Skip to main content

DAH BUAT PERSIAPAN SEKOLAH UNTUK ANAK-ANAK?

Assalamualaikum..



Kejap je dah jumaat...Rasa sekejap sangat minggu ni..Baju yang jemur kelmarin pun tak kering lagi.Rasa sekeajap tu mungkin sebab minggu ni minggu yang sibuk untuk saya.Dengan nak beli persiapan sekolah anak-anak.Maklum la..yang nak masuk sekolah ada 2 orang.Kalau dulu sorang je.Pergi tempat A untuk beli barang sekolah si kakak, tapi tempat tu tak de barang si Adik..jadi banyak la urusan nya nak ke tempat lain pulak.




Dalam dok sibuk buat persiapan sekolah anak-anak ni saya perhatikan rupanya masih banyak juga barang sekolah yang kita boleh dapat dengan harga murah.Macam saya sendiri beli barang sekolah anak-anak bukan nya di pasaraya.Saya memang dah biasa beli baju sekolah anak di Pekan Ayer Tawar kat Perak.

Ada kedai A yang kita  boleh dapat baju sekolah serendah rm26 sepasang.Mungkin ada lagi kedai lain yang lebih murah dari tu..Ada kedai B yang harga nya mencecah rm40 sepasang.Harga-harga ni semuanya bergantung pada kualiti kain dan jahitan .Terserah pada kita pengguna nak pilih yang mana sebab selagi tak cuba selagi tu la kita tak tahu kualiti nya macam mana sebab kalau dilihat pada mata kasar ni kedua-duanya nampak sama je.lagi-lagi untuk saya yang tak pandai menjahit dan pilih kain ni..Hahhaha..nampak sama je semua..Untung masa shopping bawak mak, dia la pilih kan kain yang mana elok..



Dalam sibuk buat persiapan tu nampak juga status yang di kongsi rakan-rakan tentang keluarga yang kurang bernasib baik yang mengharapkan bantuan ramai untuk persiapan sekolah anak-anak.Ada keluarga yang minta barang terpakai untuk diberikan pada anak disebabkan keluarga kurang kemampuan untuk membeli.Orang Malaysia ramai yang murah hati.Alhamdulillah memang ramai yang sudi bantu.



Masa tengok siaran langsung Pencetus Ummah Akhir hari tu pun THR gegar bersama Astro  juga ada buat kempen Satu Pensil yang menyeru orang ramai untuk mendermakan pensil bagi diedarkan pada sekolah-sekolah supaya anak-anak kita dapat belajar dengan keperluan yang lengkap.

Jadi kalau ada siapa2 minta bantuan tu , bantu la sikit ye..Peluang untuk kita tambah saham akhirat.Bukan senang dia nak datang sendiri depan mata..kan??


sekian..

Comments

  1. anak tak sekolah lagi..maknya boleh bersuka ria lagi..hehe

    ReplyDelete
  2. Nak kena setelkan cepat gak persiapan untuk anak ni. sorang lagi nak masuk darjah satu. hehehe..

    ReplyDelete
  3. mmg awal2 dh kene beli...
    terpulang pd kite kan nk beli mahal ke murah, ikut kemampuan....
    time akak nnti pun tak tau lah camne... ntah ada lg ntah tak yg rege murah

    ReplyDelete
  4. rm26 sepasang agak murah juga. anak saya minat yang all star tu juga. rm36 tak silap. takpelah beli juga nanti, sbb kalau beli yang lain, nanti dia tak puas hati. saya belum shopping lagi keperluan sekolah

    ReplyDelete

Post a Comment

sila tinggalkan komen anda...:)

Popular posts from this blog

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU

Assalamualaikum...

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU Rasa seronok betul bila dapat Waffle maker ni. Waffle maker ni hadiah dari Lazada Malaysia . Saya dapat Voucher Rm100 dan saya pilih Waffle maker ni .Banyak betul barang dari Lazada kat rumah ni..hahaha..Order hari ni , esoknya dah sampai..Cepat je..kan??Bila sampai terus google resepi, bancuh tepung nak buat Waffle..hahah...Nampak macam gelojoh kan?sebenarnya sebab teruja. :p
Banyak juga resepi Waffle yang saya baca..saya try 2,3 resepi tapi tak menepati citarasa .Saya suka Waffle yang tebal ,lembut ,gebu.Bila dah sejuk pun dia tetap lembut. Ada resepi yang saya cuba jadi  keras dan masak tak sekata mungkin sebab Waffle padat dan jadi keras.

Ini lah waffle yang keras tu..Dia membakar pun tak sekata..Tompok2  je..Resepi nya dari mana??tak perlu la saya bagitau..hahahah..Tapi bagi yang suka waffle keras dan padat macam ni mungkin tak jadi masalah..
Tapi selepas beberapa percubaan akhirnya dapat juga satu resepi yang kena den…

30 MENU BERBUKA PUASA YANG RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN

Assalamualaikum


Masuk je bulan ramadhan benda yang kita selalu fikir ialah nak masak apa untuk berbuka dan bersahur.kalau boleh kita nak juadah yang sedap , mudah di masak dan tak ambil masa yang lama.




Hari ni saya nak senaraikan 30 juadah lauk pauk yang kita boeh buat sepanjang ramadhan ni...Semoga lepas ni tak de la masuk je dapur dah pening kepala nak masak apa..Last2 ke bazar ramadhan juga dia merayau cari lauk..eheheh..Anggaran memasak setiap hidangan cuma dalam 10-20 minit sahaja..kalau guna dapur 2,3 tungku tak sampai sejam siap semuanya..



30 MENU BERBUKA PUASA YANG  RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN
1- Ayam masak merah + ikan goreng +acar timun

2-Daging masak kicap + ikan goreng + taugeh tumis air

3-Gulai ayam + tumis kacang buncis + ikan keli goreng

4-kurma daging + kerabu mangga + ayam berempah

5-asam pedas ikan pari + ayam goreng kunyit +sambal belacan +ulaman

6-ikan keli masak lemak + terung berlada + ayam goreng

7-singgang ikan +kangkung goreng belacan + ikan goreng

8-Sup dagi…

CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL

Assalammualaikum..



CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL Saya belum pernah ada pengalaman melihat toyol..Semoga saya tidak diberi peluang melihat nya. hahha..Orang kata toyol ni macam budak-budak yang badan bulat, kepala nya botak,  semua giginya runcing , badan nya berbulu dan berlendir.Sifatnya seperti kanak-kanak yang suka bermain.Dari apa yang digambar kan ,memang tidak la Toyol ni kita kategorikan sebagai comel..kan??hahah...

Toyol hanya boleh di lihat dengan mata kasar oleh penjaganya sahaja.Orang lain memang tak dapat nak tengok Toyol.kalau ada yang tengok Toyol mungkin ada ritual atau cara-cara tertentu nak melihat makhluk nakal ni.Nak menjaga nya pun macam jaga budak kecil.Kena diberi susu setiap pagi dan petang.Bukan susu dalam tin tu ye ..Tapi menyusu badan.Kalau yang membelanya adalah lelaki, isteri lelaki tu la akan menyusukan toyol tu.kalau tuan nya wanita, wanita tu sendiri akan menyusukan nya.Sanggup tak??hahhah

Kalau di Malaysia ni saya …