Skip to main content

MISI MENCARI BAJU KURUNG PINK BERMULA.

Assalamualaikum..

Hari ni saya nak menggeledah facebook dan instagram untuk cari baju kurung kaler pink.Buka almari semalam cari baju kurung nak pakai kenduri tengok-tengok tak de baju kurung kaler pink. Baru perasan dan tersedar yang saya tak pernah ada baju kurung kaler pink..Yang kali ni saya nak cari kaler Dusty Pink.Sebenarnya majlis nya lambat lagi..Raya Cina nanti..heheh..tapi bersiap awal kan lebih senang..lagipun bukan senang nak cari yang sesuai dengan citarasa saya ni.




Ada orang suka tempah saja baju kurung.Tapi saya tak..Dikawasan saya ni susah nak cari orang buat baju kurung yang sedap dipakai dan kena dengan apa yang saya nak.Masa saya mula2 datang ke Pulau Pinang ni saya pernah juga tempah baju, tapi tak sedap di pakai.Rasa tak selesa,tambah pulak dengan kain saya yang habis di conteng.Basuh pun tak hilang.geram je rasa..

Lepas tu saya hantar baju untuk dikecilkan..sebab masa tu saya dah kurus ..heheh..hantar pada tukang jahit yang lain, ..malangnya , saya hantar macam tu, macam tu jugak la baju tu..tak berubah2 pun saiz nya..Hahhaha..dah la kena bayar dekat rm40 jugak..Erm..tak jujur nya buat kerja..Jadi sejak tu saya lebih suka kalau nak beli baju kurung atau jubah ,saya beli yang dah siap je.


Kalau di belah-belah pulau pinang ni paling senang nak dapat baju kurung , jubah dan tudung boleh la ke Parit Buntar.Syurga membeli belah bagi wanita tu...semuanya dijual dengan harga yang murah dan berpatutan.Atau boleh juga cari di Sweet Muslimah yang ada menjual baju kurung yang cantik-cantik.harga pun murah...Boleh tengok di sini.

Harap2 pencarian saya nak dapatkan baju kurung kaler pink tu berhasil sebelum raya Cina ni...


sekian..


Comments

  1. CEPAT CARI BAJU KURUNG PINK DEE CANTIK2 DESIGN PILIHAN TU

    ReplyDelete
  2. skrg nih kadang lbh berbaloi beli siap dr bt....
    lagi2 yg saiz kecik mcm awak tu dik, msti mudah nk bli baju siap...

    akak yg beso ni pun kadang lbh suke beli yg siap...

    ReplyDelete
  3. cantik baju kurung tu. nak singgah..kot ade berkenan juga ke

    ReplyDelete

Post a comment

sila tinggalkan komen anda...:)

Popular posts from this blog

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU

Assalamualaikum...

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU Rasa seronok betul bila dapat Waffle maker ni. Waffle maker ni hadiah dari Lazada Malaysia . Saya dapat Voucher Rm100 dan saya pilih Waffle maker ni .Banyak betul barang dari Lazada kat rumah ni..hahaha..Order hari ni , esoknya dah sampai..Cepat je..kan??Bila sampai terus google resepi, bancuh tepung nak buat Waffle..hahah...Nampak macam gelojoh kan?sebenarnya sebab teruja. :p
Banyak juga resepi Waffle yang saya baca..saya try 2,3 resepi tapi tak menepati citarasa .Saya suka Waffle yang tebal ,lembut ,gebu.Bila dah sejuk pun dia tetap lembut. Ada resepi yang saya cuba jadi  keras dan masak tak sekata mungkin sebab Waffle padat dan jadi keras.

Ini lah waffle yang keras tu..Dia membakar pun tak sekata..Tompok2  je..Resepi nya dari mana??tak perlu la saya bagitau..hahahah..Tapi bagi yang suka waffle keras dan padat macam ni mungkin tak jadi masalah..
Tapi selepas beberapa percubaan akhirnya dapat juga satu resepi yang kena den…

CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL

Assalammualaikum..



CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL Saya belum pernah ada pengalaman melihat toyol..Semoga saya tidak diberi peluang melihat nya. hahha..Orang kata toyol ni macam budak-budak yang badan bulat, kepala nya botak,  semua giginya runcing , badan nya berbulu dan berlendir.Sifatnya seperti kanak-kanak yang suka bermain.Dari apa yang digambar kan ,memang tidak la Toyol ni kita kategorikan sebagai comel..kan??hahah...

Toyol hanya boleh di lihat dengan mata kasar oleh penjaganya sahaja.Orang lain memang tak dapat nak tengok Toyol.kalau ada yang tengok Toyol mungkin ada ritual atau cara-cara tertentu nak melihat makhluk nakal ni.Nak menjaga nya pun macam jaga budak kecil.Kena diberi susu setiap pagi dan petang.Bukan susu dalam tin tu ye ..Tapi menyusu badan.Kalau yang membelanya adalah lelaki, isteri lelaki tu la akan menyusukan toyol tu.kalau tuan nya wanita, wanita tu sendiri akan menyusukan nya.Sanggup tak??hahhah

Kalau di Malaysia ni saya …

RESEPI BIHUN SUP DAGING SEDAP DAN MUDAH

Assalamualaikum...



Suka watermark yang mana??Yang gambar atas  atau gambar kat bawah nun ??saya buat watermark ni guna app kat enpon je ..hehe..jadi lah.kan.Dari tak de..Ok..lupa kan pasal watermark tu..Hari ni makcik buat bihun sup..Punya la sibuk hari ni letih tak tau nak cakap la..sekali bihun sup dah siap makan sikit punya berselera..Bihun sup ni yang sedap sangat atau makcik yang lapar..tak tahu la..hehehh..

Dah selalu buat bihun sup tapi tak pernah terlintas nak share resepi kat blog..hari ni makcik turunkan ilmu buat bihun sup pulak..Saya guna daging 1/2 kilo sahaja.lepas tu hiris nipis2 sebab yang nak makan ni budak2.Masak pun cepat lembut..senang budak2 nak kunyah.kalau buat jual tu biasa nampak dia potong  tebal2 dalam 1 inci...ada yang potong kecik2.Ikut suka ampa nak potong macam mana yang penting kuah kena sedap.

Untuk sambal pulak saya buat sambal kicap.saya memang tak reti makan bihun sup dengan sambal merah tu..rasa tak selesa bila makan serbuk cili yang di tambah air…