Skip to main content

DIGANGGU MAKHLUK HALUS LEPAS BAWA ANAK TENGOK KERBAU WAKTU MALAM

Assalamualaikum...

Seram sejuk saya bila baca satu post yang di tulis oleh sahabat saya ni.berkaitan kejadian yang menimpa 2 anak nya yang baru berusia setahun.Semoga kisah yang dipaparkan ni akan jadi pengajaran pada semua ibu bapa supaya berhati-hati apa bila membawa anak keluar rumah.

******************************

[ INILAH PUNCA AISYA KENA GANGGUAN]
.
Deepavali hari tu balik rumah mak sebab nak buat kenduri untuk arwah atok dan opah. Sesampai Ipoh mama tak sihat demam, abang dan adik pulak selsema.
.
.
.
Nak di jadikan cerita, malam sehari sebelum kenduri mama ajak abi bawak abang, adik dan abang Ayiff pusing-pusing taman. Sampai dekat dengan the Centro (tempat org main golf) ada sekumpulan kerbau.. Mama suruh abi berhenti dan tunjuk kerbau tu kat budak-budak.. Ni gambar kerbau yang sempat di ambil malam tue.
.
.
.
Balik tengok kerbau, malam tu abang tido menangis menjerit-jerit.. 2 kali mama bangun mama sangka abang mengigau.. Lepas pujuk abang tido semula..
.
.
.
Dah pagi tu Aisya pulak bangun, tepuk-tepuk mama sambil senyum-senyum, tapi mata Aisya pejam.. Mama angkat Aisya dan letak atas bantal sambil tepuk-tepuk dia.. 3 kali dia bangun buat gitu, last sekali mama tengok mata dia lihat sekeliling terus mama bangun  dan angkat dia sambil panggil nama dia.. Aisya tak  sahut dan lihat mama pun. Kejutkan Abi pun sama Aisya tak de respon.. Bawa keluar panggil ayah.
.
.
.
Ayah cakap x de pape ada benda nak mengacau je.. Atok pegang-pegang Aisya, lepas tue Aisya ok boleh main, jalan sana sini dan senyum.
Mama sangka tak de apa-apa dah la tapi sangkaan mama meleset.
.
.
.
Balik Kota Baharu Aisya demam.. pastu tido malam Aisya banyak kali terjaga dan mudah terkejut terus menangis tak boleh di pujuk..Mama sangka sebab dia demam tak de la mama fikir bukan-bukan.. Last sehari sebelum dia nangis teruk, mama cakap dengan abi Aisya ni macam pelik la.. tengah-tengah tido dia boleh menguap.. bunyi kuat pulak tu.. lepas tu tido tak nak kat bawah nak tido mama peluk, mama letak je terus jerit..
.
.
.
Esokannya demam Aisya berlarutan sampai ke siang.. suhu atas 38.. Malam bawa pergi klinik doc masukan ubat ikut buntut. Sepatutnya pukul 12 masukan lagi tapi mama tak buat.. Aisya dah tido pukul 10 lebih tapi terjaga pukul 11 lebih terus nangis tanpa henti hingga pukul 3.30 pagi.
.
.
.
Macam-macam mama dan abi buat..sapu minyak panas, urut kepala, usap dada dia, berpast2 kami dukung nak tenangkan Aisya tapi tak berjaya..Dah 2 lebih lepas abang tido mama suruh abi ambilkan buai.. mane tahu berhasil.. Baru nak henjut besi buai pulak patah, jatuh aisya ke lantai...
.
.
.
Time ni mama dan abi terdiam.. Aisya terus-terusan menangis.. Abi baca-baca surah kat telinga.. Aisya berhenti menangis tapi di tenungnya mata abi dalam-dalam... Pasang surah ruqyah , Aisya macam panas meronta-ronta, menangis sekuat hati sampai kaki tangan dan muka naik biru... Badan nak kejang. Mama pangku Aisya dan cakap gan abi nak buat apa lagi ni..
.
.
.
Abi cakap ada benda ni, abi terus azan dan baca segala surah2 di telinga Aisya..lastnya pukul 3.30 Aisya tido..Tidonya pun x lena sebab akan terjaga2.. Pukul 5 lebih Aisya bangun lagi.. Time ni mama dah tak tahan, mama nangis pangku aAsya.. Lepas subuh Aisya tertido balik sampai la pagi.
.
.
.
Bangun pagi sambung balik Aisya nangis dan nangis sampai la petang semalam Aisya dah tegak mata, badan dah lembik.. Call abi suruh balik cakap anak dah teruk ni.. lepas letak fon ayah pulak call.. Sebolehnya memang tak nak risaukan ayah dan mak.. Ayah dengar mama menangis teresak2 terus ayah cakap nak datang.
.
.
.
Mama pesan kat adik jangan bagi ayah datang sebab nanti me akan risaukan ayah dan mak pulak. Abi balik lepas asar siap-siap bawa Aisya kerumah ayah kawannya.
.
.
.
Pakcik tu pegang Aisya sambil baca ayat2 suci alquran. Aisya menjerit2.. Lepas pada tu dia bagi Aisya minum air dan sapu seluruh muka dan badan. Pakcik tu cakap ada benda menumpang Aisya dah dekat seminggu.. Tu yang buat Aisya menangis dan takut.
.
.
.
Dah nak balik tu kami still bertanya lagi. Kalau kata dia nangis balik mcm mane.. pakcik tu jawab jangan risau inshaALLAH dia dah minum air ni, nanti balik bagi dia minum dan sapu2 badannya.. Nanti dia akan sendawa, lepas sendawa dia akan ketentut last sekali dia akan berak atau muntah. Kalau semua tu ada, barang tu keluar dah.
.
.
.
Sepanjang perjalanan me peka la dengar kot2 ada Aisya sendawa tapi x de.. Aisya pun tido lena sangat2.. Sampai parking rumah, angkat Aisya, baru dengar Aisya sendawa.. Dukung dan bawa masuk dalam bilik baru dengar bunyi dia terkentut2 dan lastnya terberak..
.
.
.
Alhamdulillah terus Aisya tak nangis lagi. Boleh main macam biasa.. Gelak2 main dengan abang. Mama punya takut sampai setiap jam bangun tengok Aisya.. lena tidonya. Pagi ni bangun pun ok tak de nangis.. lega sangat.
.
.
.
Moral di sini. Kalau anda jumpa binatang malam-malam hari tak payah la bawak anak-anak pergi tengok. Pengajaran betul buat saya dan suami. Bayangkan anak kecil baru nak masuk setahun tapi tenaganya mengalahkan kita.
.
.
.
Terima kasih pada semua yang call, wassap, mesej ,komen fb, mendoakan anak saya. Terima kasih byk2, berkat doa semua dan ikhtiar aisya dah sihat sepenuhnya. Tiada lagi gangguan makhluk halus, tiada lagi demam malam..
.
.
.
ALHAMDULILLAH sujud syukur... Hanya ALLAH swt sahaja yang dapat membalas budi baik semua.. TERIMA KASIH sekali lagi :)

sumber; Facebook Amy syaquena

sekian.. 

Comments

  1. Biasa kalau dah malam2 jangan tegur apa2. Seram lak cik.akak baca.

    ReplyDelete
  2. hmmm ... takut nye ...inshaaAllah pasni tak mo dah plan nak bawa anak pi night safari seriau pulak ...

    ReplyDelete
  3. Uihhh. Dasyatnya. Takot jugak kann

    ReplyDelete
  4. Seram pulak tengok mata kerbau tu DR .....patutlah sampai demam si budak kecik tu. Tp mak kat kg, kalau ada budak kecik mmg tak kasi bawak jalan maghrib maghrib ni

    ReplyDelete
  5. biasa maghrib memang elakkan bawa anak keluar. lepas kul 8pm ok

    ReplyDelete

Post a Comment

sila tinggalkan komen anda...:)

Popular posts from this blog

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU

Assalamualaikum...

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU Rasa seronok betul bila dapat Waffle maker ni. Waffle maker ni hadiah dari Lazada Malaysia . Saya dapat Voucher Rm100 dan saya pilih Waffle maker ni .Banyak betul barang dari Lazada kat rumah ni..hahaha..Order hari ni , esoknya dah sampai..Cepat je..kan??Bila sampai terus google resepi, bancuh tepung nak buat Waffle..hahah...Nampak macam gelojoh kan?sebenarnya sebab teruja. :p
Banyak juga resepi Waffle yang saya baca..saya try 2,3 resepi tapi tak menepati citarasa .Saya suka Waffle yang tebal ,lembut ,gebu.Bila dah sejuk pun dia tetap lembut. Ada resepi yang saya cuba jadi  keras dan masak tak sekata mungkin sebab Waffle padat dan jadi keras.

Ini lah waffle yang keras tu..Dia membakar pun tak sekata..Tompok2  je..Resepi nya dari mana??tak perlu la saya bagitau..hahahah..Tapi bagi yang suka waffle keras dan padat macam ni mungkin tak jadi masalah..
Tapi selepas beberapa percubaan akhirnya dapat juga satu resepi yang kena den…

30 MENU BERBUKA PUASA YANG RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN

Assalamualaikum


Masuk je bulan ramadhan benda yang kita selalu fikir ialah nak masak apa untuk berbuka dan bersahur.kalau boleh kita nak juadah yang sedap , mudah di masak dan tak ambil masa yang lama.




Hari ni saya nak senaraikan 30 juadah lauk pauk yang kita boeh buat sepanjang ramadhan ni...Semoga lepas ni tak de la masuk je dapur dah pening kepala nak masak apa..Last2 ke bazar ramadhan juga dia merayau cari lauk..eheheh..Anggaran memasak setiap hidangan cuma dalam 10-20 minit sahaja..kalau guna dapur 2,3 tungku tak sampai sejam siap semuanya..



30 MENU BERBUKA PUASA YANG  RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN
1- Ayam masak merah + ikan goreng +acar timun

2-Daging masak kicap + ikan goreng + taugeh tumis air

3-Gulai ayam + tumis kacang buncis + ikan keli goreng

4-kurma daging + kerabu mangga + ayam berempah

5-asam pedas ikan pari + ayam goreng kunyit +sambal belacan +ulaman

6-ikan keli masak lemak + terung berlada + ayam goreng

7-singgang ikan +kangkung goreng belacan + ikan goreng

8-Sup dagi…

CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL

Assalammualaikum..



CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL Saya belum pernah ada pengalaman melihat toyol..Semoga saya tidak diberi peluang melihat nya. hahha..Orang kata toyol ni macam budak-budak yang badan bulat, kepala nya botak,  semua giginya runcing , badan nya berbulu dan berlendir.Sifatnya seperti kanak-kanak yang suka bermain.Dari apa yang digambar kan ,memang tidak la Toyol ni kita kategorikan sebagai comel..kan??hahah...

Toyol hanya boleh di lihat dengan mata kasar oleh penjaganya sahaja.Orang lain memang tak dapat nak tengok Toyol.kalau ada yang tengok Toyol mungkin ada ritual atau cara-cara tertentu nak melihat makhluk nakal ni.Nak menjaga nya pun macam jaga budak kecil.Kena diberi susu setiap pagi dan petang.Bukan susu dalam tin tu ye ..Tapi menyusu badan.Kalau yang membelanya adalah lelaki, isteri lelaki tu la akan menyusukan toyol tu.kalau tuan nya wanita, wanita tu sendiri akan menyusukan nya.Sanggup tak??hahhah

Kalau di Malaysia ni saya …