Skip to main content

SAYA BUKAN KAWAN YANG BAIK

Assalamualaikum...



Kalau ditanya apa ciri-ciri kawan yang baik kita boleh  bagi 100 ciri-ciri kawan yang baik tu.Memang ada macam-macam sebab untuk kita labelkan kawan kita tu kawan yang baik.Masa tengah  baik , semuanya baik la..Tapi kalau masa bergaduh terus hilang semua puji pujian pada kawan tu..sebab silap sikit je..Terus cop "musuh" kat kawan kita..heheh..






Saya mengaku saya bukan kawan yang baik.Sebab salah satu ciri-ciri kawan yang baik ialah mudah memaafkan..kau buat la seratus kali salah pun dia akan maaf kan kau.jangan la risau.Dia kawan yang baik.Tapi saya tak..saya bukan macam tu..kalau nak saya jadi kawan yang baik tu , dia pun kena juga jadi kawan yang baik.Bukan yang baik tu di satu pihak je..Kedua-dua pihak kena jadi baik..Itu lah prinsip saya.



Paling saya tak mau kawan yang suka mengambil kesempatan , tak kenang budi dan merendah-rendah kan saya. Tak kira la dalam hubungan kawan, cinta, adik beradik , saudara mara, saudara mertua , saudara jauh dan dekat, kawan serumah, kawan sepejabat dan kawan blogger sebagainya , sikap suka mengambil kesempatan , tak kenang budi dan pandang rendah ni yang saya paling tak boleh tolak ansur.Kau boleh minta maaf tapi lepas tu sila la menghilang dari pandangan saya.Saya tak sudi pun nak berbaik macam dulu dan kau akan nampak betapa saya boleh berubah terus seolah-olah kau nampak orang lain.hahah..



semalam suami saya terbaca mesej yang dikirim oleh seorang blogger .Dalam mesej tu blogger tersebut  minta maaf sebab taksub dengan sekian-sekian hal, minta maaf sebab hal tu terjadi sampai memutuskan silaturrahim..Dan suami saya tanya kenapa saya tak balas, kesian dia..




Tapi suami saya tak tahu kalau dia baca whatsapp yang dihantar oleh blogger tu pada saya masa dia menghina saya tu, dah tentu suami saya akan lebih kesian kan saya..hahaha..sebab itu saya ambil keputusan tak perlu lagi berbaik dengan blogger ini.Mungkin selama ni saya ok dengan dia dan dia jadikan itu sebagai tiket untuk berani berkata yang buruk-buruk terus pada saya,.nampak?saya bukan kawan yang baik..kan??

Untuk diri korang pulak macam mana?Apa ciri-ciri kawan yang baik tu pada korang?

sekian...

Comments

  1. tulaa kan, terlalu jaga hati kawan sampai hati sendiri tak terjaga

    ReplyDelete
  2. ekin kawan dgn org jer... org selalu buat tak baik kat ekin dulu2..

    ReplyDelete
  3. Kakak setuju utk menjadi kawan baik kita pun kena jadi baik.
    Samalah kalau dia nak kita jadi baik dia pun kena baik juga
    Eh.. pusing-pusing ye Dee:) Yg pasti jgn sebelah pihak aje baik barulah harmoni kan..kan..:)

    ReplyDelete
  4. alahai ...
    aku dr dulu tak pandai sgt berkawan baik ... hanya sorg2 due je boleh jd kawan baik dgn aku ... sbb aku mmg tak pandai nk berkawan ...
    aku byk lebihkan si boipren yg akhirnya jd suami ... bila dah jd ibu ni akyu lebih kan anak2 dr org luar ... maaf sape yg jd kawan aku tu ...aku mmg tak reti jd kawan yg sampai boleh digelar bff ...

    ReplyDelete

Post a Comment

sila tinggalkan komen anda...:)

Popular posts from this blog

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU

Assalamualaikum...

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU Rasa seronok betul bila dapat Waffle maker ni. Waffle maker ni hadiah dari Lazada Malaysia . Saya dapat Voucher Rm100 dan saya pilih Waffle maker ni .Banyak betul barang dari Lazada kat rumah ni..hahaha..Order hari ni , esoknya dah sampai..Cepat je..kan??Bila sampai terus google resepi, bancuh tepung nak buat Waffle..hahah...Nampak macam gelojoh kan?sebenarnya sebab teruja. :p
Banyak juga resepi Waffle yang saya baca..saya try 2,3 resepi tapi tak menepati citarasa .Saya suka Waffle yang tebal ,lembut ,gebu.Bila dah sejuk pun dia tetap lembut. Ada resepi yang saya cuba jadi  keras dan masak tak sekata mungkin sebab Waffle padat dan jadi keras.

Ini lah waffle yang keras tu..Dia membakar pun tak sekata..Tompok2  je..Resepi nya dari mana??tak perlu la saya bagitau..hahahah..Tapi bagi yang suka waffle keras dan padat macam ni mungkin tak jadi masalah..
Tapi selepas beberapa percubaan akhirnya dapat juga satu resepi yang kena den…

30 MENU BERBUKA PUASA YANG RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN

Assalamualaikum


Masuk je bulan ramadhan benda yang kita selalu fikir ialah nak masak apa untuk berbuka dan bersahur.kalau boleh kita nak juadah yang sedap , mudah di masak dan tak ambil masa yang lama.




Hari ni saya nak senaraikan 30 juadah lauk pauk yang kita boeh buat sepanjang ramadhan ni...Semoga lepas ni tak de la masuk je dapur dah pening kepala nak masak apa..Last2 ke bazar ramadhan juga dia merayau cari lauk..eheheh..Anggaran memasak setiap hidangan cuma dalam 10-20 minit sahaja..kalau guna dapur 2,3 tungku tak sampai sejam siap semuanya..



30 MENU BERBUKA PUASA YANG  RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN
1- Ayam masak merah + ikan goreng +acar timun

2-Daging masak kicap + ikan goreng + taugeh tumis air

3-Gulai ayam + tumis kacang buncis + ikan keli goreng

4-kurma daging + kerabu mangga + ayam berempah

5-asam pedas ikan pari + ayam goreng kunyit +sambal belacan +ulaman

6-ikan keli masak lemak + terung berlada + ayam goreng

7-singgang ikan +kangkung goreng belacan + ikan goreng

8-Sup dagi…

CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL

Assalammualaikum..



CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL Saya belum pernah ada pengalaman melihat toyol..Semoga saya tidak diberi peluang melihat nya. hahha..Orang kata toyol ni macam budak-budak yang badan bulat, kepala nya botak,  semua giginya runcing , badan nya berbulu dan berlendir.Sifatnya seperti kanak-kanak yang suka bermain.Dari apa yang digambar kan ,memang tidak la Toyol ni kita kategorikan sebagai comel..kan??hahah...

Toyol hanya boleh di lihat dengan mata kasar oleh penjaganya sahaja.Orang lain memang tak dapat nak tengok Toyol.kalau ada yang tengok Toyol mungkin ada ritual atau cara-cara tertentu nak melihat makhluk nakal ni.Nak menjaga nya pun macam jaga budak kecil.Kena diberi susu setiap pagi dan petang.Bukan susu dalam tin tu ye ..Tapi menyusu badan.Kalau yang membelanya adalah lelaki, isteri lelaki tu la akan menyusukan toyol tu.kalau tuan nya wanita, wanita tu sendiri akan menyusukan nya.Sanggup tak??hahhah

Kalau di Malaysia ni saya …