Tuesday, 20 December 2016

PERISTIWA HAMPIR KEHILANGAN ANAK BUAT DIA LEBIH BERJAGA-JAGA

Assalamualaikum...



Saya banyak berfikir hari ni .Bukan tentang saya tapi tentang seorang rakan saya yang bercerita tentang pengalaman dia yang hampir-hampir kehilangan anak nya.Anak kecilnya  yang berusia 5 tahun hampir-hampir menjadi mangsa lemas ketika bercuti baru-baru ni.Untuk orang yang tak banyak bercakap macam saya ni agak sukar juga nak susun tutur kata dan memujuk rakan saya tu.

Saya tahu yang dia berasa taruma, dan kerap membayangkan kemungkinan yang berlaku sejak kejadian ngeri tersebut.Jadi sedaya upaya saya memujuk nya untuk bertenang dan lupakan peristiwa tersebut dan teruskan kehidupan nya dengan gembira bersama anak-anaknya.



Tapi saya dan dia bukan di tempat yang sama cuma saya rasa saya memahami keadaan nya waktu ini.Apatah lagi katanya sehingga sekarang dia rasa mahu saja dia menempel pada anak-anak nya kerana baru dia sedar bahaya itu tak kira masa dan tempat.Dia risau yang jika dia terlalai sekelip mata pun anak-anak nya akan pergi meninggalkan nya.

Entah kenapa saya hampir-hampir menitiskan airmata apabila dia berkata , dia tak kan memaafkan dirinya sendiri jika apa-apa berlaku pada anak-anaknya.Kuatnya kasih sayang seorang ibu..kan??

Paling terkesan dihati saya apabila saya nasihatkan dia untuk bertenang dan ambil masa untuk lupakan kejadian tersebut dengan melakukan aktiviti yang menyeronok kan dengan anak anak,dia kata..

"aku rasa lebih selamat kalau aku selalu fikir yang anak aku sentiasa dalam bahaya.."

sebab katanya itu akan buat dia sentiasa berhati-hati..Entah kenapa kata-kata dia tu buat saya pun berfikir macam tu jugak.Tu yang hati ni asyik risau mengenangkan anak-anak..

korang pernah rasa macam tu jugak tak??




sekian..






7 comments:

  1. Terdayanya kita untuk sentiasa berjaga-jaga,doa dan tawakkal..selebihnya minta DIA jaga untuk kita.

    ReplyDelete
  2. Akak pun ada fikir yg macam tu jugak Diana..
    Tapi kita kena byk berdoa..
    Agar Allah melindungi kita sekeluarga..

    ReplyDelete
  3. Yup..elalu dekt dengan budk bila time mandi manda..tak kira anak sendiei atau anak buah..sebab dlm kepala teringat air berputarla, apela..

    ReplyDelete
  4. pnh dik....

    teringat... masa tu ujan lebat sgt2, balik kerja dh tunggu lama dlm kete akak pun ajak aiyan naik umah, ngn ujan lbt tu pun jln berpayung ber2... sampai2 atas nk bukak kunci takde kt akak... sedangkan nk kuar kete akak dh pegang...
    kami pun trn bwh sama2... n akak suruh aiyan tunggu dpn lif akak suruh dia tunggu situ sorang2 diam n akak jln ke kereta dlm hujan lbt masa tu...
    tiba2 masa akak toleh belakang akak nmpk sorang bdk kecik lintas jln n nsb baik ada sorang adik dominos yg nampak n nk tgl dia...
    rupenya itu aiyan yg tkt tunggu sorang2... ya Allah masa tu berderau darah akak
    akak terlupa... betapa cuainya akak, kalau la masa tu ada kereta lalu mcmne lah...
    nsb lah adik dominos tu ada... sampai skrg akak tak cite pd suami akak...

    rasa bersalah tu bt akak sentiasa beringat...

    ReplyDelete
  5. Mau tak trauma weyh....Sapalah tak sayang anak.

    Normallah perasaan cenggitu makcik. Terutamanya kita ibu ibu ni. Dengar sedih cerita orang pun ada kalanya kita boleh nangis

    ReplyDelete

sila tinggalkan komen anda...:)

'; (function() { var dsq = document.createElement('script'); dsq.type = 'text/javascript'; dsq.async = true; dsq.src = '//' + disqus_shortname + '.disqus.com/embed.js'; (document.getElementsByTagName('head')[0] || document.getElementsByTagName('body')[0]).appendChild(dsq); })();