Skip to main content

JADI VIRAL TAPI IANYA BOLEH MENGHANCURKAN MASA DEPAN ORANG LAIN

Assalamualaikum...

Balik dari cuti-cuti malaysia agak susah saya nak cari idea nak tulis apa..Sebelum ni ada yang kata nak bagi cerita tapi saya minta draft je tak bagi pulak sampai hari ni..Mungkin diaorang pun bercuti..Sudahnya habis banyak masa dok scroll fb je..Nak komen2 lenguh jari jadi saya mampu baca je la hari ni..

Lagipun ada isu-isu yang saya tak tau sebab tak online 2,3 hari ni jadi agak susah nak menyampuk.Hahhaha..baca dan like je la..



Sekarang ni kalau dilihat isu-isu kecil pun boleh jadi viral.Kan??watak dalam drama pun boleh jadi viral.Dari orang tak tahu terus jadi tahu.Budak menangis sebab bersunat pun jadi viral dari hanya sebuah video yang dirakam. Malam tadi saya tengok rancangan 999 .Ada ditunjuk kan rakaman peniaga yang mengamuk nak mencederakan Pegawai Majlis Perbandaran .. Walaupun dalam video tu tak nampak gambar pun sebab kamera enpon yang tak canggih , tapi video tu tetap jadi viral. Mudah saja kalau nak viralkan..



Sebab tu orang berlumba2 nak beli smartphone yang kameranya canggih.Boleh merakam dengan jelas..Video yang dirakam mungkin boleh jadi viral jugak..heheh


Tapi hati-hati ye..Jangan la merakam dan memuat naik gambar dan video yang boleh memalukan orang lain.Contohnya macam video budak menangis sebab  bersunat, video kawan kita tidur berdengkur sambil menggaru-garu..Dah dirakam kemudain di muat naik ke laman sosial..Video mempersendakan orang ni tak payah la di rakam dan dimuat naik semata2 nak dapatkan like dan share yang banyak.



Kita yang rakam dan tengok mungkin rasa lucu, kelakar , rasa ianya hanya untuk hiburan .Tapi bagi mangsa tu malu yang ditanggung tau.Kalau korang baca berita2 luar negara ada banyak kes bunuh diri disebabkan kes jenayah buli cyber ni .Ada yang melibatkan kanak-kanak berusia 10 tahun pun ada.Jadi hati-hati ye..

 Kita tak mahu perkara ni merosak kan anak-anak kita..Kita fikir2 lah sama perasaan orang lain walaupun orang itu hanya budak bawah umur yang kita rasa dia tak tahu apa2.Sedangkan dia juga manusia macam kita yang ada rasa malu dan marah.

sekian...

Comments

  1. Berhati-hati dengan VIRAL ini..
    Ada pelbagai viral..
    JIka ianya ke arah kebaikkan alhamdulillah..
    Jika ke arah keburukkan???...

    Ikhlas Dari
    Along Misuari

    ReplyDelete
  2. BETUL SANGGATTT... KITA PUN SEBAGAI BLOGGER, TAK PAYAH NAK UP SANGAT ISU VIRAL YANG TAKDE FAEDAH SEMATA-MATA NAK KEJAR TRAFIK TINGGI... #peringatanbersama

    ReplyDelete
  3. Kalau viral tu untuk jadi penjelasan kepada yang kabur ok la kan blogger up... tapi up semata-mata nak sebarkan bagi semua orang yang tak tahu jadi tahu... dah camne tu.. pesanan untuk diri sendiri juga ni..

    ReplyDelete

Post a comment

sila tinggalkan komen anda...:)

Popular posts from this blog

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU

Assalamualaikum...

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU Rasa seronok betul bila dapat Waffle maker ni. Waffle maker ni hadiah dari Lazada Malaysia . Saya dapat Voucher Rm100 dan saya pilih Waffle maker ni .Banyak betul barang dari Lazada kat rumah ni..hahaha..Order hari ni , esoknya dah sampai..Cepat je..kan??Bila sampai terus google resepi, bancuh tepung nak buat Waffle..hahah...Nampak macam gelojoh kan?sebenarnya sebab teruja. :p
Banyak juga resepi Waffle yang saya baca..saya try 2,3 resepi tapi tak menepati citarasa .Saya suka Waffle yang tebal ,lembut ,gebu.Bila dah sejuk pun dia tetap lembut. Ada resepi yang saya cuba jadi  keras dan masak tak sekata mungkin sebab Waffle padat dan jadi keras.

Ini lah waffle yang keras tu..Dia membakar pun tak sekata..Tompok2  je..Resepi nya dari mana??tak perlu la saya bagitau..hahahah..Tapi bagi yang suka waffle keras dan padat macam ni mungkin tak jadi masalah..
Tapi selepas beberapa percubaan akhirnya dapat juga satu resepi yang kena den…

CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL

Assalammualaikum..



CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL Saya belum pernah ada pengalaman melihat toyol..Semoga saya tidak diberi peluang melihat nya. hahha..Orang kata toyol ni macam budak-budak yang badan bulat, kepala nya botak,  semua giginya runcing , badan nya berbulu dan berlendir.Sifatnya seperti kanak-kanak yang suka bermain.Dari apa yang digambar kan ,memang tidak la Toyol ni kita kategorikan sebagai comel..kan??hahah...

Toyol hanya boleh di lihat dengan mata kasar oleh penjaganya sahaja.Orang lain memang tak dapat nak tengok Toyol.kalau ada yang tengok Toyol mungkin ada ritual atau cara-cara tertentu nak melihat makhluk nakal ni.Nak menjaga nya pun macam jaga budak kecil.Kena diberi susu setiap pagi dan petang.Bukan susu dalam tin tu ye ..Tapi menyusu badan.Kalau yang membelanya adalah lelaki, isteri lelaki tu la akan menyusukan toyol tu.kalau tuan nya wanita, wanita tu sendiri akan menyusukan nya.Sanggup tak??hahhah

Kalau di Malaysia ni saya …

RESEPI BIHUN SUP DAGING SEDAP DAN MUDAH

Assalamualaikum...



Suka watermark yang mana??Yang gambar atas  atau gambar kat bawah nun ??saya buat watermark ni guna app kat enpon je ..hehe..jadi lah.kan.Dari tak de..Ok..lupa kan pasal watermark tu..Hari ni makcik buat bihun sup..Punya la sibuk hari ni letih tak tau nak cakap la..sekali bihun sup dah siap makan sikit punya berselera..Bihun sup ni yang sedap sangat atau makcik yang lapar..tak tahu la..hehehh..

Dah selalu buat bihun sup tapi tak pernah terlintas nak share resepi kat blog..hari ni makcik turunkan ilmu buat bihun sup pulak..Saya guna daging 1/2 kilo sahaja.lepas tu hiris nipis2 sebab yang nak makan ni budak2.Masak pun cepat lembut..senang budak2 nak kunyah.kalau buat jual tu biasa nampak dia potong  tebal2 dalam 1 inci...ada yang potong kecik2.Ikut suka ampa nak potong macam mana yang penting kuah kena sedap.

Untuk sambal pulak saya buat sambal kicap.saya memang tak reti makan bihun sup dengan sambal merah tu..rasa tak selesa bila makan serbuk cili yang di tambah air…