Skip to main content

RAMBUT WANITA TERJUNTAI ATAS KEPALA KETIKA MAHU BERSELFIE

Assalamualaikum..

 Pernah tak jumpa hantu? ada yang takut dengan hantu? Saya nak cerita satu pengalaman yang berlaku pada saya semalam ianya agak menyeramkan tapi kedengaran agak biasa saja lebih kurang macam yang selalu kita tengok kat tv

Dalam jam 9 lebih saya ke rumah jiran saya yang tak la berapa jauh pun.dekat je.Tengah dok sembang2 tu sempat la saya merakam aksi anak2 saya bila ke rumah jiran saya ni.Memang diaorang cukup suka pergi rumah jiran saya yang satu ni.

Habis merakam saya tekan stop dan tukar ke mood selfie.saya halakan kamera handphone saya ke arah saya dan agak terkejut sebab saya nampak  diatas kepala saya terjuntai rambut panjang sangat hampir cecah kepala saya.


Bayangkan rambut macam ni terjuntai atas kepala korang masa korang nak selfie..Rasa nak terjatuh phone masa tu..

Saya terus dongak ke atas tapi tak de apa pun.Dinding kosong saja.saya tengok sekali lagi ke kamera tapi dah hilang .try check kalau2 saya ada snap gambar tu tapi mujur la tak de tersnap gambar.Kalau tak memang anak2 menjerit kot .

Kata jiran saya tu sebelum saya datang ,dalam jam 8 lebih ada kawan diorang kata macam ada benda tak elok nak cuba masuk rumah jiran saya ni.Agaknya masa saya datang tu dia masuk sekali dalam rumah.

Biasa je cerita nya tapi agak seram la sebab saya nampak dengan jelas.mujur la saya ni bukan penakut.ehem..hahahahah...



Pertama kali nampak benda tu dekat dengan saya.Sampai sekarang saya tak tengokk pun lagi video yang saya rakam kat rumah jiran saya tu.tunggu suami balik kerja nanti baru saya nak tengok.Sebab takut ternampak benda bukan2..saya memang tak mau tengok benda2 macam tu..tak elok untuk anak2 saya..

sekian....

Comments

  1. SERAMNYA TAKUT JUGA KALAU ALAMI GITU MOGA DIJAUHI ALLAH

    ReplyDelete
  2. aiseh, nasib akak ni kuat.kalau saya mesti dah terkujat, saya penakut sikit

    ReplyDelete
  3. mak aii.. saya tak tahu la kalau saya macam mana reaksi masa tu..

    ReplyDelete

Post a comment

sila tinggalkan komen anda...:)

Popular posts from this blog

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU

Assalamualaikum...

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU Rasa seronok betul bila dapat Waffle maker ni. Waffle maker ni hadiah dari Lazada Malaysia . Saya dapat Voucher Rm100 dan saya pilih Waffle maker ni .Banyak betul barang dari Lazada kat rumah ni..hahaha..Order hari ni , esoknya dah sampai..Cepat je..kan??Bila sampai terus google resepi, bancuh tepung nak buat Waffle..hahah...Nampak macam gelojoh kan?sebenarnya sebab teruja. :p
Banyak juga resepi Waffle yang saya baca..saya try 2,3 resepi tapi tak menepati citarasa .Saya suka Waffle yang tebal ,lembut ,gebu.Bila dah sejuk pun dia tetap lembut. Ada resepi yang saya cuba jadi  keras dan masak tak sekata mungkin sebab Waffle padat dan jadi keras.

Ini lah waffle yang keras tu..Dia membakar pun tak sekata..Tompok2  je..Resepi nya dari mana??tak perlu la saya bagitau..hahahah..Tapi bagi yang suka waffle keras dan padat macam ni mungkin tak jadi masalah..
Tapi selepas beberapa percubaan akhirnya dapat juga satu resepi yang kena den…

CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL

Assalammualaikum..



CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL Saya belum pernah ada pengalaman melihat toyol..Semoga saya tidak diberi peluang melihat nya. hahha..Orang kata toyol ni macam budak-budak yang badan bulat, kepala nya botak,  semua giginya runcing , badan nya berbulu dan berlendir.Sifatnya seperti kanak-kanak yang suka bermain.Dari apa yang digambar kan ,memang tidak la Toyol ni kita kategorikan sebagai comel..kan??hahah...

Toyol hanya boleh di lihat dengan mata kasar oleh penjaganya sahaja.Orang lain memang tak dapat nak tengok Toyol.kalau ada yang tengok Toyol mungkin ada ritual atau cara-cara tertentu nak melihat makhluk nakal ni.Nak menjaga nya pun macam jaga budak kecil.Kena diberi susu setiap pagi dan petang.Bukan susu dalam tin tu ye ..Tapi menyusu badan.Kalau yang membelanya adalah lelaki, isteri lelaki tu la akan menyusukan toyol tu.kalau tuan nya wanita, wanita tu sendiri akan menyusukan nya.Sanggup tak??hahhah

Kalau di Malaysia ni saya …

RESEPI BIHUN SUP DAGING SEDAP DAN MUDAH

Assalamualaikum...



Suka watermark yang mana??Yang gambar atas  atau gambar kat bawah nun ??saya buat watermark ni guna app kat enpon je ..hehe..jadi lah.kan.Dari tak de..Ok..lupa kan pasal watermark tu..Hari ni makcik buat bihun sup..Punya la sibuk hari ni letih tak tau nak cakap la..sekali bihun sup dah siap makan sikit punya berselera..Bihun sup ni yang sedap sangat atau makcik yang lapar..tak tahu la..hehehh..

Dah selalu buat bihun sup tapi tak pernah terlintas nak share resepi kat blog..hari ni makcik turunkan ilmu buat bihun sup pulak..Saya guna daging 1/2 kilo sahaja.lepas tu hiris nipis2 sebab yang nak makan ni budak2.Masak pun cepat lembut..senang budak2 nak kunyah.kalau buat jual tu biasa nampak dia potong  tebal2 dalam 1 inci...ada yang potong kecik2.Ikut suka ampa nak potong macam mana yang penting kuah kena sedap.

Untuk sambal pulak saya buat sambal kicap.saya memang tak reti makan bihun sup dengan sambal merah tu..rasa tak selesa bila makan serbuk cili yang di tambah air…