu, kita perlu katakan :

"Saya berhutang kepada awak semua"

Sekiranya kita bayar bulan-bulan untuk kutu orang lain kita perlu katakan :
"Saya ba…