Skip to main content

MY WIFE'S HAVING AN AFFAIR THIS WEEK - KDRAMA 2016 YANG BEST

Assalamualaikum...



Ada beberapa siaran di Astro yang saya dah hentikan langganan nya disebab kan saya tak banyak masa untuk menonton TV sekarang ni.Lagipun dalam proses menjimatkan kos seharian jadi apa yang tak perlu dan jarang digunakan kita tak payah la nak -langgan.Disebab kan tu ada beberapa drama Korea yang sedangkan ditayangkan disana yang saya ikuti. Antara drama yang paling saya ikut ialah drama My Wife's Having An Affair This Week ..Drama ni ada banyak babak lucu..tak boring tengok walaupun yang nak diketangahkan adalah perkara yang serius dalam hidup kita.

Drama ni lakonan Lee Sun -Kyun sebagai Do Hyun Woo  dan Song Ji Hyo sebagai Jung Soo Yeon.Mengisahkan Do Hyun Woo yang awalnya mengesyaki isterinya Jung Soo Yeon mempunyai hubungan sulit selepas dia melihat satu sms masuk di telefon isterinya yang mengajak isterinya ke hotel pada hari sabtu jam 3 petang.



Jadi selepas dia melihat sms tersebut macam-macam yang difikirkan nya .tapi dia tak berani nak tanya isteri dia.Maka  macam-macam perkara lucu dan  sedih berlaku sepanjang minggu tu dalam misi dia mendedahkan betul ke isteri dia curang atau sebaliknya.

Dia juga buat satu ID untuk minta pendapat netizen di sebuah Forum.Dan macam yang dijangka ramai yang komen guna emosi.sama je macam orang Malaysia juga.Sebab tu saya tak berapa suka kalau orang kata.." orang Malaysia memang macam tu.."..seolah-olah orang malaysia ni teruk sangat padahal lain negara pun sama je reaksi diaorang dalam satu2 isu panas tu.Sebab tu kena tengok juga drama luar supaya minda tu terbuka.Dalam drama luar , banyak realiti kehidupan dipaparkan.



Perasaan syak wasangka tu makin hari makin kuat bila isteri dia lupa hari perkahwinan diaorang.Tapi bab lain, soal tanggungjawab pada anak , memasak makan malam dan sebagainya tu, isteri dia buat dengan sempurna dan sebab tu la Hyun Woo macam tak percaya yang isterinya ada hubungan sulit.

Sampai hari yang di tunggu-tunggu dia pun pergi la ke Hotel yang dah dijanjikan oleh lelaki yang hantar sms kat isteri dia tu.Masa ni memang banyak la gelagat yang lucu diaorang yang komen2 tu..

Hampir 1 jam tunggu ,sampaikan ada sedikit lega dalam hati dia sebab dia fikir isteri dia tak kan pergi ke hotel tu.Masa dia nak keluar dari hotel baru la dia nampak isteri dia berjalan masuk dengan sorang lelaki dan kat situ la semua nya terbongkar .



Lepas semuanya didedahkan segalanya mula la dipertikaian, soal kejujuran, kepercayaan dan macam-macam lagi.Drama ni sedang ditayangkan di Korea, Sekarang baru episod 6.Korang kena tengok la drama ni sebab benda ni saya rasa sebagai pengajaran la untuk kita.Banyak perkara yang kita jangka ianya ok tapi rupanya pasangan kita anggap ianya tak ok.Orang lelaki pun kena belajar dalam drama ni cara macam mana orang perempuan dapat kesan bila suami dia curang.Nampak benda tu remeh je tapi bagi isteri ianya mungkin salah satu tanda yang suami nya curang.Salah satu tanda nya ialah bau kaki..hahaahha


sekian..

Comments

Post a Comment

sila tinggalkan komen anda...:)

Popular posts from this blog

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU

Assalamualaikum...

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU Rasa seronok betul bila dapat Waffle maker ni. Waffle maker ni hadiah dari Lazada Malaysia . Saya dapat Voucher Rm100 dan saya pilih Waffle maker ni .Banyak betul barang dari Lazada kat rumah ni..hahaha..Order hari ni , esoknya dah sampai..Cepat je..kan??Bila sampai terus google resepi, bancuh tepung nak buat Waffle..hahah...Nampak macam gelojoh kan?sebenarnya sebab teruja. :p
Banyak juga resepi Waffle yang saya baca..saya try 2,3 resepi tapi tak menepati citarasa .Saya suka Waffle yang tebal ,lembut ,gebu.Bila dah sejuk pun dia tetap lembut. Ada resepi yang saya cuba jadi  keras dan masak tak sekata mungkin sebab Waffle padat dan jadi keras.

Ini lah waffle yang keras tu..Dia membakar pun tak sekata..Tompok2  je..Resepi nya dari mana??tak perlu la saya bagitau..hahahah..Tapi bagi yang suka waffle keras dan padat macam ni mungkin tak jadi masalah..
Tapi selepas beberapa percubaan akhirnya dapat juga satu resepi yang kena den…

30 MENU BERBUKA PUASA YANG RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN

Assalamualaikum


Masuk je bulan ramadhan benda yang kita selalu fikir ialah nak masak apa untuk berbuka dan bersahur.kalau boleh kita nak juadah yang sedap , mudah di masak dan tak ambil masa yang lama.




Hari ni saya nak senaraikan 30 juadah lauk pauk yang kita boeh buat sepanjang ramadhan ni...Semoga lepas ni tak de la masuk je dapur dah pening kepala nak masak apa..Last2 ke bazar ramadhan juga dia merayau cari lauk..eheheh..Anggaran memasak setiap hidangan cuma dalam 10-20 minit sahaja..kalau guna dapur 2,3 tungku tak sampai sejam siap semuanya..



30 MENU BERBUKA PUASA YANG  RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN
1- Ayam masak merah + ikan goreng +acar timun

2-Daging masak kicap + ikan goreng + taugeh tumis air

3-Gulai ayam + tumis kacang buncis + ikan keli goreng

4-kurma daging + kerabu mangga + ayam berempah

5-asam pedas ikan pari + ayam goreng kunyit +sambal belacan +ulaman

6-ikan keli masak lemak + terung berlada + ayam goreng

7-singgang ikan +kangkung goreng belacan + ikan goreng

8-Sup dagi…

CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL

Assalammualaikum..



CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL Saya belum pernah ada pengalaman melihat toyol..Semoga saya tidak diberi peluang melihat nya. hahha..Orang kata toyol ni macam budak-budak yang badan bulat, kepala nya botak,  semua giginya runcing , badan nya berbulu dan berlendir.Sifatnya seperti kanak-kanak yang suka bermain.Dari apa yang digambar kan ,memang tidak la Toyol ni kita kategorikan sebagai comel..kan??hahah...

Toyol hanya boleh di lihat dengan mata kasar oleh penjaganya sahaja.Orang lain memang tak dapat nak tengok Toyol.kalau ada yang tengok Toyol mungkin ada ritual atau cara-cara tertentu nak melihat makhluk nakal ni.Nak menjaga nya pun macam jaga budak kecil.Kena diberi susu setiap pagi dan petang.Bukan susu dalam tin tu ye ..Tapi menyusu badan.Kalau yang membelanya adalah lelaki, isteri lelaki tu la akan menyusukan toyol tu.kalau tuan nya wanita, wanita tu sendiri akan menyusukan nya.Sanggup tak??hahhah

Kalau di Malaysia ni saya …