Skip to main content

PLAGIAT : HALAL KAN SAJA..BOLEH DAPAT PAHALA..

Assalamualaikum..



Kelmarin ada rakan blogger yang meluahkan rasa sedih sebab ada hasil kerjanya di plagiat individu tertentu kemudian individu tersebut claim ianya hasil penulisannya sendiri..Memang sedih la..kan??Sebab menulis ni memerlukan masa juga nak keluarkan idea-idea tu.

Tapi tak sangka ada yang komen "biar lah..boleh dapat pahala.." hahahaha...saya terkejut juga sebab ada juga orang yang fikir macam ni. Mungkin dia tak paham yang mencuri ni ada bermacam-macam cara.Bukan setakat masuk kedai , ambik megi sebungkus dan sorok dalam baju.Ada banyak lagi yang kita boleh kata sebagai mencuri dan salah satunya ialah plagiat kemudian claim ianya sebagai hak sendiri.Itu pun mencuri tau..

Tindakan macam ni dah tentu  akan menjejaskan penilaian majikan atau orang lain yang membayar pada pemilik asal hasil karya tersebut,.Misalnya satu artikel yang dibayar pihak tertentu pada kita untuk kita tulis, kemudian ada pihak satu lagi mendakwa artikel tu dia yang punya..Jadi sedikit sebanyak menjejaskan periuk nasi orang juga tu..kalau nak fikir pasal nak bagi pahala kat orang pun paling penting sekali fikir sama kita pun nak menjaga tanggungjawab dan amanah yang diberi pada  kita juga..Dengan kerja kita , kita nak jaga mak , ayah adik-adik dan orang lain..kan??



Mana mungkin perasaan  kita boleh menghalalkan benda yang dah dicuri orang lagi-lagi ianya benda yang kita dibayar untuk buat khas pada pihak tertentu.Itu bukan saja hak kita malah hak orang yang membayar jugak...Bayangkan kita jahit baju yang orang tempah.Lepas tu baju tu orang dah bayar siap semua, Tiba2 baju tu di curi.Layak tak kita kata "ok tak pe saya halal kan .." sedangkan kain baju tu dah dibayar , dah jadi hak orang..kan??

Tak salah pun plagiat ni tapi sebagai tanda menghargai dan untuk rujukan orang lain ada baiknya kita letak kan sumber asal  nya.Walaupun kita hanya post di facebook baik kita letak credit pada penulis sebenar.takut nanti kalau ada yang pertikaikan apa yang di tulis kita boleh suruh mereka rujuk pada sumber asal sahaja.


sekian...




Comments

  1. saya biasa dah dapat komen2 macam tu bila kecoh entri kena plagiat konon takpe.. at least ilmu tu dapat di sebarkan walau dengan cara mencuri hak orang lain pun. Memang annoying orang yang berpendapat macam tu.. Tapi kan.. orang yang jenis komen macam tu selalunya tak kena kat dia. Dari pengalaman saya orang yang pernah bagi komen macam tu kat saya tetiba entri dia kena copy paste, meroyan jugak. Pendek kata sesiapapun akan rasa tak puas hati bila orang lain curi hasil kerja dia...

    ReplyDelete
  2. bidang penulisan termsk laa blog ni mmg x boleh lari dr plagiat. tp pd sy as long as benda tu ada ilmu, sy halalkan je mudah2an ada jg bekalan utk sy meninggal kelak

    ReplyDelete
  3. erm saya kalau copy akan pastikan credit kepada penulis asal

    ReplyDelete
  4. MESTI BERI KREDIT PADA SUMBER INFO ASAL.

    ReplyDelete
  5. tak paham dengan orang camtu. obviously diorang sendiri tak paham apa diorang komen.

    ReplyDelete
  6. better minta izin / bg credit kpd penulis asal. sbb xsume org buleh terima plagiat. so, p'plagiat perlu la carik inisiatif t'baik utk elak persepsi buruk / keadaan yg xelok berlaku.

    ReplyDelete
  7. lebih baik elakkan meniru bulat-bulat macam tu. carilah idea lain. ada yang copy paste tu, tak bagi kredit pun pada tuan asalnya.

    ReplyDelete
  8. copy cat ....
    byk juga dgr cerita pasal entry copy paste ni kan ..kredit la owner sikit klu nk copy pun

    ReplyDelete

Post a Comment

sila tinggalkan komen anda...:)

Popular posts from this blog

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU

Assalamualaikum...

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU Rasa seronok betul bila dapat Waffle maker ni. Waffle maker ni hadiah dari Lazada Malaysia . Saya dapat Voucher Rm100 dan saya pilih Waffle maker ni .Banyak betul barang dari Lazada kat rumah ni..hahaha..Order hari ni , esoknya dah sampai..Cepat je..kan??Bila sampai terus google resepi, bancuh tepung nak buat Waffle..hahah...Nampak macam gelojoh kan?sebenarnya sebab teruja. :p
Banyak juga resepi Waffle yang saya baca..saya try 2,3 resepi tapi tak menepati citarasa .Saya suka Waffle yang tebal ,lembut ,gebu.Bila dah sejuk pun dia tetap lembut. Ada resepi yang saya cuba jadi  keras dan masak tak sekata mungkin sebab Waffle padat dan jadi keras.

Ini lah waffle yang keras tu..Dia membakar pun tak sekata..Tompok2  je..Resepi nya dari mana??tak perlu la saya bagitau..hahahah..Tapi bagi yang suka waffle keras dan padat macam ni mungkin tak jadi masalah..
Tapi selepas beberapa percubaan akhirnya dapat juga satu resepi yang kena den…

30 MENU BERBUKA PUASA YANG RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN

Assalamualaikum


Masuk je bulan ramadhan benda yang kita selalu fikir ialah nak masak apa untuk berbuka dan bersahur.kalau boleh kita nak juadah yang sedap , mudah di masak dan tak ambil masa yang lama.




Hari ni saya nak senaraikan 30 juadah lauk pauk yang kita boeh buat sepanjang ramadhan ni...Semoga lepas ni tak de la masuk je dapur dah pening kepala nak masak apa..Last2 ke bazar ramadhan juga dia merayau cari lauk..eheheh..Anggaran memasak setiap hidangan cuma dalam 10-20 minit sahaja..kalau guna dapur 2,3 tungku tak sampai sejam siap semuanya..



30 MENU BERBUKA PUASA YANG  RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN
1- Ayam masak merah + ikan goreng +acar timun

2-Daging masak kicap + ikan goreng + taugeh tumis air

3-Gulai ayam + tumis kacang buncis + ikan keli goreng

4-kurma daging + kerabu mangga + ayam berempah

5-asam pedas ikan pari + ayam goreng kunyit +sambal belacan +ulaman

6-ikan keli masak lemak + terung berlada + ayam goreng

7-singgang ikan +kangkung goreng belacan + ikan goreng

8-Sup dagi…

CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL

Assalammualaikum..



CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL Saya belum pernah ada pengalaman melihat toyol..Semoga saya tidak diberi peluang melihat nya. hahha..Orang kata toyol ni macam budak-budak yang badan bulat, kepala nya botak,  semua giginya runcing , badan nya berbulu dan berlendir.Sifatnya seperti kanak-kanak yang suka bermain.Dari apa yang digambar kan ,memang tidak la Toyol ni kita kategorikan sebagai comel..kan??hahah...

Toyol hanya boleh di lihat dengan mata kasar oleh penjaganya sahaja.Orang lain memang tak dapat nak tengok Toyol.kalau ada yang tengok Toyol mungkin ada ritual atau cara-cara tertentu nak melihat makhluk nakal ni.Nak menjaga nya pun macam jaga budak kecil.Kena diberi susu setiap pagi dan petang.Bukan susu dalam tin tu ye ..Tapi menyusu badan.Kalau yang membelanya adalah lelaki, isteri lelaki tu la akan menyusukan toyol tu.kalau tuan nya wanita, wanita tu sendiri akan menyusukan nya.Sanggup tak??hahhah

Kalau di Malaysia ni saya …