INI PERKARA YANG WAJIB ANDA TAHU TENTANG TONER

Assalamualaikum..



Ada antara kita yang menggunakan Toner setiap hari.Tapi ada juga mereka yang tak memerlukan toner.Tapi kalau dah sekali guna korang akan dapat rasakan perbezaan kulit korang bila guna Toner.Kulit korang akan lebih baik dan kurang mengalami masalah.Itu antara kelebihan apabila menggunakan toner.


Gambar selfie selepas memakai toner. Ada macam umur 15 tak??ekekek..
cisssss!!!sangat kan??


Kalau dulu toner hanya digunakan untuk melembabkan kulit wajah kita.Tapi sekarang fungsi toner sudah dipelbagaikan . Saya start menggunakan toner sejak usia 19 tahun..Itu pun tak la secara tetap.Kadang bila dah habis tu , tak de duit tunggu berbulan jugak nak beli.hahahahah..maklum la..dulu kan tak pandai nak simpan2 duit ni..Dapat gaji je memang ingat nak enjoy je..heheh..

Tapi bila dah berusia ni Toner dah jadi macam benda wajib untuk saya.Salah satu fungsi toner ialah membuang sel kulit mati. paling bagus gunakan toner yang ada kandungan acid glycolic  dan lactic acid sebab ianya boleh merawat kulit kita juga supaya lebih cerah, lembab dan boleh memelihara dari debu kotoran.



Penggunaaan toner selepas mencuci wajah juga ada fungsinya.Iaitu untuk mengekal kan PH pada kulit kita yang sudah berubah setiap kali kita mencuci muka .Jadi bila sapu toner tu dapat la mempercepatkan proses keseimbangan ph kulit kita .Tak la nanti muka kita jadi berminyak atau  kulit kering.Paling perlu dielak kan ialah toner yang ada kandungan alkohol yang tinggi.Yang ni kena pilih betul2 sebab ada juga toner yang boleh merosak kan kulit wajah kita.Jadi kena tahu kandungan toner tu.




waktu paling sesuai untuk memakai toner ialah selepas mencuci muka apabila kita nak tidur dan juga apabila kita bangun pagi..Lepas mandi tu pakai toner  dan krim siang.Kalau malam pulak lepas cuci muka sapu toner dan apply cream malam.Itu lah cara paling lengkap dan betul untuk menjaga kulit wajah kita menggunakan skincare.Tak kira la apa2 skincare pun gunakan dengan cara yang betul , InsyaAllah memang dapat kesan  yang baik.

sekian..
Previous
Next Post »

2 komen disini

Click here for komen disini
dear anies
admin
27 December 2016 at 17:31 ×

ooo baru tau hehehe sbb jarang pakai toner

Reply
avatar
27 December 2016 at 17:59 ×

toner nih memang bagus pun , dia buang habuk habuk yang tak tertanggal masa cuci tu haa

Reply
avatar

sila tinggalkan komen anda...:) ConversionConversion EmoticonEmoticon

Thanks for your comment