Skip to main content

HAMIL DAN MELAHIRKAN ANAK MEMANG MENYAKITKAN TAPI RAMAI WANITA YANG TETAP BERBANGGA

Assalamualaikum...



Setiap wanita yang bergelar ibu  ada cerita ketika hamil dan melahirkan anak.kalau ada 5 orang anak, setiap satunya mempunyai kisahnya sendiri.namun dalam kesakitan dan kepayahan mengandung dan melahirkan anak itu perasaan ingin hamil dan melahirkan anak lagi tetap ada.

Kalau dengar kisah dan pengalaman wanita-wanita mengandung dan melahirkan anak ni, mesti mereka yang belum pernah melalui pengalaman itu akan tertanya-tanya "bagaimana dia boleh hidup..".. hahahah...betul tak??



Ketika saya belum berkahwin, bila dengar pengalaman rakan-rakan yang sudah melahirkan anak , saya rasa tak mahu mengandung dan melahirkan anak.Kerana terlalu takut dan risau.Bayangkan di toreh, diseluk, kemudian di jahit..huh!!boleh terhenti nafas kita yang mendengar nya ni.

Tapi bila dah jadi seorang ibu ,bila kita bercerita pengalaman kita melahirkan anak secara tak sedar kita rasa sangat berbangga dengan keupayaan kita mengharungi saat-saat ketika hamil dan melahirkan anak.Itu belum masuk bab cabaran berpantang lagi..kan??

Walaupun perit dan payahnya saat-saat sejak mula janin di kandung hingga melahirkan , tapi itu lah satu-satunya perkara yang setiap kali kita bercerita kita akan rasa satu perasaan paling bangga dan kagum dengan diri sendiri.Betul tak??Dapat naik pangkat pun tak bangga sangat la bila bercerita..tapi bila sampai bab melahirkan anak ni,dia punya lain macam tu memang boleh rasa..kan??heheheh

sekian..


Comments

  1. Tahniah buat wanita yang diluar sana yang BERANI untuk melahirkan anak untuk keturunan anda..

    Ikhlas dari
    AlongMisuari.com

    ReplyDelete
  2. Banyak kelebihan menjadi ibu yang melahirkan anak. Dosa diampunkan

    ReplyDelete
  3. btl kak..hihi..spi skarang pun bila bercerita bkn main semangat..hihi

    ReplyDelete
  4. Bila dgr pengalaman member mmg ngeri tp dalam hati Nak merasa sndri, cuma masa/rezeki x sampai lagi... Doakan cikna dpat zuriat sndri ye,tq...;-)

    ReplyDelete
  5. Bila dgr pengalaman member mmg ngeri tp dalam hati Nak merasa sndri, cuma masa/rezeki x sampai lagi... Doakan cikna dpat zuriat sndri ye,tq...;-)

    ReplyDelete

Post a Comment

sila tinggalkan komen anda...:)

Popular posts from this blog

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU

Assalamualaikum...

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU Rasa seronok betul bila dapat Waffle maker ni. Waffle maker ni hadiah dari Lazada Malaysia . Saya dapat Voucher Rm100 dan saya pilih Waffle maker ni .Banyak betul barang dari Lazada kat rumah ni..hahaha..Order hari ni , esoknya dah sampai..Cepat je..kan??Bila sampai terus google resepi, bancuh tepung nak buat Waffle..hahah...Nampak macam gelojoh kan?sebenarnya sebab teruja. :p
Banyak juga resepi Waffle yang saya baca..saya try 2,3 resepi tapi tak menepati citarasa .Saya suka Waffle yang tebal ,lembut ,gebu.Bila dah sejuk pun dia tetap lembut. Ada resepi yang saya cuba jadi  keras dan masak tak sekata mungkin sebab Waffle padat dan jadi keras.

Ini lah waffle yang keras tu..Dia membakar pun tak sekata..Tompok2  je..Resepi nya dari mana??tak perlu la saya bagitau..hahahah..Tapi bagi yang suka waffle keras dan padat macam ni mungkin tak jadi masalah..
Tapi selepas beberapa percubaan akhirnya dapat juga satu resepi yang kena den…

30 MENU BERBUKA PUASA YANG RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN

Assalamualaikum


Masuk je bulan ramadhan benda yang kita selalu fikir ialah nak masak apa untuk berbuka dan bersahur.kalau boleh kita nak juadah yang sedap , mudah di masak dan tak ambil masa yang lama.




Hari ni saya nak senaraikan 30 juadah lauk pauk yang kita boeh buat sepanjang ramadhan ni...Semoga lepas ni tak de la masuk je dapur dah pening kepala nak masak apa..Last2 ke bazar ramadhan juga dia merayau cari lauk..eheheh..Anggaran memasak setiap hidangan cuma dalam 10-20 minit sahaja..kalau guna dapur 2,3 tungku tak sampai sejam siap semuanya..



30 MENU BERBUKA PUASA YANG  RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN
1- Ayam masak merah + ikan goreng +acar timun

2-Daging masak kicap + ikan goreng + taugeh tumis air

3-Gulai ayam + tumis kacang buncis + ikan keli goreng

4-kurma daging + kerabu mangga + ayam berempah

5-asam pedas ikan pari + ayam goreng kunyit +sambal belacan +ulaman

6-ikan keli masak lemak + terung berlada + ayam goreng

7-singgang ikan +kangkung goreng belacan + ikan goreng

8-Sup dagi…

CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL

Assalammualaikum..



CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL Saya belum pernah ada pengalaman melihat toyol..Semoga saya tidak diberi peluang melihat nya. hahha..Orang kata toyol ni macam budak-budak yang badan bulat, kepala nya botak,  semua giginya runcing , badan nya berbulu dan berlendir.Sifatnya seperti kanak-kanak yang suka bermain.Dari apa yang digambar kan ,memang tidak la Toyol ni kita kategorikan sebagai comel..kan??hahah...

Toyol hanya boleh di lihat dengan mata kasar oleh penjaganya sahaja.Orang lain memang tak dapat nak tengok Toyol.kalau ada yang tengok Toyol mungkin ada ritual atau cara-cara tertentu nak melihat makhluk nakal ni.Nak menjaga nya pun macam jaga budak kecil.Kena diberi susu setiap pagi dan petang.Bukan susu dalam tin tu ye ..Tapi menyusu badan.Kalau yang membelanya adalah lelaki, isteri lelaki tu la akan menyusukan toyol tu.kalau tuan nya wanita, wanita tu sendiri akan menyusukan nya.Sanggup tak??hahhah

Kalau di Malaysia ni saya …