Tuesday, 20 December 2016

RESEPI NASI LEMAK RINGKAS TAPI SEDAP

Assalamualaikum..


Setiap pagi nasi lemak adalah wajib ada dirumah saya ni.Kalau dengan selera Mikhail nasi lemak sampai ke malam pun boleh.Tapi biasanya saya beli je.Cuma hari ni saja bangun pagi rasa nak buat nasi lemak untuk anak-anak.Walaupun ayam tak de sebab belum keluar untuk beli barang basah cukup la ada telur dan ikan bilis.Itu pun dah buat anak makan bertambah-tambah,.

Kalau untuk jualan buat nasi lemak kena la lengkap, ada kacang, timun , ikan bilis, ada juga yang letak ikan masin sebagai pengganti ikan bilis.Tapi untuk makan sendiri , saya buat yang ringkas-ringkas saja.kacang dan timun anak-anak saya tak makan pun..Saya sendiri rasa pelik bila makan nasi dengan kacang goreng.jadi untuk resepi ni tak de kacang goreng.tapi bagi yang letak silakan...itu lebih baik..kan?/kacang bagus untuk anak-anak.. 



Sekarang jom kita buat nasi lemak ringkas dan sedap .Dibawah ni adalah resepinya..Kalau nak buat jualan gandakan saja sukatan nya ye..

Bahan-Bahan Untuk Nasi 

2 cawan beras
2 ulas bawang putig
2 biji bawang merah
1/2 (setengah) inci halia
1 sudu kecil garam 
1/2 (setengah) cawan santan pekat (saya guna santan kotak)
1 helai daun pandan
1 batang serai
1 sudu majerin
2 cawan air

Cara masak nasik

a) basuh beras dan toskan

b) hiris bawang putih, bawang merah,halia dan masuk kan ke dalam beras yang sudah di bersihkan.

c)masuk kan serai yang sudah di ketuk dan 1 helai daun pandan

d)masuk kan majerin, garam , santan dan air.

e)kemudian masak nasik tersebut.(saya guna periuk nasi ). Boleh juga guna dapur biasa tapi jaga api. :)



Bahan-bahan untuk sambal

5 tangkai cili kering
3 ulas bawang putih
3 biji bawang merah
sedikit serbuk kunyit
1/2 (setengah) inci belacan
garam secukup rasa
sedikit air asam jawa
1 sudu kecil gula
 5 sudu besar Minyak untuk menumis


Cara masak sambal

a)masuk kan  cili kering bawang putih, bawang merah , belacan serbuk kunyit , satu cawan air dan air asam jawa dalam pengisar.

b)kisar hingga hancur.

c) panaskan minyak dan tumis bahan kisar sampai naik minyak.

d)masuk kan gula dan garam.Masuk kan sedikit air jika sambal agak kering.

e) tutup api jika sambal sudah pekat 


 Kemudian Boleh goreng atau rebus telur,goreng  ikan bilis, hiris timun atau goreng sedikit kacang tanah untuk melengkapkan nasi lemak korang.Siap untuk dihidangkan..

selamat mencuba..

6 comments:

  1. Yg ringkas2 ni la yg sdp, mudah plak tu.klau byk bhn pun tpi susah nak buat memg x la sy mmbuatnya hihi

    ReplyDelete
  2. nasi lemak pun kegemaran syahmi..dia suka sgt2
    tapi mommy dah lama tak masakkan..beli je..
    sbb mommy takut termakann..hehe

    ReplyDelete
  3. Lama dah tak buat nasi lemak sendiri...tak de airlah DR sejak semlm huhu .....
    Tp suka jugaklah makan kacang dgn nasi lemak ni. Kebanyakan org mmg tak suka.

    ReplyDelete
  4. sy klu wat nasik lemak mmg mkn spi ke mlm kak..

    ReplyDelete

sila tinggalkan komen anda...:)

'; (function() { var dsq = document.createElement('script'); dsq.type = 'text/javascript'; dsq.async = true; dsq.src = '//' + disqus_shortname + '.disqus.com/embed.js'; (document.getElementsByTagName('head')[0] || document.getElementsByTagName('body')[0]).appendChild(dsq); })();