Skip to main content

LELAKI INI DEDAH RAHSIA MASAK BURGER DENGAN SEDAP

Assalamualaikum





Dulu saya memang bukan penggemar burger. Sebab nya saya tak suka kan sos . Tapi kalau burger tak letak sos memang saya suka..Orang kata burger tak lengkap la tanpa sos cili..kan?jadi saya ambil keputusan untuk tak suka makan burger..hahaha..Boleh macam tu??

Saya nak kongsikan satu tips dan trick memasak burger yang dikongsikan oleh Saudara Adie di laman facebook .. Ada macam-macam bahan yang digunakan oleh peniaga untuk masak burger tapi kalau silap guna bahan mungkin rasanya akan terjejas.Kadang kita tengok gerai A letak mayonis, Gerai B pun letak Mayonis tapi kenapa gerai A lebih sedap dari gerai B...Ha..itu yang akan kita ketahui dengan perkongsian tips dari Saudara Adie ni..

Sebagai orang yang berpengalaman dalam bidang perniagaan menjual burger rasanya dah tentu tips-tips ini sangat berguna juga untuk peniaga-peniaga burger yang lain.


Hampir 6 tahun dah balik dok perlis.. maaf la, aku tak jumpa lagi burger yg betui2 aku boleh repeat pi beli.. susah sangat ka nak bagi sedap burger macam dulu2 punya.. masa tahun 90an dulu, burger di perlis cukup sedap..
Aku juga penjual burger masa kat selangor dulu, balik perlis ni takda masa dah nak meniaga burger.. 
Mai aku nak share sikit kajian dan pemerhatian aku.. aku jenis suka perati orang buat burger, tambah2 yang sampai beratoq panjang2 kat KL nu..

1. Wajib guna daging 70g.. tak payah la dok save sangat nk pi haji balik hari.. tak untung mana pn.. meniaga kena jujur.. harga nk letak mahai, daging hok nipih.. apa dia..

2. Masak daging, jangan tekan.. bila tekan, jus daging akan kluar.. pasai tu daging jadi kering.. alih2 kan saja.. boh planta sikit.. sikit ja.. jangan sampai banjir.. dalam daging tu sendiri dah ada minyak..

3. Daging tu lubang2kan saja.. tak belah tengah pun tak pa.. pastu letak la seasoning.. aku suka lea and peirin.. btui ka dak eja.. maggi pun ok.. letak la lada skit.. terangkat la..

4. Ayaq bawang putih.. ayaq ni utk menggantikan jus daging yang hilang.. so daging akan jadi juicy.. curah skit masa daging dah masak.. nak buat dia, potong bawang putih, boh dalam ayaq kosong ja.. boh dlm botoi, tudung botoi buat lubang2 skit..

5. Guna api sederhana.. api yang kuat juga akan keringkan daging..

6. Roti tu boh la planta bagi penuh.. tak payah dok sep sangat.. roti letak ja atas kuali.. jangan tekan.. geng lama2 pakai kayu.. utk pressure roti saja.. bukan meleperkan roti.. lagi cantik gitu..

7. Sayur tu ikut hangpa la.. slalu orang pakai kobis la kan.. tapi masa aku niaga, aku pakai lettuce iceburg.. lebih sedap.. tapi kot payah nak dapat hari2 la.. pastu mahai sikiiiiiitttt..

8. Sos jgn pakai yg murah.. kebanyakan peniaga burger di KL  yang top2 tu pakai longson.. payah nk jumpa kot no.. klu kat perlis ni, peniaga kebab yg banyak pakai longson.. pasai tu kebab depa sedap..

9. Mayo plak paling best pakai nelly.. mahaiiii.. tapi sapu sikit ja.. jangan creettt lagu ladys choice tu.. sikit pn dh berasa tak sangga..

10. Unutk cheese, aku pakai smoke bbq.. apa2 brand pn takpa.. rona dia oren.. mahai skit, tapi memang berasa cheese dia.. penah dak hangpa beli cheese burger, tapi tak rasa pun cheese dia.. pasai cheese murah..

11. Blackpaper sos.. klu boleh masak la sendiri.. jgn dok harap hok siap dah ja.. tak brapa syahdu hok tu.. mudah ja.. masak butter dgn tepung gandum.. sampai naik bau sedap.. boh la oyster, lada hitam kasaq, kicap cayaq, chicken stock, garam.. otter la gena pun sampai sedap di mulut.. celup daging dlm kuah blackpepper.. apa nak kata..

12. Last skali aturan bubuh sayur, sos, mayo.. yang ni kajian sendiri la.. sos dgn mayo kalau boleh asingkan.. mayo bawah, sos atas.. bila makan, baru terasa dua2 rasa yg beza.. kalau cheese tu, letak atas daging yg panas.. bagi dia cayaq melekat kt daging..

Senang cerita, hgpa buat burger, hgpa try makan.. kita juai mcm mana kita suka makan.. baru org lain pn suka.. jangan kedekut bahan.. buat bagi sedap.. untung by volume.. baru boleh kekal lama meniaga..
Sekian sedikit tips dan nasihat dari aku.. tips ni banyak buat pala ja dr aku.. mau rasa berguna, try la buat..

Burger mana yg sedap, sajes sat.. aku nk pi rasa..
#merapusambiltunggudobi

**************

Anak-anak saya lebih suka burger yang dijual ditepi jalan tu berbanding burger yang dibeli di McDonald. Mungkin sebab rasanya yang lebih kuat dan bila saya baca tips-tips diatas baru saya tahu banyak juga bahan-bahan yang digunakan untuk membuat burger ni walaupun dijual ditepi jalan je.Tapi kalau burger di McD tu , alahai..hehehe..tak mau cakap banyak nanti McD saman saya..hahahah.

Saya setuju dengan pesanan Saudara Adie ni..masak dan makan ..Cuba lah rasa sendiri sebelum dijual pada orang lain.

sekian..





Comments

  1. Ada tips juga...baik dia nak kongsikan...

    Selalu belasah je masak ikut suka hati. Paling senang, beli... :)

    ReplyDelete
  2. Amboi. Lengkap bebenau tips masak burger ni 😍😍

    Ini dah boleh buka kedai sendiri. 😉 Masak burger tu kalau pakai roti bijan lagi sedap. Bau dia naik.

    😅 Burger zaman 90an dulu makan dengan roti bijan sedapnya. Burger sekarang roti kosong je.

    Antara tips yang mazni suka dari artikel sis ni

    Burger daging 70g. Setuju. Baru rasa tebal 😄

    Lepas tu jangan tekan burger, bagi jus daging yang manis tu tak hilang

    Mentega pakai sikit. Sebab dalam daging dah ada lemak 😆

    Sos dan mayo asing. Satu atas satu bawah. 😎

    Sos lea perchin tu pun best. Siap letak air bawang putih. Wow. Juicy gitu 😘

    Dan ini tips mazni. Roti tu bagi garing sikit. 😚 Baru tekstur nak gigit tu sedap.

    Heaven kalau burger yang dimasak sempurna ni

    ⛔⛔ Jemput singgah blog mazni & komen. Komen terbaik akan memenangi RM50 setiap bulan ⛔⛔

    ReplyDelete
  3. bgs ni.. ada btoinya kata dia. lgpun dia berpengalaman.

    tetiba fkir dah lama xbuat burger sndiri. hoho

    ReplyDelete
  4. Bagus tips ni. Boleh lah cuba nanti 😊

    ReplyDelete
  5. mmg mcm simple je tgk buger tp jalan
    tp banyak rempah2 yg dia boh tuh... sbb biasa jgk lah menunggu org buat beger...
    eh tup2 rasa tingin nk mkn beger tp jln yg spesel punya

    ReplyDelete
  6. sy pun lebih suke burger tepi jalan dr McD..lg pun McD lame dh xmakan..bgs sgt Adie ni siap bg tips..burger die dulu mesti sedap gle..

    ReplyDelete
  7. Air bawang putih & 70g daging. Jgn tekan... laa baru tau.
    Itu yg juicy.
    Mayonese dan sos memang patut asing. Satu bun atas. Satu bun bawah. TQ tips awak saya ikut untuk anak-anak makan.

    ReplyDelete
  8. baru bg tips dh mcm terasa sedap dlm mulut ni

    ReplyDelete
  9. lea tu halal ke? sebab ada yg kata tak halal..

    ReplyDelete
  10. Mai try burger sdp lg juicy @pokokjambuburger D'taman aman alor setar!!harga pn rilex ja rm2!!!

    ReplyDelete

Post a Comment

sila tinggalkan komen anda...:)

Popular posts from this blog

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU

Assalamualaikum...

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU Rasa seronok betul bila dapat Waffle maker ni. Waffle maker ni hadiah dari Lazada Malaysia . Saya dapat Voucher Rm100 dan saya pilih Waffle maker ni .Banyak betul barang dari Lazada kat rumah ni..hahaha..Order hari ni , esoknya dah sampai..Cepat je..kan??Bila sampai terus google resepi, bancuh tepung nak buat Waffle..hahah...Nampak macam gelojoh kan?sebenarnya sebab teruja. :p
Banyak juga resepi Waffle yang saya baca..saya try 2,3 resepi tapi tak menepati citarasa .Saya suka Waffle yang tebal ,lembut ,gebu.Bila dah sejuk pun dia tetap lembut. Ada resepi yang saya cuba jadi  keras dan masak tak sekata mungkin sebab Waffle padat dan jadi keras.

Ini lah waffle yang keras tu..Dia membakar pun tak sekata..Tompok2  je..Resepi nya dari mana??tak perlu la saya bagitau..hahahah..Tapi bagi yang suka waffle keras dan padat macam ni mungkin tak jadi masalah..
Tapi selepas beberapa percubaan akhirnya dapat juga satu resepi yang kena den…

30 MENU BERBUKA PUASA YANG RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN

Assalamualaikum


Masuk je bulan ramadhan benda yang kita selalu fikir ialah nak masak apa untuk berbuka dan bersahur.kalau boleh kita nak juadah yang sedap , mudah di masak dan tak ambil masa yang lama.




Hari ni saya nak senaraikan 30 juadah lauk pauk yang kita boeh buat sepanjang ramadhan ni...Semoga lepas ni tak de la masuk je dapur dah pening kepala nak masak apa..Last2 ke bazar ramadhan juga dia merayau cari lauk..eheheh..Anggaran memasak setiap hidangan cuma dalam 10-20 minit sahaja..kalau guna dapur 2,3 tungku tak sampai sejam siap semuanya..



30 MENU BERBUKA PUASA YANG  RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN
1- Ayam masak merah + ikan goreng +acar timun

2-Daging masak kicap + ikan goreng + taugeh tumis air

3-Gulai ayam + tumis kacang buncis + ikan keli goreng

4-kurma daging + kerabu mangga + ayam berempah

5-asam pedas ikan pari + ayam goreng kunyit +sambal belacan +ulaman

6-ikan keli masak lemak + terung berlada + ayam goreng

7-singgang ikan +kangkung goreng belacan + ikan goreng

8-Sup dagi…

CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL

Assalammualaikum..



CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL Saya belum pernah ada pengalaman melihat toyol..Semoga saya tidak diberi peluang melihat nya. hahha..Orang kata toyol ni macam budak-budak yang badan bulat, kepala nya botak,  semua giginya runcing , badan nya berbulu dan berlendir.Sifatnya seperti kanak-kanak yang suka bermain.Dari apa yang digambar kan ,memang tidak la Toyol ni kita kategorikan sebagai comel..kan??hahah...

Toyol hanya boleh di lihat dengan mata kasar oleh penjaganya sahaja.Orang lain memang tak dapat nak tengok Toyol.kalau ada yang tengok Toyol mungkin ada ritual atau cara-cara tertentu nak melihat makhluk nakal ni.Nak menjaga nya pun macam jaga budak kecil.Kena diberi susu setiap pagi dan petang.Bukan susu dalam tin tu ye ..Tapi menyusu badan.Kalau yang membelanya adalah lelaki, isteri lelaki tu la akan menyusukan toyol tu.kalau tuan nya wanita, wanita tu sendiri akan menyusukan nya.Sanggup tak??hahhah

Kalau di Malaysia ni saya …