Skip to main content

WANITA DEDAH CURI PISANG DI KEDAI BUAH TANPA RASA MALU

Assalamualaikum...



Terlajak menulis di laman sosial ni memang ada la kesan nya walaupun kita dah delete apa yang kita tulis.Menulis di laman sosial bukan sama macam kita tulis dalam kertas lepas tu padam dan koyak..kan?? .. Paling perlu dielak kan ialah menulis tentang aib diri sendiri dan orang lain lain.Tapi ada yang kata aib orang lain tu dia tulis sebab nak bagi pengajaran pada orang ramai supaya beringat.

Baru-baru ni saya terbaca tentang seorang peniaga buah-buahan yang kecewa dengan salah seorang pelanggan di kedainya apabila dia mengatahui pelanggan nya tu mencuri di kedai nya,.





Awalnya satu status yang ditulis oleh salah seorang pelanggan di kedai tersebut yang memuji keramahan dan layanan kedai tersebut ketika dia membeli di situ.kemudian salah satu komen yang ditulis oleh satu akaun milik seorang wanita distatus tersebut sangat mengejutkan apabila dia dengan tanpa rasa malu mengajak orang ramai mencuri buah di kedai tersebut dan memberitahu bahawa peniaga tersebut seorang yang kedekut dan tidak melakukan amal jariah.Malah katanya jika mengambil buah di kedai itu orang ramai akan mendapat pahala.

Paling tak disangka si pencuri sendiri mendedahkan yang dia selalu mengambil buah pisang di kedai tersebut selepas kedai buah tersebut tutup pada waktu malam.Tapi tak disangka rupanya tuan punya kedai memerhati dan membaca komen-komen si pencuri.



Menambahkan lagi sakit di hati peniaga tersebut apabila si pencuri mengajak orang ramai turut mencuri buah dikedai peniaga tu.kesian peniaga tersebut.Rata-rata komen  mengkritik pendedahan wanita tersebut dan merasakan ianya satu tindakan yang tidak wajar dilakukan.Lagi-lagi sebagi seorang wanita islam yang sepatutnya mempunyai rasa malu.

Alahai.saya yang membaca pun jadi malu sebab sipencuri seolah-olah berbangga dengan pendedahan yang dia lakukan.malah dari komen-komen balas jelas dia tidak rasa bersalah langsung .
Bunyi macam kelakar tapi sedih la sebab laki bini buat kerja tu..hehehe.

Memang banyak gerai-gerai buah yang kadang2 tinggalkan barang jualan mereka di luar sahaja.Tapi tu bukan sebab kita boleh mengambil sesuka hati.Banyak peniaga juga yang hanya biarkan saja kalau ada orang ambil..Halalkan saja..tapi dalam kes ni saya rasa peniaga tersebut jadi marah sebab dah la ambik , lepas tu buruk kan peniaga tu pulak..kedekut la, tak buat amal jariah la..kan??



sekian..

Comments

  1. ada ka buah pisang tu udahla di curi, pastu jamu kt kwn2 laki dia blh dpt pahala kt dia... belajar agama kt mana lah yek...
    bt malu je, udahla pempuan, melayu islam pulak tu yg tulis gitu...

    kalau pun org kedai tu kedekut, ke jahat ke slh ttp slh amik brg2 kedai tanpa kebenaran...
    tak blh blah betul lah, tak malu ke terang2 ngaku mencuri...

    ReplyDelete
  2. macam2 manusia zaman sekarang ni..

    ReplyDelete
  3. Sedih baca masih ada spesis manusia jahil tahap macam ni sekali

    ReplyDelete
  4. Kot ya pun tak suka penjual tu jangan la p curi..dosa tak tau ke?

    ReplyDelete
  5. boleh pulak camtu, tak tahu dosa pahala skrg ni

    ReplyDelete
  6. Allahuakbar, macam2 org zaman sekarang ni..

    ReplyDelete
  7. sabarrr je la..ade jgk org perangai cmni..siap bgtau suami tlg jaga line..

    ReplyDelete

Post a Comment

sila tinggalkan komen anda...:)

Popular posts from this blog

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU

Assalamualaikum...

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU Rasa seronok betul bila dapat Waffle maker ni. Waffle maker ni hadiah dari Lazada Malaysia . Saya dapat Voucher Rm100 dan saya pilih Waffle maker ni .Banyak betul barang dari Lazada kat rumah ni..hahaha..Order hari ni , esoknya dah sampai..Cepat je..kan??Bila sampai terus google resepi, bancuh tepung nak buat Waffle..hahah...Nampak macam gelojoh kan?sebenarnya sebab teruja. :p
Banyak juga resepi Waffle yang saya baca..saya try 2,3 resepi tapi tak menepati citarasa .Saya suka Waffle yang tebal ,lembut ,gebu.Bila dah sejuk pun dia tetap lembut. Ada resepi yang saya cuba jadi  keras dan masak tak sekata mungkin sebab Waffle padat dan jadi keras.

Ini lah waffle yang keras tu..Dia membakar pun tak sekata..Tompok2  je..Resepi nya dari mana??tak perlu la saya bagitau..hahahah..Tapi bagi yang suka waffle keras dan padat macam ni mungkin tak jadi masalah..
Tapi selepas beberapa percubaan akhirnya dapat juga satu resepi yang kena den…

30 MENU BERBUKA PUASA YANG RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN

Assalamualaikum


Masuk je bulan ramadhan benda yang kita selalu fikir ialah nak masak apa untuk berbuka dan bersahur.kalau boleh kita nak juadah yang sedap , mudah di masak dan tak ambil masa yang lama.




Hari ni saya nak senaraikan 30 juadah lauk pauk yang kita boeh buat sepanjang ramadhan ni...Semoga lepas ni tak de la masuk je dapur dah pening kepala nak masak apa..Last2 ke bazar ramadhan juga dia merayau cari lauk..eheheh..Anggaran memasak setiap hidangan cuma dalam 10-20 minit sahaja..kalau guna dapur 2,3 tungku tak sampai sejam siap semuanya..



30 MENU BERBUKA PUASA YANG  RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN
1- Ayam masak merah + ikan goreng +acar timun

2-Daging masak kicap + ikan goreng + taugeh tumis air

3-Gulai ayam + tumis kacang buncis + ikan keli goreng

4-kurma daging + kerabu mangga + ayam berempah

5-asam pedas ikan pari + ayam goreng kunyit +sambal belacan +ulaman

6-ikan keli masak lemak + terung berlada + ayam goreng

7-singgang ikan +kangkung goreng belacan + ikan goreng

8-Sup dagi…

CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL

Assalammualaikum..



CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL Saya belum pernah ada pengalaman melihat toyol..Semoga saya tidak diberi peluang melihat nya. hahha..Orang kata toyol ni macam budak-budak yang badan bulat, kepala nya botak,  semua giginya runcing , badan nya berbulu dan berlendir.Sifatnya seperti kanak-kanak yang suka bermain.Dari apa yang digambar kan ,memang tidak la Toyol ni kita kategorikan sebagai comel..kan??hahah...

Toyol hanya boleh di lihat dengan mata kasar oleh penjaganya sahaja.Orang lain memang tak dapat nak tengok Toyol.kalau ada yang tengok Toyol mungkin ada ritual atau cara-cara tertentu nak melihat makhluk nakal ni.Nak menjaga nya pun macam jaga budak kecil.Kena diberi susu setiap pagi dan petang.Bukan susu dalam tin tu ye ..Tapi menyusu badan.Kalau yang membelanya adalah lelaki, isteri lelaki tu la akan menyusukan toyol tu.kalau tuan nya wanita, wanita tu sendiri akan menyusukan nya.Sanggup tak??hahhah

Kalau di Malaysia ni saya …