Thursday, 17 November 2016

DEODORAN BUKAN PILIHAN.IANYA WAJIB DIPAKAI

Assalamualaikum..



Sepanjang hidup saya saya paling ramai jumpa lelaki yang tak pakai deodoran.Perempuan pun ada tapi saya tak ingat bila last saya  terbau busuk badan seorang perempuan.Tapi lelaki memang ramai. Entah kenapa segelintir orang lelaki tak pakai deodoran sebab deodoran ni bukan macam minyak wangi yang kau boleh suka suka tak nak pakai dan suka suka kau nak pakai. Deodoran adalah  wajib untuk kau pakai setiap kali kau nak keluar rumah.

Bagi yang dah berkahwin, isteri-isteri tu tolong perhatikan adakah suami korang pakai deodoran sebelum dia keluar,Jangan tau nak diri sendiri je nampak cantik wangi bergaya.Tapi suami kau bau busuk.Ada setengah lelaki memang tak kisah pun keluar tak pakai deodoran. "kenapa tak pakai bang?..".. "dah habis..." dia jawab..Sebab tu sampai masanya check barang kelengkapan diri suami tu, masih ada ke tidak.Sebab lelaki takat sehari tak pakai deodoran diaorang rasa ok je..Yang siksanya orang sekeliling dia la..



Kadang tu tengok ada lelaki yang nampak bergaya bukan main dengan lengan kemeja di lipat..Kan Itu gaya paling disukai gadis-gadis..kan??☺☺..Tapi bila selisih je..Ya ampun..bau ketiak kuat nya lahai..Itu lah gunanya Deodoran.Deodoran paling murah pun ok.Tak wangi pun tak pe asalkan dapat tutup liang2 roma kat ketiak kau supaya baunya tak merebak ke dalam rongga pernafasan orang lain.

Tahu tak??kajian mendapati wanita lebih suka mendampingi lelaki yang pakai deodoran berbanding lelaki yang kacak dan kaya.Nampak??kalau lipat lengan baju sampai ketiak pun tapi badan bau busuk tak guna jugak.Tak de perempuan suka kat kau.lepas tu kau merungut apasal jodoh tak datang padahal perempuan lebih ramai dari lelaki.Paling2 sikit sorang lelaki boleh dapat 2 bini tapi kau satu pun tak de lagi..Sekarang cuba bau ketiak kau..



Bau busuk tu dari badan atau ketiak??Bau nya dari ketiak ..kalau mandi kau sabun guna la sabun kopi ke , sabun pisang , sabun cili sekali pun tapi ketiak kau jenis kuat berbau , tetap la bau kau busuk.Jadi apa2 hal pun sila pakai deodoran.Nak beli deodoran murah dan wangi meh tengok kat sini(klik)

ok..habis sudah makcik membebel tentang bau ketiak.Sebab tadi ada lelaki  lalu depan rumah .Dia kerja hantar kertas2 iklan tu..diaorang kan jalan laju .sekali jalan berangin je dengan angin2 celah ketiak dia bagi kat makcik..nak marah tak boleh jadi lepaskan semuanya kat blog ni..Puas hati..

sekian..





9 comments:

  1. client dtg opis pon ramai jugak yg ade body odour, b'punca dr xapply deodoran. siap mark keta dia. so that, klu nmpk keta dia masuk ke perkarangan opis, buleh b'siap-sedia dgn air freshener sbb normally, 'bau' tu tinggalkn jejak w/pon diorg dh lama balik. ha3..

    ReplyDelete
  2. setuju.... kadang lelaki ni ego, takmo pakai deodorant nk mcm lelaki sejati lah

    ReplyDelete
  3. Hahaha...kan meremang bulu roma cium bau semacam

    ReplyDelete
  4. wajib pkai tapi jenma ja dipilih..

    ReplyDelete
  5. alhamdulillah sebab dapat suami yang even kita tak bising pun, dia pandai jaga kebersihan diri. tapi yang saya perasan, even laki tak apply deodoran. badan dia masih wangi. padahal badan jenis berisi. tapi mungkin sebab dia jenis alert dengan kebersihan badan plus tak merokok pun. thats why kot dia wangi selalu. sampaikan saya boleh rindu nak hidu bau dia. wangi macam baby pun ada. hakhak!

    ReplyDelete
  6. haha... kiranya blog ni tempat lepas geram ye makcik...
    Betul tu, mana mana yg ada suami ke, anak ke, adik ke, kawan yg tak pakai deodaran tu silalah nasihatkan sebab orang sekeliling yg menghidu terpaksa menanggung hazab hokey! haha

    ReplyDelete
  7. Memang saya pastikan husband says pakai. Siap ingatkan beli lagi kalau tengok dh nak abis.

    ReplyDelete
  8. Kalau tak pakai deodoran level of confident boleh jatuh menjunam.

    ReplyDelete

sila tinggalkan komen anda...:)

'; (function() { var dsq = document.createElement('script'); dsq.type = 'text/javascript'; dsq.async = true; dsq.src = '//' + disqus_shortname + '.disqus.com/embed.js'; (document.getElementsByTagName('head')[0] || document.getElementsByTagName('body')[0]).appendChild(dsq); })();