Tuesday, 6 December 2016

ELAK KAN MENCANANG APABILA DIGANGGU LELAKI HIDUNG BELANG DILAMAN SOSIAL

Assalamualaikum...

Orang perempuan sangat suka kalau diberi perhatian.kadang-kadang tu tak mencari perhatian pun tapi tetap orang tertarik...hahah..Orang perempuan sekarang kan cantik-cantik. Dulu tak de camera 360..sekarang ni camera macam2 jenis ada..Download je kat Play Store tu berlambak2 applikasi yang boleh buat kita cantik.Tak payah pakai produk pun..hahahah..




Tengok rakan-rakan kita di sosial media tu..Boleh kira dengan jari berapa orang yang tak cantik.Kan?Bila dah cantik dah tentu la ada yang mengganggu..Kaum lelaki terutamanya ,pantang tengok perempuan cantik mula la nak susun ayat.Tak kira isteri orang ke, tunang orang ke, apa lagi kalau yang belum berpunya.

Tapi sebagai wanita kita ada pilihan..Samaada nak melayan atau pun tak. Kalau kita layan , dengan satu ayat akan berterusan jadi satu perenggan..dari satu perenggan kemudian jadi 3,4 perenggan..lepas tu taktik si lelaki ni mengena la.



Kalau tak suka jangan balas terus.Tapi kadang2 kita ni risau kan..orang hantar private mesej kat kita, mungkin sebab dia nak order barang ke, atau perkara2 yang berkaitan bisnes..kan??Dia bagi salam, jawap je..tengok pulak ayat dia yang seterusnya..kalau lain macam,ok..Kita dulu yang kena berhenti membalas mesej dia.  Jangan rajin sangat nak tazkirah suruh insaf la, suruh jaga bini la, suruh jangan gatal la..Lupakan saja.Selagi kita membalas, selagi tu la dia akan bertalu-talu mengganggu fikiran kita sampai la kita jadi lembut hati.

Sebab tu elak kan dari melayan ..kita marah-marah  dia pun itu dikira melayan juga.Paling bagus abaikan terus.



Satu lagi perangai orang perempuan ni bila kena ganggu mula nak cerita kat orang. Kalau cerita kat suami sahaja ke, cerita kat mak ayah saja ke..ok la..bagus tu..Untuk keselamatan kita.Tapi dia siap buat status lagi kat facebook..

"lelaki ni mengorat aku.."

"lelaki ni hantar gambar timun.."

"lelaki tu ajak aku pi hotel..."

Bukan tu saja,..siap screenshoot perbualan korang dengan dia..

Konon2 marah sangat la tu..tapi tahu tak cara korang ni akan membuatkan maruah korang sendiri tejatuh tergolek-golek.Sebab dari status itu lah orang tahu yang ramai lelaki pandang rendah pada korang.Lelaki tak hormat korang langsung. Orang mula akan fikir .."patut la lelaki berani ajak dia buat macam-macam..tengok la gambar2 dia..status pun macam perempuan gatal je.." ..


Kita post status marah2 tu untuk tujuan apa sebenarnya? Sebagai amaran supaya lelaki tak kacau kita lagi??? Atau korang nak beri peringatan pada perempuan lain supaya hati2? Silappppp...jangan pelik lepas tu ada lagi lelaki2 hidung belang yang akan ganggu korang.Sebab lelaki lain  pulak akan stalk facebook korang..dia akan nilai korang pulak dari status2 yang korang tulis..

"perempuan ni kena ayat sikit dah mengelabah..boleh kasi jinak ni"

ayat orang jahat ni tau..hahahah



Kalau nak beri peringatan pada perempuan lain cukup la awak menyentuh soal tentang wanita saja.Nasihatkan wanita supaya jangan sesekali melayan lelaki yang tak dikenali..tak payah nak bagitau lelaki tu buat apa kat korang, hantar gambar apa, dia tulis apa..tak payah nak screenshoot sampai nak cerita pengalaman sendiri.

Jadi kalau diganggu jangan melayan.Itu saja yang korang perlu buat..kalau nak block pun ok..nak report laman sosial dia pun boleh..Cuma jangan mencanang sangat..Kadang2 tu saja je nak bagitau betapa "laris" nya kita ni..Nak bagitau "aku ni ramai peminat tau.." ..tak dapat anugerah atau pingat apa pun kalau orang tau kita ramai peminat ni..Insaf ok..:)

sekian...




4 comments:

  1. saya pun pernah gak tetiba ada orang dok pm2 nak berkenalan, terus block jer. takde nak layan2 atau nak canang2..zaman tu dah berakhir..haha..budak2 remaja mungkin la kot. dah jadi bini dan mak budak xdenyela.

    ReplyDelete
  2. byk juga dpt wa dr tah sape2 waktu aktif bisnes skrg ni dah xde kot ...

    buat tak tau je la ..mls la haiiisshh nak update status kat fb ...aku fb ni pun buat stalk org je gambar kat profile pun hat 5 thn lps hahaha nasib la

    ReplyDelete

sila tinggalkan komen anda...:)

'; (function() { var dsq = document.createElement('script'); dsq.type = 'text/javascript'; dsq.async = true; dsq.src = '//' + disqus_shortname + '.disqus.com/embed.js'; (document.getElementsByTagName('head')[0] || document.getElementsByTagName('body')[0]).appendChild(dsq); })();