Tuesday, 22 November 2016

MELIHAT GAMBAR LAMA MAMPU MENGUBAH MOOD DAN MEMBUATKAN FIKIRAN LEBIH TENANG

Assalamualaikum...



Saya teringat waktu saya diusia belasan tahun saya tak suka bergambar.Boleh kira dengan jari gambar-gambar saya diusia belasan tahun.Waktu tu saya gemuk , kulit hitam dan ianya jadi punca kenapa saya tak suka bergambar.Perasaan rendah diri tu menebal sangat.Lagi-lagi selalu diejek hitam dan gemuk oleh orang sekeliling.

Tapi masih ada juga sekeping dua gambar-gambar saya pada usia tersebut dan gambar-gambar tu masih ada dalam simpanan mak saya di kampung.Kadang-kadang bila balik kampung saya tengok juga gambar-gambar tu.ketawa sendiri bila tengok.



Satu yang saya sedar, bila saya tatap gambar-gambar lama tu perasaan saya jadi tenang dan rileks.Saya rasa mood jadi lebih baik.Perasaan lebih bersyukur pun ada juga,.Mungkin faktor usia membuatkan saya rasa sikap tidak matang saya dulu sebagi sesuatu yang melucukan.hahaha..

Terdetik juga di fikiran saya kalau bukan kerana saya hitam dan gemuk dulu saya , mesti saya antara wanita yang tak peduli pun tentang bagaimana nak kuruskan badan, cara makan dengan sihat, cara menjaga kulit wajah dan sebagainya.Betul tak?lumrah manusia la..bila dia cukup ada semuanya , dia tak pernah fikir untuk berubah menjadi lebih baik.Mungkin saya pun akan jadi macam tu juga. :)



Korang macam mana?suka tengok gambar-gambar lama?Ada kajian mengatakan seseorang yang melihat gambar lama nya akan menerbitkan perasaan rileks dan bersemangat.Ianya juga boleh mengelak kan rasa putus asa dalam diri nya.Lepas ni jangan lupa selalu-selalu la tengok gambar lama.

sekian..

6 comments:

  1. suka tgk gambar lama .. menggamit kenang betui .... rindu zaman dulu2 zaman masih ada ibu disisi ....bahagianya

    ReplyDelete
  2. betul tu, gambar boleh datangkan mood kita

    ReplyDelete
  3. Tengok jugak gambar lama yang macam mana. haha. Ada masa dari happy boleh jadi sedih ingat arwah orang yang dah tak ada

    ReplyDelete
  4. suka ! yela sbb throwback time dlu :) time skolah, time budak budak. hahaha. bestnya ! every pic have memories.

    ReplyDelete
  5. hehee bila tengok gambar lama... boleh cerita panjang lebar perihal gambo tu..

    ReplyDelete

sila tinggalkan komen anda...:)

'; (function() { var dsq = document.createElement('script'); dsq.type = 'text/javascript'; dsq.async = true; dsq.src = '//' + disqus_shortname + '.disqus.com/embed.js'; (document.getElementsByTagName('head')[0] || document.getElementsByTagName('body')[0]).appendChild(dsq); })();