Skip to main content

KENAPA PERLU DISABLE COMMENTS DI INSTAGRAM

Assalamualaikum...



Selepas sarapan tadi saya dok scroll instagram..Pagi-pagi kena la tengok gambar untuk menyegarkan mata..heheh..saya terbaca satu komen kat satu IG ni.."kenapa disable comments..takut kena kecam ke..?" wah!!!.mesti gambarnya mengundang sangat..kan??tu yang sampai terpaksa disable comments.



Bagi yang tak tahu cara nak disable comments di instagram , cuma korang perlu tap pada menu di gambar korang dan pilih "TURN OFF COMMENTING"   ..Itu je..senang kan??

Erm..jangan salah sangka..sebenarnya orang disable comments bukan sebab kena kecam tapi ada sebab lain.Ada setengah-setengah gambar yang pemilik akaun nya tahu , gambar tersebut berpotensi akan di spam oleh peniaga-peniaga online.



Teknik menjual di IG artis ni saya pun tak berkenan la.Kita follow Instagram seseorang  tu tujuan nya nak tengok gambar-gambar dia..tapi yang kita terpaksa hadap ialah komen-komen dari peniaga online yang sibuk mempromosikan produk sendiri.

Ada juga yang disable comments sebab untuk menjimatkan masa ..Kadang-kadang dia terima banyak sangat komen yang meminta pandangan dan pendapat..Jadi untuk satu hari tu dia tak mahu rakan-rakan dan pengunjung instagram nya rasa tertunggu2 atau ternanti2 dia menjawab komen2 mereka.Mungkin tak mahu rasa bersalah..

Disable comments ni juga sesuai untuk mereka-mereka yang rajin buat giveaway atau contest yang memerlukan peserta nya meninggalkan comments.Bila dah habis tempoh giveaway atau ontest tu maka dia pun disable comments pada gambar tersebut..


Jadi disebabkan itu pemilik akaun akan aktifkan fungsi disable comments di gambarnya.Tapi tak dinafikan ada pemilik akaun yang disable comments sebab tak mau di kecam.Dia juga buat macam tu sebab nak elak kan orang ramai jadikan akaun nya sebagai tempat bergaduh.Biasalah bila dikecam, ada la tukang pembela dan tukang menghentam..Orang yang kena kecam dok tepi je, yang tukang komen ni sampai tak tidur malam sibuk membalas kritikan ..hahahahah..Biasanya perkara macam ni kita akan jumpa di instagram artis-artis la..



Artis Malaysia la kot yang selalu disable comments ni..Dia tahu gambar yang dia post tu bakal mengundang kecaman orang tapi sengaja nak post jugak.Pandai post pandai la tanggung risiko..kan??ni tidak..dia pi disable comments pulak...hehhehe...Katanya untuk simpanan peribadi..Hukhuk..kalau simpanan peribadi buat la satu akaun peribadi yang diprivate kan ..Hanya untuk tatapan sendiri..betul tak??ke tak betul??hahahahha


Lepas tu nanti ada la yang acah2 tak suka ambik tahu hal orang komen kat bawah ni.." biar la dia.IG dia..suka hati la dia nak buat apa.."..eii..nampak macam positif kan??tapi negetif sangat sikap tu..Orang gini kalau meeting dia jadi tukang hidang air  dan kemas meja je..Bos tak kan terima dan minta apa2 buah fikiran dari dia ☺

sekian...

Comments

  1. Kalau review berbayar harus disable comment tu.. kang ada yang tumpang beriklan percuma pulak.. lebih sadis produk yang sama...

    ReplyDelete
  2. Baru tau.. boleh rupanya disable komen..
    Tq share..

    ReplyDelete
  3. Baru tau.. boleh rupanya disable komen..
    Tq share..

    ReplyDelete
  4. Nak elak kena sailang kan 😑 Tak semua orang akan ikut peraturan.

    Ada je yang potong barisan masa orang lain beratur kan 😃

    ⛔⛔ Jemput singgah blog mazni & komen. Komen terbaik akan memenangi RM50 setiap bulan ⛔⛔

    ReplyDelete
  5. Rasanya macam nk disable juga.. Byk sgt dok promosi produk dia..

    ReplyDelete
  6. lama x bw sini... jom rajin2 bw balik ke blog akak

    ReplyDelete
  7. ada baik dan buruknya disable komen...pilih mana yang terbaik

    ReplyDelete
  8. sy prasan ade sorg artis ni..lps asyik kene kutuk je trs die disable cmmnt..tp skarang ni xtau dh blh cmmnt ke blm..

    ReplyDelete
  9. tau dah..ig ni dah macam2 update..hehe..bagusla

    ReplyDelete

Post a Comment

sila tinggalkan komen anda...:)

Popular posts from this blog

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU

Assalamualaikum...

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU Rasa seronok betul bila dapat Waffle maker ni. Waffle maker ni hadiah dari Lazada Malaysia . Saya dapat Voucher Rm100 dan saya pilih Waffle maker ni .Banyak betul barang dari Lazada kat rumah ni..hahaha..Order hari ni , esoknya dah sampai..Cepat je..kan??Bila sampai terus google resepi, bancuh tepung nak buat Waffle..hahah...Nampak macam gelojoh kan?sebenarnya sebab teruja. :p
Banyak juga resepi Waffle yang saya baca..saya try 2,3 resepi tapi tak menepati citarasa .Saya suka Waffle yang tebal ,lembut ,gebu.Bila dah sejuk pun dia tetap lembut. Ada resepi yang saya cuba jadi  keras dan masak tak sekata mungkin sebab Waffle padat dan jadi keras.

Ini lah waffle yang keras tu..Dia membakar pun tak sekata..Tompok2  je..Resepi nya dari mana??tak perlu la saya bagitau..hahahah..Tapi bagi yang suka waffle keras dan padat macam ni mungkin tak jadi masalah..
Tapi selepas beberapa percubaan akhirnya dapat juga satu resepi yang kena den…

30 MENU BERBUKA PUASA YANG RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN

Assalamualaikum


Masuk je bulan ramadhan benda yang kita selalu fikir ialah nak masak apa untuk berbuka dan bersahur.kalau boleh kita nak juadah yang sedap , mudah di masak dan tak ambil masa yang lama.




Hari ni saya nak senaraikan 30 juadah lauk pauk yang kita boeh buat sepanjang ramadhan ni...Semoga lepas ni tak de la masuk je dapur dah pening kepala nak masak apa..Last2 ke bazar ramadhan juga dia merayau cari lauk..eheheh..Anggaran memasak setiap hidangan cuma dalam 10-20 minit sahaja..kalau guna dapur 2,3 tungku tak sampai sejam siap semuanya..



30 MENU BERBUKA PUASA YANG  RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN
1- Ayam masak merah + ikan goreng +acar timun

2-Daging masak kicap + ikan goreng + taugeh tumis air

3-Gulai ayam + tumis kacang buncis + ikan keli goreng

4-kurma daging + kerabu mangga + ayam berempah

5-asam pedas ikan pari + ayam goreng kunyit +sambal belacan +ulaman

6-ikan keli masak lemak + terung berlada + ayam goreng

7-singgang ikan +kangkung goreng belacan + ikan goreng

8-Sup dagi…

CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL

Assalammualaikum..



CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL Saya belum pernah ada pengalaman melihat toyol..Semoga saya tidak diberi peluang melihat nya. hahha..Orang kata toyol ni macam budak-budak yang badan bulat, kepala nya botak,  semua giginya runcing , badan nya berbulu dan berlendir.Sifatnya seperti kanak-kanak yang suka bermain.Dari apa yang digambar kan ,memang tidak la Toyol ni kita kategorikan sebagai comel..kan??hahah...

Toyol hanya boleh di lihat dengan mata kasar oleh penjaganya sahaja.Orang lain memang tak dapat nak tengok Toyol.kalau ada yang tengok Toyol mungkin ada ritual atau cara-cara tertentu nak melihat makhluk nakal ni.Nak menjaga nya pun macam jaga budak kecil.Kena diberi susu setiap pagi dan petang.Bukan susu dalam tin tu ye ..Tapi menyusu badan.Kalau yang membelanya adalah lelaki, isteri lelaki tu la akan menyusukan toyol tu.kalau tuan nya wanita, wanita tu sendiri akan menyusukan nya.Sanggup tak??hahhah

Kalau di Malaysia ni saya …