Skip to main content

KACANG KUDA YANG MACAM BURUK TU BUKAN SEBAB DIA BURUK LA...

Assalamualaikum..

Semalam  merasa jugak makan kacang Kuda..Dah lama juga teringin nak makan kacang kuda ni..Susah nak jumpa orang jual.Kalau  nak beli kena pergi pasar malam la..Tapi malas nye lahai nak ke pasar malam dengan budak Mikhail ni..Boleh kurus tau kalau pergi pasar malam dengan dia.


Kacang kuda ni saya beli kat kedai Melayu.Sebelum ni saya ada la kirim suruh suami belikan kacang kuda.Dia beli kat kedai Bangladesh , yang dia bawak balik ialah kacang kuda kaler macam buruk je..Macam dah tak boleh makan..Tak jadi nak masak sebab saya tanya kat facebook ramai yang kata tak pernah tengok kacang kuda buruk macam tu..


Jadi saya ingat nak pulangkan tapi suami kata tak payah la..simpan je.Maka terbiar la kacang kuda tu dalam almari dapur.Esoknya saya pergi ke kedai depan rumah ni. Kakak sorang ni dia kahwin dengan bangladesh jadi saya tanya dia ada tak jual kacang kuda?Hampanya saya bila tengok kacang kuda yang dia jual pun bukan kacang kuda yang kaler kuning..Tapi kaler hitam macam dah buruk.


Suami ajak keluar hari tu nak beli Sotong.Kat tempat jual sotong tu ada satu bahagian dia jual kacang-kacang nampak la kacang kuda idaman saya.Terpandang kotak sebelah nya ada jual kacang kuda yang hitam tu.Kat situ terpampang tulis "kacang kuda hitam.." ..Rupa-rupanya memang ada orang jual kacang kuda  yang macam buruk ni..Bukan lah  Abangladesh  tu  jual kacang buruk..heheh..Mujur la saya tak pulangkan kacang tu.kalau tak buat malu je.Tau je la, bila dah pulangkan dengan rasa tak puas hati tu dah tentu la akan keluar ayat-ayat tak puas hati..Dasar mulut tak ada insurans..haahahahah

Balik rumah saya pun google la "kacang kuda hitam' rupanya kacang kuda hitam ni memang digunakan dalam masakan oleh orang-orang india (punjabi) , nepal, bangladesh dan negara-negara yang banyak mengamalkan makanan berempah.Antara makanan yang disediakan menggunakan kacang kuda hitam ni ialah Kari Kala Chana atau Masala yang menggunakan beberapa bahan seperti Cili, kulit kayu manis dan beberapa rempah masakan.

Gitu lah kisah nya..maka dok terfikir lah ni nak buat Masala guna kacang kuda hitam..Ermm.tapi kena banyak bahan..Semua resepi yang saya google , panjang berjela bahan-bahan nya.Tengok la macam mana jadi ke tidak masala saya tu nanti..ehheehhe..


sekian...



Comments

  1. O0O ...PTT LA...KENA LA BUAT SBB BAHAN ASAS DAH ADE TU

    ReplyDelete
  2. Owhhh... Baru tau. Tapi sedap kacang ni.

    ReplyDelete
  3. hehehehe kite asal pelik je kata dh buruk ye... tp rupenye

    naper lah tak tanya kt akak yg laki dia org bangla tu psl kacang kuda tuh... hehehh nsb tak di buang yek

    ReplyDelete
  4. Terus dapat ilmu baru melalui kacang kuda hitam.. alhamdulillah.. hihi

    ReplyDelete
  5. oo sy pn baru tau ni ada kacang kuda kaler hitam..biasa mkn yg kuning tu..kt sini ssh jumpa...tp sy pn tak mencari tu tak nampak kot org menjual..haha

    ReplyDelete
  6. Mih mih mih .. Mek pn igt dia bruk..

    ReplyDelete
  7. Hihi....mmg tak pernah jumpa kacang kuda hitam macam tu DR. Dahlah tu mcm kecut je bentuknya. Rupanya mmg ada yek....

    ReplyDelete

Post a Comment

sila tinggalkan komen anda...:)

Popular posts from this blog

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU

Assalamualaikum...

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU Rasa seronok betul bila dapat Waffle maker ni. Waffle maker ni hadiah dari Lazada Malaysia . Saya dapat Voucher Rm100 dan saya pilih Waffle maker ni .Banyak betul barang dari Lazada kat rumah ni..hahaha..Order hari ni , esoknya dah sampai..Cepat je..kan??Bila sampai terus google resepi, bancuh tepung nak buat Waffle..hahah...Nampak macam gelojoh kan?sebenarnya sebab teruja. :p
Banyak juga resepi Waffle yang saya baca..saya try 2,3 resepi tapi tak menepati citarasa .Saya suka Waffle yang tebal ,lembut ,gebu.Bila dah sejuk pun dia tetap lembut. Ada resepi yang saya cuba jadi  keras dan masak tak sekata mungkin sebab Waffle padat dan jadi keras.

Ini lah waffle yang keras tu..Dia membakar pun tak sekata..Tompok2  je..Resepi nya dari mana??tak perlu la saya bagitau..hahahah..Tapi bagi yang suka waffle keras dan padat macam ni mungkin tak jadi masalah..
Tapi selepas beberapa percubaan akhirnya dapat juga satu resepi yang kena den…

30 MENU BERBUKA PUASA YANG RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN

Assalamualaikum


Masuk je bulan ramadhan benda yang kita selalu fikir ialah nak masak apa untuk berbuka dan bersahur.kalau boleh kita nak juadah yang sedap , mudah di masak dan tak ambil masa yang lama.




Hari ni saya nak senaraikan 30 juadah lauk pauk yang kita boeh buat sepanjang ramadhan ni...Semoga lepas ni tak de la masuk je dapur dah pening kepala nak masak apa..Last2 ke bazar ramadhan juga dia merayau cari lauk..eheheh..Anggaran memasak setiap hidangan cuma dalam 10-20 minit sahaja..kalau guna dapur 2,3 tungku tak sampai sejam siap semuanya..



30 MENU BERBUKA PUASA YANG  RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN
1- Ayam masak merah + ikan goreng +acar timun

2-Daging masak kicap + ikan goreng + taugeh tumis air

3-Gulai ayam + tumis kacang buncis + ikan keli goreng

4-kurma daging + kerabu mangga + ayam berempah

5-asam pedas ikan pari + ayam goreng kunyit +sambal belacan +ulaman

6-ikan keli masak lemak + terung berlada + ayam goreng

7-singgang ikan +kangkung goreng belacan + ikan goreng

8-Sup dagi…

CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL

Assalammualaikum..



CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL Saya belum pernah ada pengalaman melihat toyol..Semoga saya tidak diberi peluang melihat nya. hahha..Orang kata toyol ni macam budak-budak yang badan bulat, kepala nya botak,  semua giginya runcing , badan nya berbulu dan berlendir.Sifatnya seperti kanak-kanak yang suka bermain.Dari apa yang digambar kan ,memang tidak la Toyol ni kita kategorikan sebagai comel..kan??hahah...

Toyol hanya boleh di lihat dengan mata kasar oleh penjaganya sahaja.Orang lain memang tak dapat nak tengok Toyol.kalau ada yang tengok Toyol mungkin ada ritual atau cara-cara tertentu nak melihat makhluk nakal ni.Nak menjaga nya pun macam jaga budak kecil.Kena diberi susu setiap pagi dan petang.Bukan susu dalam tin tu ye ..Tapi menyusu badan.Kalau yang membelanya adalah lelaki, isteri lelaki tu la akan menyusukan toyol tu.kalau tuan nya wanita, wanita tu sendiri akan menyusukan nya.Sanggup tak??hahhah

Kalau di Malaysia ni saya …