Skip to main content

Posts

Showing posts from November, 2016

SHARE ENTRY DI GROUP BLOGGER BUKAN LAGI CARA SAYA

Assalamualaikum...




Dulu masa anak saya masih kecil saya memang rajin blogwalking.Mungkin sebab masa tu Maisara dia memang banyak buat aktiviti bermain dan tidur jadi saya banyak masa untuk blogwalking.Tapi sekarang sejak Maisara dah besar, anak dah masuk 2 terus tak sempat.Kalau sempat tu memang saya curi-curi masa je.

Selain blogwalking dulu saya juga suka share entry-entry saya di group blogger. Tapi sekarang ni dah tak seronok la nak share kat group-group blogger sebab blogger sekarang dah kurang blogwalking Dah tak sesuai nak kongsi entry kita di group khas untuk blogger. Ada 1,2 group blogger je yang saya share post saya.tu pun jarang-jarang la.Seminggu sekali ..cuma untuk bagitau pada blogger lain yang saya masih aktif.

Seingat saya ada lebih 10 group blogger yang saya ikuti di facebook.Kalau saya share entry saya di lebih 10 group itu 10 pengunjung pun belum tentu saya dapat tarik dia ke blog saya.Bukan sebab entry saya tak best. Entry kat blog saya semua best dan menarik tau..Ha…

JUS QALBI AL-EHSAN DI MAHA 2016 BOOTH D18, HALL C MAEPS SERDANG

Assalamualaikum..



JUS QALBI AL-EHSAN DI  MAHA 2016 BOOTH D18, HALL C, MAEPS SERDANG SELANGOR-
1 Disember hingga 11 Disember 2016 merupakan pameran MAHA 2016. Apa yang menarik di MAHA 2016, MAEPS Serdang ini? Jangan  lepaskan peluang ke MAHA 2016 Booth D18, HALL C (International Hall) MAEPS, Serdang Selangor kerana korang boleh dapatkan Jus Qalbi dengan harga menarik.

Pameran Antarabangsa Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia atau lebih dikenali sebagai MAHA 2016 kini kembali bersempena tepat pada cuti sekolah tahun ini. Pameran MAHA 2016 akan diadakan di Tapak Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) Serdang, Selangor mulai dari 1 Disember sehingga 11 Disember 2016. Pameran ini akan disempurnakan oleh Perdana Menteri Malaysia iaitu Datuk Seri Najib Tun Razak.

Kepada para ibu bapa yang tidak tahu untuk pergi ke mana-mana pada bulan hadapan, inilah kesempatan yang terbaik untuk membawa anak-anak berjalan-jalan sewaktu cuti sekolah.

ADA APA DI  BOOTH D18, HALL C (International Hall…

CARA MENGUKUR TINGGI TUMIT KASUT YANG SESUAI

Assalamualaikum..

Saya suka beli kasut yang tertutup ..Sebab bila pakai tak payah la nak pakai stokin lagi.Baru-baru ni saya beli sepasang kasut. Kelmarin pergi JomHeboh saya pakai la kasut tu.Tapi kejadian buruk menimpa saya bila kasut tu buat jari kelingking kaki saya melecet di kedua-dua belah..Bahagian belakang kaki pun melecet jugak.Dah la kawasan stadium tu macam becak sebab baru lepas hujan, Pedih azab gila tak tahan.Dalam tak tahan tu segala mak nenek orang jual saya membeli..hahahha

Ada kawan saya kata kalau hujan pakai la kasut tumit tinggi.Tapi saya ni sejak lahirnya Mikhail memang dah lama tinggal kasut tumit tinggi sebab saya kena berlari bila keluar dengan Mikhail. Kadang-kadang saya pegang barang suami pulak yang kena lari kejar anak..hahahha. Tabik la kat orang yang keluar dengan anak kecil yang sedang melasak boleh pakai kasut tumit tinggi. Sebenarnya ada ukuran  tinggi tumit kasut yang tepat untuk setiap wanita memilih kasut tumit tinggi supaya kasut yang dipakai ti…

3 HARI TAK UPDATE BLOG....

Assalamualaikum..



3 hari berehat dan bercuti .Memang seronok sebab luangkan banyak masa dengan keluarga.Sepanjang 3hari tu saya upah orang untuk pantau blog saya..Untuk pasang banner, buang banner, balas email dan whatsapp yang mana berkaitan dengan pengiklanan..

Bukan orang lain pun..Dah tentu orang yang kita kenal dan percaya.Nampaknya lepas ni kalau nak bercuti berhari-hari boleh la upah orang lagi.Cuma untuk hal yang berkaitan review atau advertorial je la.Sebab benda2 gini kita kena balas cepat...kan??

Kalau bab2-bab update blog tu kena la siapkan entry untuk  autopublish .Cuma saya tak sempat nak buat autopublish kali ni.Lain kali saya buat supaya blog sentiasa di update .Pageview dan unit Visitor blog kita tu kena jaga tau..Tak boleh biarkan ianya merundum walaupun kita tengah bercuti .

InsyaAllah kalau blog saya dah makin ramai pembaca nanti boleh la lantik admin baru yang mampu update blog juga...ehehhe.tapi ada orang kata tak sesuai la sebab blog ni nama saya...Blog ni sesu…

BELI LAMPIN BAYI MURAH DI LAZADA BIG BABY FAIR

Assalamualaikum..



Bagi yang belum tahu sekarang berlangsung Big Bay Fair di Lazada dari 23 Nov - 27 nov ini .Ada banyak barangan bayi dan kanak-kanak dari yang kita boleh dapat dengan harga murah sangat.Antara barangan yang boleh korang dapatkan di Lazda Big Baby Fair ni ialah lampin pakai buang, Susu formula,barang permainan, pakaian bayi  dan macam-macam lagi..

Apa yang paling menarik di Lazada Big Baby fair ialah korang boleh dapatkan sesetengah barangan bayi dengan harga hanya RM1.Korang kenaklik kat sinidan tunggu CRAZY RM1 SALES ..



Sampai masanya korang boleh rebut tawaran harga RM1 tu..kalau dapat memang jimat banyak tau..Kena set alarm la supaya tak lupa..heheh..

Pakian bayi dan kanak-kanak pun memang cantik-cantik dan murah sempena Lazada Big Baby Fair kali ni..Korang boleh tengok disini (klik).tengok la cantik-cantik dan comel-comel baju dan kanak-kanak ni..

Ramai ibu bapa yang suka beli diapers di Lazada ni sebab harganya lebih murah berbanding di luar.Saya kongsikan disin…

KAJIAN MENDAPATI PENGGEMAR CHEESE PANJANG UMUR

Assalamualaikum..



Tadi saya terbaca di Bright Side tentang orang yang suka makan keju...Ada berita baik untuk penggemar cheese . Lepas ni saya kena paksa anak-anak makan cheese la sebab diaorang tak suka cheese kecuali cheese dalam pizza.heheh..Berita baiknya ialah  produk tenusu kegemaran ramai ni dikatakan  dapat membantu korang  hidup lebih lama.Alhamdulilllah.... ❤❤

Menurut kajian yang diterbitkan dalam jurnal Nature Medicine, keju  mengandungi bahan kimia khas yang boleh membantu untuk mengurangkan risiko penyakit jantung, melambatkan proses penuaan dan meningkatkan jangka hayat .



Ahli-ahli sains pada mulanya menjalankan eksperimen ke atas tikus makmal dan mendapati bahawa keju membantu mereka untuk hidup lebih lama.

Soal selidik kemudiannya dijalankan di kalangan 800 orang di Itali, dan didapati bahawa mereka yang kerap makan keju mengalami kurang tekanan darah tinggi dan penyakit kardiovaskular. kecenderungan mereka untuk mengalami masalah kegagalan jantung adalah kira-kira 40…

CARA MENGIRA ANGGARAN TINGGI ANAK KITA APABILA MEREKA SUDAH DEWASA

Assalamualaikum..


Cuba kita renung anak-anak kita yang masih kecil tu sekarang..Agak-agak berapa la tinggi diaorang nanti..kan??Saya nak kongsikan satu cara mudah untuk mengira anggaran tinggi anak-anak kita apabila mereka dewasa kelak.Nak tahu cara nya ?

Nanti saya tunjuk kan caranya dibawah ni..Cuma ini hanya anggaran nya sahaja tau..Ada orang kata tinggi anak kita nanti juga di tentukan oleh faktor keturunan..dah kalau kita semua rendang tak berbuah mungkin anak kita nanti pun macam tu juga..Tak tahu la dia nanti ikut ayahnya ke atau ibu..





Macam anak-anak saya kalau ikut ibu rendah je la..saya punya tinggi pun 157 je..Kalau ikut ayahnya mungkin tinggi la sebab suami saya tingginya  180 cm. Ok..jom kira berapa anggaran tinggi anak -anak kita nanti..

Kira anggaran tinggi anak lelaki;-
Ini Contoh kiraan untuk Tinggi Mikhail: 
Tinggi ayah  180cm + Tinggi ibu 157=  337
337 / 2 = 168.5
168.5 + 6.5 cm = 175cm jadi anggaran tinggi Mikhail adalah 175cm



Kira anggaran tinggi anak perempuan:
Ini…

TENGOK MATA DAH TAHU NEELOFA SEDANG BAHAGIA - FASHA SANDA

Assalamualaikum...


Semalam tengok instagram nampak gambar Fasha Sanda dengan Neelofa di rancangan Meletop. Baca caption Fasha Sanda tu ..😱😱 siapa tag Fattah Amin..Apalagi,bukan main seronok lagi peminat-peminat Warda dan Ejaz. Baca komen memang ramai yang seronok dan  macam dah comfirm2 sangat si Neelofa dan Fattah bercinta.hahahah..😤😤
Macam tu la kalau dah minat..Betul tak??bila entah peminat-peminat Warda dan Ejaz ni nak move on..??heheh..
Kalau pergi ke instagram kedua-dua artis ni boleh baca komen-komen peminat mereka yang berharap sangat kedua-dua artis pujaan mereka ni  bercinya dan ada yang minta mereka segera berkahwin walaupun kedua dua mereka pernah meminta peminat bertenang dan memberi ruang untuk mereka.. Ye la..sampaikan siap suruh kahwin cepat tu..heheh..letih la..korang pun kalau orang asyik paksa2 bercinta paksa kawen cepat mesti rimas..kan??😂😂
Untuk menambah mood hati berbunga peminat-peminat Warda dan Ejaz meh saya belanja sikit koleksi gambar Warda dan Ejaz.s…

TAK SENYUM CAKAP SOMBONG PADAHAL TEGUR PUN TAK - FAEZAH ELAI

Assalamualaikum...



Biasanya kalau kita nak label kan seseorang tu sebagai sombong kita kena ada sebab yang berasas untuk kita dakwa seeorang tu sebagai sombong.Kalau saya sendiri , orang yang tak kenal saya , tapi saya kenal orang tu, bila saya tegur dia tak layan itu saya akan kata orang tu sombong,.Tapi kalau orang tu tak kenal pun saya , dan saya tak tegur dia , dia pun tak tegur saya  tak ada sebab untuk saya kata orang tu sombong.Ha..belit2 dah ayat ni..korang faham ke tidak maksud saya ni??

Sebenarnya nak story sikit pasal Faezah Elai yang bengang betul dengan sorang peniaga ni yang memuat naik status di facebook dengan menggelar dirinya  sombong gara-gara tak bertegur sapa ketika pelakon tersebut mengunjungi sebuah butik bayi...hahahah...nak gelak pulak saya baca..




Dari gambar yang dikongsi oleh Faezah Elai di instagram nya faezah Elai meluahkan rasa kecewa dengan pemilik status berkenaan . Dia juga kesal kerana gambarnya ketika mengunjungi kedai tersebut di muat naik dengan s…

MELIHAT GAMBAR LAMA MAMPU MENGUBAH MOOD DAN MEMBUATKAN FIKIRAN LEBIH TENANG

Assalamualaikum...



Saya teringat waktu saya diusia belasan tahun saya tak suka bergambar.Boleh kira dengan jari gambar-gambar saya diusia belasan tahun.Waktu tu saya gemuk , kulit hitam dan ianya jadi punca kenapa saya tak suka bergambar.Perasaan rendah diri tu menebal sangat.Lagi-lagi selalu diejek hitam dan gemuk oleh orang sekeliling.

Tapi masih ada juga sekeping dua gambar-gambar saya pada usia tersebut dan gambar-gambar tu masih ada dalam simpanan mak saya di kampung.Kadang-kadang bila balik kampung saya tengok juga gambar-gambar tu.ketawa sendiri bila tengok.



Satu yang saya sedar, bila saya tatap gambar-gambar lama tu perasaan saya jadi tenang dan rileks.Saya rasa mood jadi lebih baik.Perasaan lebih bersyukur pun ada juga,.Mungkin faktor usia membuatkan saya rasa sikap tidak matang saya dulu sebagi sesuatu yang melucukan.hahaha..

Terdetik juga di fikiran saya kalau bukan kerana saya hitam dan gemuk dulu saya , mesti saya antara wanita yang tak peduli pun tentang bagaimana nak k…

MINYAK HERBA ASMAK PENAWAR ASMA , BATUK DAN SELSEMA PALING MUJARAB

Assalamualaikum..



MINYAK HERBA ASMAK PENAWAR ASMA , BATUK DAN SELSEMA PALING MUJARAB- Di Asia seramai 70 juta mengalami penyakit Asma. Ianya sesuatu yang tidak boleh dipandang ringan kerana dikatakan kadarnya semakin hari semakin meningkat. Paling merisaukan kebanyakan yang mengidap penyakit Asma ialah dikalangan bayi dan kanak-kanak. Sudah tentu ramai ibu bapa yang tercari-cari penawar untuk masalah asma pada bayi mereka . Saya nak perkenalkan satu produk yang dikenali sebagai Minyak Herba Asmak yang dikatakan sebagai penawar asma pada bayi paling ampuh dan dengan penggunaan berterusan ianya mampu menjadi penawar asma pada bayi  dan menghilangkan penyakit asma pada orang dewasa juga.



Minyak Herba Asmak atau lebih dikenali ramai dengan minyak asmak adalah keluaran Minyak Herba Asma Mujarab Sdn Bhd. Minyak ini diproses dengan teliti demi menjaga kesucian supaya  lebih selamat digunakan bersesuaian dengan semua jenis kulit agar pengguna tidak mengalami sebarang alahan ketika menggunakan…

CARI DUIT JANGAN SAMPAI GILA DUIT

Assalamualaikum...


Tadi saya tengok ada satu post tentang jam tangan paling mahal..harga nya sampai lebih RM4 juta ,,Bukan RM4 tau..tapi EMPAT JUTA...Naik semput dada makcik mengenang kan 4 juta tu..4 ratus lima puluh ringgit pun lambat je nak masuk akaun makcik ni..Ni kan pulak RM4 juta..hahahh..
Memang sekarang ni duit dah jadi salah satu perkara penting..kan??kalau dulu antara sahabat dan duit mana yang penting?orang kata sahabat la yang penting Tapi sekarang ni lain dah..Duit lagi penting..Kawan serumah kita nak kahwin...
"kau datang ye kenduri aku nanti.."
"tak boleh beb..aku kerja..aku nak pakai duit lebih bulan depan.."
Nampak??Siapa kata kawan lebih penting dari duit?


Tengok pulak kalau dalam rumah tangga.Bini ajak  teman pi klinik..
"Jom sayang..teman B pergi klinik pagi esok.."
"tak boleh la B..abang kena kerja ni.Kita kan nak pakai duit lebih nanti.."
Bini pun dah tak penting dah..Duit juga yang penting..

Antara kesihatan dan duit mana …