Skip to main content

ONLINE SELLER INI RASA SESIAPA YANG TAK SUKA DI MASUK KAN DALAM GROUP NIAGA SEBAGAI DENGKI

Assalamualaikum..

Nak buka topik lama yang dah berkurun..
Benda ni bukan  isu baru..dan boleh dikatakan setiap hari benda ni menjadi keluh kesah sebahagian pengguna facebook.
Yang menjadi masalah apa bila ada peniaaga online yang sesuka hati memasuk kan rakan lain ke dalam group niaga.Nama pun group niaga...Yang tak berniaga ni kalau masuk group tu nak suruh nganga je ke? Nak guna alasan.." mana tahu kot2 dia nak beli.." .. Jangan risau..kalau dia nak beli dia pun pandai google dan guna Hashtag untuk cari barang yang dia nak beli.

Semalam saya terbaca status yang di tulis oleh blogger Afzal yang tak puas hati dengan mereka yang suka masuk kan dia ke dalam group-group.

Nampak tak?? Kita nak post pun tak boleh..ada syarat kena add orang..Kita ni fikir perasaan orang , takut orang tak suka , orang rimas,..nanti notification mengganggu rakan kita..Jadi kita tak nak buat macam tu..kan??

Saya salah seorang yang kerap jadi mangsa dimasuk kan dalam group2 niaga ni..kalau saya boleh post entry blog saya tak pe jugak..ni tak boleh pun..kena add 50-100 orang jugak..
Jadi saya ambil keputusan siapa yang add saya masuk ke dalam group yang saya tak boleh post saya akan spam facebook dia dengan entry2 blog saya..kemudian saya akan bagitau apa yang dia buat salah.
hari ni ada sorang online seller ni masuk kan saya dalam group niaga.






selepas saya tegur dia tengok apa pulak status yang dia up di facebook dia..
masa saya tegur ni tak pulak nak cerita pasal hasad dengki...



Tapi di facebook dia . mudah je dia kata saya yang tegur tabiat dia ni sebagai dengki..

Dengki??Ya Allah..saya kenal dia pun tak tetiba dia cop saya dengki..Korang tak rasa ke online seller macam ni suka buruk sangka kat orang??


Senang je dia kata.." kalau tak suka boleh leave je.." ..dia tak rasa ke ianya mengganggu orang lain.

Lain kali nak add tu add je la sama2 peniaga macam dia..dah katanya peniaga kena support satu sama lain..kan??masalahnya saya bukan ada apa2 produk nak dijual pun..sebab itu sebelum add tu minta kebenaran dulu..Kalau dah tahu add rambang je kau buat je satu facebook yang semuanya peniaga online.Yang tak berniaga jangan terima untuk jadi rakan supaya senang kau nak add ke dalam group2 yang kau suka..

kalau orang tegur kau yang buat salah dikatakan sebagai dengki , rasa macam kau nak tunding salah kau pada orang lain je. Padahal ianya tak berkaitan langsung dengan perasaan dengki dan sebagainya.Lain la kalau saya ni berniaga macam dia jugak..
Nak jadi peniaga tolong sentiasa positif dan jangan suka buruk sangka pada orang.

#macam terbantut pulak mood nak beli baju untuk kenduri..Tak pe..banyak peniaga lain lagi..kan??

sekian...





Comments

  1. Iday pon pernah kena camni, paling sakit kalau kawan-kawan sendiri, kita pon segan nak tegur dia, tapi faham2 la. rimas sebenarnya. hahaha

    ReplyDelete
  2. selalu kena.. add masuk dalam group, tapi bila kita nak post, mereka pendingkan..siap ada yang kena bayar lagi. lepas tu kita leave, mereka add lagi, kesudahannya, kita unfriend je orang tu. hahahahha

    http://www.ceritaejoy.com/

    ReplyDelete
  3. SELALU JUGA KENA ADD KAT BLOG NIAGA NI..SEKALI BILA NK POS APA2 BERSYARAT PULA..

    ReplyDelete
  4. Hahaha dia plak kata akak dengki. Padahal dia mengaku dia add rambang. Padia kita bukan kenal dia apahal nak cenburu bagai ������

    ReplyDelete
  5. Setuju.. ramai sangat yang tak reti nak jaga sensitiviti kengkawan gua.. X salah pun kalau tanya dulu sebelum add..

    ReplyDelete
  6. Kite pon selalu kena.... Dh up status pon still buat lagi. Memang dasar tak faham bahasa dia orang ni. Berniaga kononnya...

    ReplyDelete
  7. sy pun xsuke klu di add msk group mcm tu..byk dh group yg sy dh leave..rimas..pastu kene add kwn lain plak tu..

    ReplyDelete
  8. selalu report aje atas sebab spamming.

    habis cerita.

    sekarang memang tak bagi muka sangat dah.

    sebab malas nak jadi macam kes nih.

    ReplyDelete

Post a comment

sila tinggalkan komen anda...:)

Popular posts from this blog

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU

Assalamualaikum...

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU Rasa seronok betul bila dapat Waffle maker ni. Waffle maker ni hadiah dari Lazada Malaysia . Saya dapat Voucher Rm100 dan saya pilih Waffle maker ni .Banyak betul barang dari Lazada kat rumah ni..hahaha..Order hari ni , esoknya dah sampai..Cepat je..kan??Bila sampai terus google resepi, bancuh tepung nak buat Waffle..hahah...Nampak macam gelojoh kan?sebenarnya sebab teruja. :p
Banyak juga resepi Waffle yang saya baca..saya try 2,3 resepi tapi tak menepati citarasa .Saya suka Waffle yang tebal ,lembut ,gebu.Bila dah sejuk pun dia tetap lembut. Ada resepi yang saya cuba jadi  keras dan masak tak sekata mungkin sebab Waffle padat dan jadi keras.

Ini lah waffle yang keras tu..Dia membakar pun tak sekata..Tompok2  je..Resepi nya dari mana??tak perlu la saya bagitau..hahahah..Tapi bagi yang suka waffle keras dan padat macam ni mungkin tak jadi masalah..
Tapi selepas beberapa percubaan akhirnya dapat juga satu resepi yang kena den…

CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL

Assalammualaikum..



CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL Saya belum pernah ada pengalaman melihat toyol..Semoga saya tidak diberi peluang melihat nya. hahha..Orang kata toyol ni macam budak-budak yang badan bulat, kepala nya botak,  semua giginya runcing , badan nya berbulu dan berlendir.Sifatnya seperti kanak-kanak yang suka bermain.Dari apa yang digambar kan ,memang tidak la Toyol ni kita kategorikan sebagai comel..kan??hahah...

Toyol hanya boleh di lihat dengan mata kasar oleh penjaganya sahaja.Orang lain memang tak dapat nak tengok Toyol.kalau ada yang tengok Toyol mungkin ada ritual atau cara-cara tertentu nak melihat makhluk nakal ni.Nak menjaga nya pun macam jaga budak kecil.Kena diberi susu setiap pagi dan petang.Bukan susu dalam tin tu ye ..Tapi menyusu badan.Kalau yang membelanya adalah lelaki, isteri lelaki tu la akan menyusukan toyol tu.kalau tuan nya wanita, wanita tu sendiri akan menyusukan nya.Sanggup tak??hahhah

Kalau di Malaysia ni saya …

RESEPI BIHUN SUP DAGING SEDAP DAN MUDAH

Assalamualaikum...



Suka watermark yang mana??Yang gambar atas  atau gambar kat bawah nun ??saya buat watermark ni guna app kat enpon je ..hehe..jadi lah.kan.Dari tak de..Ok..lupa kan pasal watermark tu..Hari ni makcik buat bihun sup..Punya la sibuk hari ni letih tak tau nak cakap la..sekali bihun sup dah siap makan sikit punya berselera..Bihun sup ni yang sedap sangat atau makcik yang lapar..tak tahu la..hehehh..

Dah selalu buat bihun sup tapi tak pernah terlintas nak share resepi kat blog..hari ni makcik turunkan ilmu buat bihun sup pulak..Saya guna daging 1/2 kilo sahaja.lepas tu hiris nipis2 sebab yang nak makan ni budak2.Masak pun cepat lembut..senang budak2 nak kunyah.kalau buat jual tu biasa nampak dia potong  tebal2 dalam 1 inci...ada yang potong kecik2.Ikut suka ampa nak potong macam mana yang penting kuah kena sedap.

Untuk sambal pulak saya buat sambal kicap.saya memang tak reti makan bihun sup dengan sambal merah tu..rasa tak selesa bila makan serbuk cili yang di tambah air…