Sunday, 11 December 2016

TAWAN DAN MENANGI JIWA ANAK-ANAK

Asslamualaikum...



Hari ahad.11/12/2016 ..

saya percaya hari ni memang ramai yang ambil kesempatan untuk bercuti, makan angin..kan??
Sebab esok pun cuti umum sempena Hari Keputeraan Nabi Muhammad S.A.W.
Lagi-lagi dimusim cuti sekolah ni memang anak-anak pun seronok kalau kita ibu bapa turut sama bercuti.Ni lah masanya untuk kita bawa anak-anak ke tempat percutian idaman mereka.

Bila bercakap pasal anak-anak hanya mereka yang dah jadi ibu bapa saja yang faham betapa sukarnya nak mendidik dan membentuk anak-anak di zaman moden ni.

20 tahun lalu pun saya dah dengar orang kata  "anak-anak zaman moden" tapi zaman sekarang bukan saja moden sebab ada smart Tv atau pun kereta MPV  tapi teknologi maklumat yang moden yang sangat-sangat  mempengaruhi anak-anak kita.

Teknologi moden yang mempengaruhi anak-anak kita ni sangat kuat sampaikan ibu bapa sendiri memerlukan kerja keras untuk menangani dan memenangi jiwa anak-anak.

Jangan kita ingat kalau anak tak keluar rumah itu bermakna anak-anak kita sudah dilindungi.Sekarang ni dalam rumah kita pun anak-anak boleh sesat.Boleh tukar agama, boleh jalin hubungan sejenis, boleh menceroboh privasi orang lain dan sebagainya.

Jom tawan dan menangi hati anak-anak kita jangan sampai kita ibu bapa ni hanya ada dalam sudut terpencil dalam hati mereka.Biar lah kita menjadi segalanya dan keutamaan dalam hidup mereka..


sekian..

No comments:

Post a Comment

sila tinggalkan komen anda...:)

'; (function() { var dsq = document.createElement('script'); dsq.type = 'text/javascript'; dsq.async = true; dsq.src = '//' + disqus_shortname + '.disqus.com/embed.js'; (document.getElementsByTagName('head')[0] || document.getElementsByTagName('body')[0]).appendChild(dsq); })();