Skip to main content

KERJA UNTUK BANTU ORANG BUKAN SEBAB NAK KAYA

Assalamualaikum...



Sejak minggu lepas saya memang jarang dah menjenguk facebook saya.Terpaksa juga curi-curi masa like dan komen status kawan-kawan.Tu pun tak lama..dalam 30 minit -1 jam masa saya ambil untuk like dan komen2.Bagi orang lain mungkin tak penting like dan komen status kawan2 tu tapi disebabkan laman sosial saya tu saya gunakan juga untuk "kerja" jadi ianya perlu untuk saya curi masa supaya laman sosial saya nampak aktif.

Risau jugak kalau ada yang terkecil hati , komen orang kita balas, komen dia kita tak balas..Takut nanti dikata kita ni sombong, pilih kasih dan sebagainya.InsyaAllah kalau sempat memang saya komen dan like.Tapi kalau tak sempat tu minta maaf banyak-banyak.saya ni tangan ada dua ja.Tangan ni lah untuk anak2 dan suami tangan ni juga untuk kerja-kerja saya di laman sosial.Letih memang letih tapi dalam masa yang sama rasa seronok sebab kita dapat buat benda yang kita suka..:)

Dalam keadaan letih tu bila dapat whatsapp, email atau mesej dia inbox facebook yang ucap terima kasih untuk entry-entry yang saya tulis memang rasa hilang segala letih tu..Seronok sebab sekurang-kurang nya saya dapat memberi sesuatu untuk orang lain walaupun saya tak kenal pun mereka.Bukan semua entry yang kita tulis tu berbayar.jadi bila dibayar dengan ucapan terima kasih rasa bersyukur ..

Suami saya selalu pesan ..kerja tu biarlah tujuan nya ikhlas untuk bantu orang..jangan kita kerja sebab kita nak kaya.Memang sampai bila2 pun kita akan rasa susah.Sebab manusia ni tak pernah rasa cukup.Sebab tu kita dok pulun kerja sampai lembik, sampai letih tapi kita dok rasa tak cukup jugak.Tapi bila kita kerja sebab nak bantu orang, dapat saja kita bantu terus kita rasa lega.Kita rasa tercapai sudah niat kita nak bantu orang tu.Niat yang baik Allah akan permudah kan..jadi niat tu kena betul.

*try la cari sesiapa fakir miskin, orang susah,yang korang rasa dapat gaji nanti nak bantu.Niat betul2 ikhlas nak bantu..InsyaAllah ...Allah permudah dan makbulkan niat korang tu..

sekian..

Comments

  1. Yang penting niat kita nak beribadat. Kerja kan ibat juga kalau niatnya

    ReplyDelete
  2. yang penting.. niat kita kerana Allah juga.. kerana keluarga.. untuk kongsi rezeki yang kita dapat kat orang lain juga. in sya Allah.. :)

    Yup.. Kadang penat.. Mana nak uruskan keluarga.. Media social.. Blog.. Tapi penat tu akan rasa sangat berbaloi.. Lebih2 lagi bila kita tengok ramai yang support.. Kalau blog, bila tgk pageview rmai yang datang melawat.. Rasa bersyukur sangat.

    Papepun, teruskan usaha dan kuat :)

    http://www.reenri.com

    ReplyDelete
  3. Betul tu kak, kalau kerja sebab nak kaya memang sampai bila pun rasa tak cukup.

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah.. bila suami turut selalu mengingatkan ke mana arah perginya kerja kita.
    Sebab ada kalanya kita terlalai tanpa sedar.

    ReplyDelete

Post a comment

sila tinggalkan komen anda...:)

Popular posts from this blog

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU

Assalamualaikum...

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU Rasa seronok betul bila dapat Waffle maker ni. Waffle maker ni hadiah dari Lazada Malaysia . Saya dapat Voucher Rm100 dan saya pilih Waffle maker ni .Banyak betul barang dari Lazada kat rumah ni..hahaha..Order hari ni , esoknya dah sampai..Cepat je..kan??Bila sampai terus google resepi, bancuh tepung nak buat Waffle..hahah...Nampak macam gelojoh kan?sebenarnya sebab teruja. :p
Banyak juga resepi Waffle yang saya baca..saya try 2,3 resepi tapi tak menepati citarasa .Saya suka Waffle yang tebal ,lembut ,gebu.Bila dah sejuk pun dia tetap lembut. Ada resepi yang saya cuba jadi  keras dan masak tak sekata mungkin sebab Waffle padat dan jadi keras.

Ini lah waffle yang keras tu..Dia membakar pun tak sekata..Tompok2  je..Resepi nya dari mana??tak perlu la saya bagitau..hahahah..Tapi bagi yang suka waffle keras dan padat macam ni mungkin tak jadi masalah..
Tapi selepas beberapa percubaan akhirnya dapat juga satu resepi yang kena den…

CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL

Assalammualaikum..



CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL Saya belum pernah ada pengalaman melihat toyol..Semoga saya tidak diberi peluang melihat nya. hahha..Orang kata toyol ni macam budak-budak yang badan bulat, kepala nya botak,  semua giginya runcing , badan nya berbulu dan berlendir.Sifatnya seperti kanak-kanak yang suka bermain.Dari apa yang digambar kan ,memang tidak la Toyol ni kita kategorikan sebagai comel..kan??hahah...

Toyol hanya boleh di lihat dengan mata kasar oleh penjaganya sahaja.Orang lain memang tak dapat nak tengok Toyol.kalau ada yang tengok Toyol mungkin ada ritual atau cara-cara tertentu nak melihat makhluk nakal ni.Nak menjaga nya pun macam jaga budak kecil.Kena diberi susu setiap pagi dan petang.Bukan susu dalam tin tu ye ..Tapi menyusu badan.Kalau yang membelanya adalah lelaki, isteri lelaki tu la akan menyusukan toyol tu.kalau tuan nya wanita, wanita tu sendiri akan menyusukan nya.Sanggup tak??hahhah

Kalau di Malaysia ni saya …

RESEPI BIHUN SUP DAGING SEDAP DAN MUDAH

Assalamualaikum...



Suka watermark yang mana??Yang gambar atas  atau gambar kat bawah nun ??saya buat watermark ni guna app kat enpon je ..hehe..jadi lah.kan.Dari tak de..Ok..lupa kan pasal watermark tu..Hari ni makcik buat bihun sup..Punya la sibuk hari ni letih tak tau nak cakap la..sekali bihun sup dah siap makan sikit punya berselera..Bihun sup ni yang sedap sangat atau makcik yang lapar..tak tahu la..hehehh..

Dah selalu buat bihun sup tapi tak pernah terlintas nak share resepi kat blog..hari ni makcik turunkan ilmu buat bihun sup pulak..Saya guna daging 1/2 kilo sahaja.lepas tu hiris nipis2 sebab yang nak makan ni budak2.Masak pun cepat lembut..senang budak2 nak kunyah.kalau buat jual tu biasa nampak dia potong  tebal2 dalam 1 inci...ada yang potong kecik2.Ikut suka ampa nak potong macam mana yang penting kuah kena sedap.

Untuk sambal pulak saya buat sambal kicap.saya memang tak reti makan bihun sup dengan sambal merah tu..rasa tak selesa bila makan serbuk cili yang di tambah air…