Friday, 30 December 2016

LELAKI DI NEGARA INI GUNA CARA PALING JIJIK UNTUK HILANGKAN JERAWAT

Assalamualaikum..




Orang yang ada jerawat sahaja yang tahu macam mana tertekan nya bila tengok muka sendiri kat cermin.Kadang sampai rasa malu nak keluar rumah.Belum dengar lagi cemuhan dan sindirian kawan-kawan yang senang-senang aja kata kita ni tak cuci muka la, tak beli ubat la..dan macam-macam lagi.Saya pun kalau ada masa-masanya jerawat tumbuh ditempat yang tak sepatutnya rasa malu juga nak keluar rumah.Mujur la saya ni surirumah saja.tak perlu setiap hari tunjuk muka di luar.hehehe.Orang kata kalau nak cantik kan kulit wajah jangan abaikan mengambil buah yang berwarna merah dan ungu.



Tapi berbeza dengan apa yang awak semua  akan baca ni..Didalam sebuah kampung di Bandar Udaipur, Barat Rajashtan India , golongan lelaki  menggunakan cara paling pelik dan jijik untuk mencegah dan mengubati jerawat diwajah mereka.Mereka meminum air kencing lembu setiap hari dan ada juga yang menjadikan nya sebagai masker di wajah.


Peghhh!!entah macam mana la diaorang boleh tahan dengan bau air kencing tu sampai sanggup diminum dan dilumurkan ke muka mereka.Kalau nak tahu , bagi orang india lembu adalah haiwan yang suci dan dihormati.Sebab itu lah mereka merasakan setiap apa saja yang berkaitan haiwan suci mereka itu sebagai yang sangat bermanfaat dan bagus.



Menurut salah seorang lelaki di kampung tersebut yng dikenali sebagai Hemant Paliwal ,Sejak dulu lagi mereka menggunakan air kencing lembu sebagai ubat . Itu adalah bahan semulajadi yang sangat berkesan. Dia mendakwa pernah terkena jangkitan paru-paru bebrapa waktu yang lalu. Dia  demam dan batuk yang sangat teruk.Namun  Setelah kerap mengamalkan minum air kencing lembu, dia sembuh dari penyakit tersebut.. Kulit wajah nya menjadi lebih berseri-seri dan cerah dalam masa hanya 1 minggu .dan itu adalah perkara yang sangat mengkagumkan..


Di india sudah banyak yang menjalankan perniagaan menjual air kencing lembu.Malah ada yang menjualnya didalam botol yang siap dengan label untuk tujuan pemasaran. Korang boleh dapatkan air kencing lembu ini di pasaraya-pasaraya di sana..Korang nak beli ke??

sekian..

sumber: vemale.com



3 comments:

sila tinggalkan komen anda...:)

'; (function() { var dsq = document.createElement('script'); dsq.type = 'text/javascript'; dsq.async = true; dsq.src = '//' + disqus_shortname + '.disqus.com/embed.js'; (document.getElementsByTagName('head')[0] || document.getElementsByTagName('body')[0]).appendChild(dsq); })();