Tuesday, 6 December 2016

ANELL BY AZNIL NAWAWI - SKINCARE UNTUK MERAWAT PELBAGAI MASALAH KULIT WAJAH

Assaalamualaikum...



ANELL BY AZNIL NAWAWI - SKINCARE UNTUK MERAWAT PELBAGAI MASALAH KULIT WAJAH Akhirnya sampai juga barang yang ditungu-tunggu.Selama ni baca di Instagram Datuk Aznil Haji Nawawi .Tak sangka akhirnya dapat juga produk rangkaian penjagaan kulit wajah ANELL NI. Saya ni kalau minat dengan satu-satu produk tu memang saya akan baca testimoni-testimoni di page atau IG yang menceritakan tetang produk tersebut.Memang banyak juga yang berkongsi pengalaman menggunakan ANELL. Ini bermakna dah ramai yang mencuba nya. Kalau nak tahu ANELL adalah hasil dari pengalaman peribadi Dato Aznil sendiri yang menggunakan dan kemudian ALHAMDULILLAH beliau kongsikan produk yang bagus ni untuk kita semua.




Ada yang kata cleanser nya sangat best dan ada  yang kata krim malamnya yang terbaik.Tapi bagi saya keseluruhan set rakaian penjagaan wajah ni adalah yang terbaik sebab ianya ianya tak kan lengkap kalau kita tak gunakan keseluruhan set ANELL ini.Sebab itu ANELL dijual lengkap satu set.Tiada dijual berasingan .ANELL juga sesuai digunakan smaaada lelaki ataupun wanita


Dalam set ANELL ada 4 item yang masing-masing mempunyai fungsi dan kelebihan untuk kulit wajah kita..Ianya terdiri dari Deep Cleanser, Balancing toner, day cream dan night cream.Nampak ekslusif tau set ANELL ni.Boleh buat set hantaran juga ni..ok..Saya nak cerita tentang setiap item yang ada didalam ANELL. Produk ini digunakan khas untuk mereka yang mengalami masalah kulit wajah seperti jerawat, jeragat, kulit kering , kulit berminyak dan berbagai masalah kulit yang lain. Untuk mereka yang nak mengekalkan kelembapan dan kesegaran kulit juga digalak kan menggunakan ANELL.Ini bermaknan ANELL sesuai untuk semua jenis kulit sama ada untuk merawat atau mengekalkan kesihatan kulit wajah.




1)Deep Cleanser- Berfungsi untuk membersihkan kulit wajah.Berbentuk cecair dan hanya digunakan 1-2 titis sahaja.Ianya mampu membersih jauh ke dalam pori-pori kulit dan bersifat anti bakteria.Sewaktu saya menggunakan depp cleanser ni  dapat rasakan betapa lembut nya deep cleanser ni ketika diaplikasikan ke wajah .Selepas dibilas kulit nampak bersih dan segar.





2)Balancing Toner- Berfungsi untuk menyegarkan kulit wajah dan mencerahkan kulit.Ianya juga lebih efektif untuk menyerap nutrisi produk yang kita gunakan.Titiskan 2-3 titis ke atas kapas muka.kemudian ratakan keseluruhan kulit wajah dan leher.Cuma elak kan terkena bibir . Selepas guna Toner kita dah boleh rasa kulit kita macam tegang sikit.





3)Day Cream- saya tahu ramai orang tak suka pakai krim siang.sebab kebanyakan krim siang macam berminyak dan bila nak apply makeup kat wajah ianya  menggangu solekan kita.tapi menariknya krim siang ANELL ni ialah ianya memang tak berminyak.


Saya baca di IG ramai kata "PakNil krim siang dah habis..tapi toner dan cleanser banyak lagi..cemana ni..?" ..Sebenarnya krim siang ANELL ni pakainya sikit je.Tapi ada yang pakai terlajak pulak.sebab dia memang tak rasa melekit kat muka.Bila kita apply kita rasa macam tak pakai krim pun..Tapi bila kita sentuh muka kita..Allah..lembutnya..suka tau..Bila pakai krim siang Anell ni nak berjemur tengah panas pun tak risau sebab ianya melindungi kulit kita dari cahaya UV yang boleh buat wajah kita cepat nampak tua.





4)Night Cream- Sebelum tidur lepas cuci muka , apply toner, wajib korang kena guna night cream.Kelebihan Night cream ANELL  ni ialah ianya mampu merawat kulit dan memperbaharui sel-sel kulit ketika kita tidur. Orang kata Anell punya night cream ni boleh hilangkan lebam bawah mata.jadi saya lakukan urutan sikit sekeliling mata semasa gunakan night cream ni.`Harap-harap dapat mata bersinar macam mata PakNil..hehehe..



 Pada korang yang nak juga cuba ANELL kena dapatkan set ANELL yang sangat-sangat best ni dan jangan skip pakai.. Kena berdisiplin  dalam 2 minggu dah nampak kulit jadi cerah, gebu dan berseri.Yang nak kahwin boleh jadikan set hantaran dan yang nak nampak berseri di hari bahagia tu masih sempat untuk korang dapatkan ANELL..

Untuk info lanjut tentang ANELL boleh folow Instagram ANELL @anell_official  dan Facebook @anellofficial



sekian..


13 comments:

  1. bestkan dapat produk yang kena dengan kulit kita ni

    ReplyDelete
  2. Macam menarik je produk ni...nak usha harga jap hehe

    ReplyDelete
  3. macam bagus ja produk ni.. bole cuba ni

    ReplyDelete
  4. TErbaiklah produk anell skincare..lelaki n pompuan pun boleh pkai.

    ReplyDelete
  5. WAH BANYAK JUGA PRODUK KECANTIKAN KELUARAN AZNIL TU

    ReplyDelete
  6. wahh bestnya kak.packing pun ekslusif nmpk

    ReplyDelete
  7. waaaa 1st time akak tau psl produk pak nil nih

    ReplyDelete
  8. menarik sebab cleanser dia dalam bentuk cecair, tak suka product yang cleanser dalam bentuk bar

    ReplyDelete

sila tinggalkan komen anda...:)

'; (function() { var dsq = document.createElement('script'); dsq.type = 'text/javascript'; dsq.async = true; dsq.src = '//' + disqus_shortname + '.disqus.com/embed.js'; (document.getElementsByTagName('head')[0] || document.getElementsByTagName('body')[0]).appendChild(dsq); })();