Monday, 31 October 2016

RESEPI SAMBAL SOTONG SIMPLE DAN SEDAP

Assalamualaikum...

Malam ni masak sambal sotong..Kegemaran anak-anak ni..kalau sambal mesti diaorang suka sangat.Saya beli sotong ni minggu lepas.baru hari ni masak..Hahahha..
harga sekilo sotong putih ni rm20 je..selalu harganya lebih rm20 tau..Tapi kat tempat yang saya beli ni harga barang basah memang murah-murah.
Saya ambil sotong ni dalam 9 ekor..Harga cuma rm7..Murah kan??


Tanya anak-anak nak masak apa malam ni masing2 nak makan kuah pedas..hahah..Kuah pedas tu maknanya sambal la..Melompat je ibu kalau anak-anak kata nak makan kuah pedas sebab semua bahan memang dah siap kisar dok dalam peti sejuk..Tinggal panas kan kuali dan tumis je..hahahah


Nampak sedap sambal sotong ni..kan??
memang sedap pun..kalau tidak, tak la menjadi kegemaran anak-anak dan suami..hahahah
Nak belajar ke buat sambal sotong yang sedap ni??
ok..ambil pensel dan kertas heheheh.

Resepi Sambal Sotong sedap dan mudah 

Bahan-bahan

5 ekor sotong saiz sederhana

Bawang merah 5 biji *
bawang putih 3 ulas *
cili kering 5 tangkai *

 1 biji Tomato belah 4
Air asam jawa
garamsecukup rasa

cara-cara membuat sambal sotong sedap dan mudah  :-

Potong sotong ikut saiz yang korang suka dan bersih kan.

Kisar bahan bertanda *

panas kan 3 sudu besar minyak masak dan tumis bahan kisar..
kemudian masuk kan air asam jawa dan garam.
masuk kan tomato dan sedikit air.
tunggu sampai mendidih dan masuk kan sotong..
kacau2 kejap ..dah mendidih dan kuah dah sedikirt pekat terus angkat dan hidangkan..

*Jangan masuk kan air selepas masuk kan sotong sebab sotong tu akan keluarkan air nanti.



Boleh cuba esok ye..
kalau gantikan sotong dengan ikan bilis boleh juga di makan dengan roti.
kalau dah cuba resepi simple sangat-sangat ni boleh tinggalkan komen :)

sekian..

ADELIA FISHTAIL BLOUSE UNTUK WANITA YANG PENTINGKAN KESELESAAN DAN GAYA

Assalamualaikum...

Antara perkara pertama penting dan utama apa bila wanita memilih pakaian ialah dia nak pakaian yang dia pakai tu buat dia nampak langsing dan cantik.Lagi-lagi wanita Asia ni kebanyakan nya badan sihat-sihat semuanya...Jadi pemilihan pakaian tu sangat la dititik beratkan.Bukan boleh main sambar je,.Bagi wanita macam saya yang badan tak berapa nak kurus ni, saya sangat berhati-hati dalam memilih blouse.paling utama sekali mesti blouse tu tak mendedahkan badan saya yang gemuk.:)


Saya nak perkenalkan blouse yang satu ni..jatuh cinta rasanya dengan blouse purple ni..Dari fabrik dia sampai la design dia memang puas hati sangat.Meh nak perkenalkan ini lah Adelia Fishtail Blouse yang dibuat dari fabrik korean Crepe ..Fabriknya nipis tapi bila kita tengok  nampak macam tebal.Jadi bila pakai memang tak jarang dan tak panas.Sangat-sangat selesa.


Suka betul pakai tudung pink makcik ni..hahahah..

Bahagian pergelangan tangan ada butang dan paling istimewa potongan tunic blouse ni akan buat korang nampak langsing . Ada macam-macam warna tersedia untuk korang .Salah satunya warna purple macam saya pakai ni, ada wana biru navy, hitam dan warna-warna moden dan terang.Untuk ibu-ibu yang menyusukan bayi, tunic blouse ni ada zip di bahagian depan..jadi mudah la kalau nak menyusukan bayi.

Abaikan budak yang suka besarkan leher baju tu..Fokus pada makcik cantik tu je..

Yang saya pakai ni saiz XL.Saiz tersedia dari saiz s sampai XL ..Korang boleh pakai tunic blouse ni sama ada dengan jeans atau skirt labuh.Stok untuk tunic blouse Adelia ni terhad sangat tau.jadi kalau korang nak kena whatsapp cepat-cepat  dan bagitau warna korang dan saiz .Saiz boleh check di bawah ni..


 Korang boleh juga terus ke facebook Rizqeen Boutique melalui link di bawah..

Facebook: Rizqeen Boutique

Whatsapp:018 - 912 7223 

Link Adelia Fishtail Blouse: Adelia 


sekian...

KERANA SEBUAH EMAIL...

Assalamualaikum..



Malam tadi dok tengok email dan whatsapp je sambil tengok bola sebab advertiser kata nak hantar detail product review kat email.Sudah nya sampai pagi check tak de email masuk.Aduh..risau jugak sebab sebab dah janji nak publish post review jam 8 pagi ni.payment pun diaorang dah buat

Sampai tertidur tapi email tak masuk pun.Pagi-pagi check email lagi tak de..Ah..sudah.Cemana ni??Terfikir mungkin email masuk kat spam.Terus whatsapp advertiser bagitau nak publish lewat sikit ..Sebab dalam hati ni dok rasa email masuk ke spam..Padahal tak check pun email lagi.Eh!!sekali check spam memang tak de email tu.

Oh..Lagi haru ni..!hahahah..ok..saya agak advertiser silap hantar email ...Sudahnya pagi ni keluar la entry pasal email ni..Sepatutnya entry lain yang keluar..Kita hanya merancang tuhan yang menentukan...Saya jarang2 alami masalah macam ni tau.Saya pun lupa bila kali terakhir orang silap hantar email pada saya.

Tapi pernah la beberapa tahun lepas ada perempuan email saya dan marah-marah .Kata saya ni suka dekat2 dengan suami dia la, saya ni suka sms suami dia malam-malam..Aduh..masa tu saya takut betul padahal saya tak kenal pun suami dia.Dia siap bagi tau yang dia akan buat kecoh kat tempat kerja kalau saya tak berhenti kerja.Dalam satu email yang dia hantar tu siap ugut2 saya tau..

Entah apa yang saya risaukan padahal masa tu saya tak kerja pun..surirumah..kan??hahahahh..Lepas 2 ,3 hari kot baru saya balas email tu..balas pendek je.." Kak, awak silap hantar email.." terus senyap je sampai sekarang.hahahaha..

Friday, 28 October 2016

KACANG KUDA YANG MACAM BURUK TU BUKAN SEBAB DIA BURUK LA...

Assalamualaikum..

Semalam  merasa jugak makan kacang Kuda..Dah lama juga teringin nak makan kacang kuda ni..Susah nak jumpa orang jual.Kalau  nak beli kena pergi pasar malam la..Tapi malas nye lahai nak ke pasar malam dengan budak Mikhail ni..Boleh kurus tau kalau pergi pasar malam dengan dia.


Kacang kuda ni saya beli kat kedai Melayu.Sebelum ni saya ada la kirim suruh suami belikan kacang kuda.Dia beli kat kedai Bangladesh , yang dia bawak balik ialah kacang kuda kaler macam buruk je..Macam dah tak boleh makan..Tak jadi nak masak sebab saya tanya kat facebook ramai yang kata tak pernah tengok kacang kuda buruk macam tu..


Jadi saya ingat nak pulangkan tapi suami kata tak payah la..simpan je.Maka terbiar la kacang kuda tu dalam almari dapur.Esoknya saya pergi ke kedai depan rumah ni. Kakak sorang ni dia kahwin dengan bangladesh jadi saya tanya dia ada tak jual kacang kuda?Hampanya saya bila tengok kacang kuda yang dia jual pun bukan kacang kuda yang kaler kuning..Tapi kaler hitam macam dah buruk.


Suami ajak keluar hari tu nak beli Sotong.Kat tempat jual sotong tu ada satu bahagian dia jual kacang-kacang nampak la kacang kuda idaman saya.Terpandang kotak sebelah nya ada jual kacang kuda yang hitam tu.Kat situ terpampang tulis "kacang kuda hitam.." ..Rupa-rupanya memang ada orang jual kacang kuda  yang macam buruk ni..Bukan lah  Abangladesh  tu  jual kacang buruk..heheh..Mujur la saya tak pulangkan kacang tu.kalau tak buat malu je.Tau je la, bila dah pulangkan dengan rasa tak puas hati tu dah tentu la akan keluar ayat-ayat tak puas hati..Dasar mulut tak ada insurans..haahahahah

Balik rumah saya pun google la "kacang kuda hitam' rupanya kacang kuda hitam ni memang digunakan dalam masakan oleh orang-orang india (punjabi) , nepal, bangladesh dan negara-negara yang banyak mengamalkan makanan berempah.Antara makanan yang disediakan menggunakan kacang kuda hitam ni ialah Kari Kala Chana atau Masala yang menggunakan beberapa bahan seperti Cili, kulit kayu manis dan beberapa rempah masakan.

Gitu lah kisah nya..maka dok terfikir lah ni nak buat Masala guna kacang kuda hitam..Ermm.tapi kena banyak bahan..Semua resepi yang saya google , panjang berjela bahan-bahan nya.Tengok la macam mana jadi ke tidak masala saya tu nanti..ehheehhe..


sekian...



Thursday, 27 October 2016

4 IN 1 BABYNEST BY CEKEBUM BUAT BAYI TIDUR NYENYAK DAN SELESA

Assalamualaikum..




Teringan kenangan 4 tahun lepas sewaktu nak menyambut kelahiran anak bongsu saya , saya masih ingat masa tu susahnya nak cari tilam kekabu yang sesuai untuk bayi.Memang banyak orang jual tilam kekabu tapi kebanyakan nya tilam yang hanya boleh bayi gunakan semasa baru lahir.Masuk 3 bulan tilam tu dah simpan dalam almari..Sebab dah tak sesuai.Dia nak golek2 ,tapi tergolek jatuh ke lantai.Kesian..sakit kepala dia.Tapi sekarang dah tak macam dulu.Sekarang kita dah ada 4 in 1 babynest by cekebum™ .Dalam entry ni saya akan cerita kan keistimewaan tilam ini yang bukan saja boleh dijadikan tilam malah boleh juga diubah menjadi babynest.Sebab itu diberi nama 4 in 1 babynest.


4 in 1 babynest by cekebum™ ni sebenarnya berkonsepkan "kanggaro mother" dimana ianya akan memastikan bayi kita berasa seolah-olah didalam dakapan ibu. Bayangkan lah betapa selesanya anak kita bila berada dalam babynest ini.Dengan ketebalan 12 cm dan berkeluasan 85cm x45 cm bayi kita akan tetap didalam babynest dan agak susah untuk dia bergerak keluar.Itu antara cici-ciri keselamatan yang terdapat pada 4 in 1 babynest by cekebum™

Bayi juga mudah tidur lena dan nyenyak kerana tilam ni menggunakan 100% kekabu.Tiada penggunaan
fiber atau kekabu tiruan dalam penghasilan babynest ini.Terdapat berbagai pilihan corak yang menarik dan sesuai dengan jantina bayi kita malah dengan warna dan corak-corak yang pelbagai ni membuat kan bayi mudah tertarik pada nya.


Paling menarik sekali babynest ini saiz nya kita boleh adjust sendiri...kalau bayi kita kecil, kita boleh kecilkan sedikit babynest ni..Hanya laraskan tali yang terdapat pada babynest ini..Bergantung pada keselesaan bayi tu.Sebab tu la tilam ni diberi nama 4 in 1 babynest by cekebum™. .  Babynest ni boleh digunakan untuk bayi sehingga usianya 1 tahun.


Tak  susah pun kalau nak Bersihkan babynest ni..Hanya basuh dengan air dan berus macam biasa kemudian jemur sehingga kering.Sekarang anak kita dah ada tilam yang selamat ..Tak de la sedar-sedar tengah malam tengok-tengok anak dah bergolek sampai ke pintu..Kejadian ni pernah terjadi pada anak saya tau..Mengelabah jugak la gagau-gagau tengah malam tengok-tengok anak tak de kat sebelah..ahahah


Setakat ni babynest ni memang mendapat sambutan ramai dan setiap coraknya adalah terhad..Jadi kalau tengok ada corak-corak yang cantik-cantik tu kena cepat la sebelum disambar orang..

Berminat nak dapatkan 4 in 1 babynest by cekebum™ ni untuk anak tersayang atau mungkin nak hadiahkan pada rakan atau saudara mara yang bakal melahirkan bayi?Boleh terus ke facebook Cekebum sekarang..

Laman web: Cekebum

Facebook: Cekebum HQ

Whatsap: +6016 931 6813 Adah



Sekian..

Wednesday, 26 October 2016

"FATTAH BUKAN TASTE NEELOFA" FARA FAUZANA DI KECAM

Assalamualaikum..



Drama suri Hati Mr Pilot memang menjadi trending sejak ianya disiarkan di Astro Ria .Drama lakonan Fattah Amin dan Neelofa ini mendapat sambutan yang menggalak kan dari peminat-peminat drama melayu.Minggu ni juga tersebar berita konon nya berlaku cinta lokasi antara Neelofa dan Fattah.Bagi peminat-peminat drama ini, berita ini  bagaikan sesuatu yang ditunggu-tunggu oleh mereka.Malah berita ini disambut gembira oleh peminat-peminat drama bersiri ini.


Semalam dalam rancangan Meletop yang bersiaran secara lansung Fara fauzana mendedahkan bahawa sebagai seorang kakak dia cukup-cukup mengenali Neelofa dan dia tahu Fattah Amin bukan lah taste Neelofa.Kenyataan Fara fauzana membuatkan peminat-peminat drama ini melenting dan mengecam Fara Fauzana dan menganggap kenyataan nya itu sebagai sesuatu yang memalukan Fattah dan menghina Fattah Amin.Mereka juga mendesak Fara membuat permohonan maaf kepada Fattah Amin.

Dalam pada itu Fara memohon maaf diatas kenyataan nya dan mengakui dia tidak menyimpan sedikit pun rasa marah malah mengucapkan terima kasih kerana menegur kesalahan nya .

Sedutan dari rancangan Meletop yang menjadi  punca kemarahan peminat-peminat drama Surihati Mr Pilot

******************
Macam tu la kalau dah minat..kan??terbawa-bawa cerita fantasi ke alam realiti..Sedar lah..jangan asyik bermimpi..Cukup la sejam je bermimpi ..heheh..Rasa kelakar betul bila baca koemn.Ada yang kata masa Fara Fauzana cakap macam tu , muka Neelofa nampak sedih sebab kecik hati..Ada yang kata dalam hati Neelofa dia sebenarnya suka kan Fattah tapi sebab Fara cakap macam tu terus dia peluk Fara sebab nak cover perasaan sedih tu..hahahaha..

Aduhai..Korang ni kenal ke tidak Neelofa ni cemana?Memang taste dia tinggi tau..Dia mesti la nak cari yang sepadan dan setaraf dengan dia.Fattah tu bisnes apa dia buat??Anak kerabat ke??Jangan marah tau..Saya cuma nak korang sedar dari mimpi..Dalam drama apa yang diaorang cakap tu semua dah ada dalam skrip.Tapi didunia nyata ni korang ingat ada ke ayat-ayat sweet gitu??


sekian..

Tuesday, 25 October 2016

TUDUNG LABUH AYSILA : DARI TREND KINI JADI KEWAJIBAN

Assalamualaikum...

Kalau orang kata berhijab itu hanya satu trend saya tak kisah pun sebab ianya trend yang sangat baik..Yang di tuntut dalam islam.Mana tahu lama kelamaan trend berhijab itu menjadi satu kemestian pada diri si pemakai...Berhijab ni sebenarnya tak timbul pun isu niat ke, isu trend ke..Yang penting tutup aurat..Sekarang ni saya perasan dah ramai yang suka pakai tudung yang labuh.Yang menutup dada sepenuhnya.Trend jugak ke tu??Tak kisah la trend ke apa..Tudung labuh yang saya nak kenalkan ni  sebenarnya bidangnya besar.Sebab tu ianya labuh tapi kalau nak gayakan nya supaya tak labuh sangat pun boleh je cuma nanti tak ikut trend la pulak..heheh..Tudung Asyila ni memang cantik dan boleh membuatkan wanita yang mengenakan nya nampak manis dan sopan..



TUDUNG AYSILA : BIDANG 60 COTTON



Tudung labuh Asyila ni berukuran 55 inci x 55 inci.Ianya dibuat dari fabrik soft cotton Turki yang memang kita tahu fabrik jenis ni sangat lembut tapi ianya mudah di bentuk..Paling best sekali fabrik ni sejuk dan dan ringan .memang kalau setakat nak  basuh dan jemur tu tak sampai 2,3 jam dah kering.



Warna dan corak nya juga nampak mewah.Sesuai digayakan untuk majlis-majlis besar.Tak la nampak macam tudung murah..macam tudung budak-budak tu..ahahha..Walaupun harganya murah tapi bawak masuk majlis koporat tu memang orang tak tahu pun harga nya rm35 je..hahaha


Sekarang ni di Almari Baju Aisyah tudung ni masih lagi ada stok cuma 1 warna ada untuk 1 pcs je..Memang laku keras tudung Aysila ni..Korang boleh jugak dapatkan koleksi lain di Almari baju Aisyah.Ada koleksi Jasmin, Lily , Aina dan banyak lagi yang tersedia dalam saiz L dan XL.Saiz L tu walaupun kecik sikit dari XL tapi masih lagi diparas bawah dada.Bukan atas dada tau.Cuma ianya terletak atas bahu..Untuk saiz XL ianya di paras bawah bahu tapi labuh sampai ke bawah dada..

Untuk pilihan lebih banyak tudung-tudung menepati syariat boleh terus ke:

 Laman Web  : Almari Baju Aisyah 
E-MAIL almaribajuaisyah@yahoo.com 
H/P : 012-912 1769 (SMS / WhatsApp) 
Instagram : instagram.com/Almaribajuaisya
Facebook: Almari baju Aisyah


Jom sama-sama kita ikut trend tudung labuh ni..lama-lama nanti jadi biasa dan bila nak pakai tudung singkat sikit pun dah rasa tak selesa,,Cuba lah..


sekian..

CARA MUDAH MENGGUNAKAN KUPON DARI SHOPCOUPONS UNTUK PEMBELIAN DI LAZADA

Assalamualaikum...

Saya percaya ramai antara kita yang memang suka membeli belah tapi rasa macam sayang  je duit sebab barang sekarang bukan murah-murah.Tapi kalau la dapat membeli belah menggunakan kod kupon alangkah bahagia nya..heheheh.. Dapat juga jimat walaupun sekadar jimat RM10. ShopCoupons.my ada menyediakan kupon percuma  yang kita boleh guna untuk mendapatkan penjimatan . ShopCoupons adalah platform penjimatan yang membolehkan pengguna dalam talian untuk mencari dan menemui promosi yang terbaik, kod kupon dan lebih dari beratus-ratus kedai dalam talian yang terkemuka di Asia Tenggara seperti Lazada, Zalora, Reebonz  dan banyak lagi jenama terkenal.

Untuk hari ni saya nak tunjuk kan cara mudah untuk korang dapatkan kod kupon dan bagaimana cara nak menggunakan kod kupon tersebut untuk membeli belah di Lazada.. Kalau nak beli kat portal membeli belah lain pun boleh.. Lebih kurang sama je cara gunakan kupon ni..ok..


Apa yang korang perlu buat , pertama sekali ialah masuk ke laman web ShopCoupons.my. Korang boleh daftar kalau nak. Kalau tak nak pun tak pe..Nak buat cemana..kan???dah orang tak sudi..eekekek..



Disebabkan sekarang kita nak voucher Lazada, jadi korang klik pada icon Lazada di bahagian Popular online store



Akan keluar la beberapa code promosi yang korang boleh pilih,.,baca dulu code tu untuk had belian berapa atau code tersebut hanya untuk beberapa jenis barangan tertentu.(kalau ada) .



Kemudian bila korang klik je pada "GET CODE" akan keluarlah satu pop up dengan kod kupon korang.
 Copy code tersebut dan sekarang code tersebut dah boleh digunakan..

 Cara nak gunakan kod kupon tu , lepas korang pilih barang kata Lazada, semasa nak  submit bayaran, ada satu ruangan tertulis " enter voucher here" dan korang masuk kan kod kupon diruangan tersebut.Kemudian klik apply..Kan dah jimat..

Senang je kan??Kod kupon ni semua diberi percuma ..

Di ShopCoupons.my juga korang boleh dapatkan kupon untuk promosi Merdeka, awal tahun atau semasa perayaan-perayaan tertentu. Jadi kena la selalu lawati laman web ShopCoupons untuk mengetahui setiap promosi dan kempen yang mereka jalan kan.Ada juga diadakan kontest khas yang menawarkan berbagai hadiah hebat.Seronok nya!!!



Mungkin ada yang anggap penggunaan kupon sebagai sesuatu yang baru tapi kalau nak tahu dah ramai yang menggunakan kod kupon dari ShopCoupons.my. Dianggarkan 60 % wanita manakala 40% lelaki menggunakan ShopCoupons untuk membeli belah.Kebanyakan mereka dalam usia lingkungan 25-35 tahun.

Apabila korang melayari laman web Shopcoupons korang juga boleh dapatkan tips,  produk dan promosi terkini yang tersedia khas untuk korang.Hampir 10 ribu orang dah mendapat manfaat dari blog Shopcoupons ni tau.


Jom layari ShopCoupons.my untuk maklumat lanjut...

sekian..


FAEDAH MELAKUKAN RAWATAN BEKAM DAN KESAN-KESAN NYA

Assalamualaikum...



Semalam suami saya tanya pendapat saya tentang rawatan bekam.Apa itu bekam?Saya sendiri tak tahu sebenarnya apa fungsi rawatan bekam ni,.Tengok memang ramai yang buat rawatan bekam.Ada yang kata lepas buat rawatan bekam badan rasa segar dan lebih bertenaga.

Melalui pembacaan saya dan apa yang dikongsikan oleh mereka-mereka yang pernah melakukan rawatan bekam ni, saya boleh katakan ianya sebagai rawatan cara lama untuk membuang toksid dalam badan dengan mengeluarkan darah kotor melalui permukaan kulit. Bekam adalah sunnah kerana Rasullullah s.a.w sendiri dan para sahabat pernah melakukan rawatan bekam

Terdapat 3 kaedah rawatan bekam iaitu , Bekam kering, Bekam Angin dan bekam Api. Ketiga-tiganya dilakukan dengan cara yang berbeza namun ketiga-tiganya adalah proses mengeluarkan darah dari permukaan kulit.Hanya alatan dan caranya sahaja yang berbeza.


APA FAEDAH RAWATAN BEKAM?

Antara faedah dan penyakit yang boleh dirawat dengan kaedah rawatan bekam ialah:

Membantu menghilangkan pening dan migrain.
Membantu membuang angin dalam badan, melegakan pernafasan dan sistem perkumuhan.
Membantu memecahkan lemak.
Membantu memulihkan ketegangan urat leher, belikat, pinggang dan urat sendi di kaki.
Membantu mencegah kebas kaki dan membantu meredakan serangan angin ahmar.
Mengeluarkan darah toksik dan melancarkan peredaran darah tersumbat.




KESAN SAMPINGAN MELAKUKAN BEKAM

Rawatan bekam biasanya dilakukan oleh pengamal-pengamal perubatan dan orang persendirian.Apa yang dirisaukan ialah barang-barang yang digunakan untuk tujuan bekam kurang bersih dan tidak di steril.Ianya mungkin boleh mengudang penyakit lain pada kita.


Namun dizaman sekarang kebanyakan pengamal perubatan sudah menitik beratkan soal kebersihan.kerana itu kita perlu dapatkan rawatan berkam dari mereka yang bertauliah dan pusat rawatan yang sah.

Sebelum melakukan rawatan bekam ada lebih elok jika kita mendapatkan nasihat doktor kerana bagi sesetengah orang rawatan bekam tidak sesuai untuk mereka .Contohnya ibu yang hamil , mereka yang mengidap penyakit kulit, wanita yang sedang haid atau mereka yang mempunyai tekanan darah rendah.


sekian..

Monday, 24 October 2016

INI SEBAB KENAPA SAYA PILIH JUS QALBI UNTUK KURUSKAN BADAN DAN MENGAWAL KOLESTROL

Assalamualaikum..


Ramai yang tahu saya memang obses untuk kuruskan badan.Dah lama sangat peram lemak-lemak di badan ni sampai dah tepu lepas tu tak tahu nak buat apa..Peram saja pun tak guna kalau tak datangkan hasil..hahahah.Sebab tu sejak beberapa bulan lalu saya dah mula buat diet tanpa mengambil apa-apa produk untuk membantu saya menurutkan berat badan,Tapi  saya akui agak susah nak mengekalkan berat badan ideal tambahan pulak saya ni susah nak kawal makan.Takut bukan saja berat badan naik tapi risiko ada masalah jantung pulak..Umpama orang mengantuk disorangkan bantal saya diperkanalkan dengan 1 produk yang memang orang tahu kesan baik serta manfaat  kalau mengamalkan nya.Jus Qalbi  Al-Ehsan  adalah pilihan saya yang paling selamat dan diyakini kerana Jus Qalbi mengandungi bahan-bahan seperti bawang putih,halia, Lemon,cuka epal dan madu asli.


Awalnya saya memang agak takut nak minum jus ni sebab saya tak suka kan bawang putih.Tapi bila dah rasa rupanya jus Qalbi sangat sedap dan langsung tak ada rasa pelik yang mengganggu kita.Kalau nak tahu jus Qalbi ni lagi sedap bila dicampurkan dalam minuman kita sehari-hari.Cara nak makan nya ialah minum 1 sudu  setiap pagi sebelum sarapan dan 1sudu Jus Qalbi sebelum tidur.

Selain untuk menurunkan berat badan saya memilih Jus Qalbi kerana dengan mengamalkan nya ia mampu   merawat dan mencegah kita dari  beberapa penyakit seperti :-

-Jantung tersumbat
-Athma
-Tekanan darah tinggi
-Kolestrol
-Resdung
-Arthritis
-Gout
-Kencing manis
-Kebas tangan kaki
-Sembelit


Jus Qalbi ini dihasilkan tanpa bahan pengawet tiruan jadi ianya selamat digunakan.Jus ini juga mampu membaik pulih dan meransang sistem peredaran darah serta mengurangi risiko yang berkaitan dengan kompilasi jantung, stroke , sakit dada, darah tinggi dan kebas anggota badan .

Dalam jus ni kaya dengan vitamin C  jadi ianya juga baik untuk kecantikan kulit dan sistem imunisasi serta  penghadaman,..Vitamin C juga  memberi tenaga untuk kita.Selepas 3 hari saya amalkan minum Jus Qalbi ni , setiap kali bangun pagi memang rasa badan segar , mudah membuang dan selera makan agak kurang sebab perut kurang rasa lapar.


Sekarang ni bukan saya je yang amalkan minum jus qalbi tapi suami pun dah mula jadikan ianya rutin setiap pagi dan malam. Kami nak sihat sama-sama..maklum la, usia dah meningkat ni memang agak risau tentang masalah kesihatan lagi-lagi saya dan suami memang kaki makan.Kami tak de pantang dalam bab makanan..Semua bedal.jadi , selain berdiet kami amalkan minum jus Qalbi..

Untuk yang berminat nak dapatkan Jus Qalbi atau nak dapatkan maklumat tentang jus Qalbi, boleh la hubungi HQ mereka.:-

Algae park Sdn Bhd
No.80 Jalan renang 13/26 seksyen 13,
Shah Alam.

Tel: 03-5511 4366

Whatsapp/sms - 017 7300366 / 017 3730366

Facebook: Jus Qalbi Al- Ehsan

Instagram: Qalbi Al Ehsan

 Harga Jus Qalbi Al-Ehsan:  RM79- semenanjung malaysia
                                            RM89 Sabah/Sarawak
#jusqalbi
#pembersihkolesterol
#jusqalbialehsan #enjoythetaste #experiencethemiracle #tonikjantung
#mengawalkolestrol

sekian..

JAWATAN KOSONG KERJA KERAJAAN DAN SEBAB MENGAPA ANDA PERLU MEMOHON

Assalamualaikum...



Masalah pengangguran bukan masalah baru dinegara kita.Setiap tahun kadar pengangguran meningkat .Ada berbagai punca mengapa 1.2 juta rakyat Malaysia masih memegang status sebagai penganggur malah mereka ini sukar mendapat pekerjaan disebabkan faktor kemahiran dan terlalu memilih pekerjaan.Ramai juga yang masih menganggur disebabkan tidak tahu terdapat hampir 10000 jawatan kosong yang sedia untuk diisi dan untuk anda mohon .

Saya nak memperkenalkan satu lama web yang memudahkan anda untuk mencari jawatan kosong.Dilaman web ini anda akan menemui lebih 10000 jenis jawatan kosong kerajaan yang boleh anda mohon yang  bersesuaian dengan tahap akademi ,kemahiran dan minat yang anda miliki.



Laman web  Goverment.my  telah membantu ramai orang mendapat pekerjaan yang mereka impikan.Ia juga memberi anda peluang untuk mohon  kerja kerajaan dengan lebih mudah dan effektif. Memiliki peluang berkhidmat di sektor awam memberi banyak kelebihan menarik dan menjamin masa depan anda.Malah dalam sektor ini anda akan dilindungi dan disebabkan ini anda haruslah memohon jawatan kosong kerajaaan.

Antara kelebihan yang anda dapat jika memohon jawatan kosong melalui laman web ini adalah penerimaan dan serapan masuk kerja lebih tinggi kemungkinannya. Jawatan kosong yang paling popular dan paling mudah untuk di mohon dalam laman web Goverment.my ini ialah  jawatan kosong maybank, jawatan kosong kastam, jawatan kosong jpj dan jawatan kosong kemas yang menjadi rebutan ramai lepasan mahasiswa dan bekas graduan disebabkan berbagai faedah dan elaun yang tersedia .



Peluang naik pangkat, pinjaman perumahan , kenaikan gaji berkala dan banyak lagi  membuat kan anda perlu memohon jawatan kosong kerajaan yang terdapat dalam laman web ini.Saya nasihatkan pada mereka yang masih menganggur untuk merebut peluang ini supaya dapat menaik kan taraf hidup dan ekonomi keluarga anda.Malah selepas tamat tempoh bekerja (pencen ) juga anda masih akan mempunyai pendapatan untuk menampung keluarga terutamanya ketika anda sakit atau kemalangan.

sekian..




MUSIM TENGKUJUH SUDAH TIBA...

Assalamualaikum...


Sejuk sangat pagi ni..malam tadi hujan sampai la pagi ni masih lebat lagi..Nak bangun pun rasa sayang je nak tinggal katil..ahahah..Sejak akhir-akhir ni kerap hujan..Mungkin sebab dah nak masuk hujung tahun ni dan dah tiba musim tengkujuh..

Bila tiba musim hujan macam ni ada banyak perkara yang kita semua akan risaukan..Paling risau bab banjir.Kawasan rumah saya ni dah lama tak banjir.Sejak saya tinggal di sini memang tak pernah banjir.Tapi kata suami saya dulu memang banjir..Air naik sampai ke lutut.

Kalau la terjadi banjir di kawasan rumah saya ni entah macam mana nak hadapi..Saya takut banjir ni sebab risau binatang merbahaya .Dah la anak-anak pun jenis nampak lipas pun macam nampak hantu..hahah.bayangkan kalau nampak binatang dan serangga lain..Huih!!lap peluh..

Tapi bila musim hujan macam ni , nampak tanaman-tanaman saya naik segar je..Daun kesum yang saya tanam pun dah nampak daun -daun nya bercambah dengan jayanya..heheheh..kalau tak memang layu je semuanya..Sampai daun kari pun macam hidup segan mati tak mau.

Sejuk-sejuk gini cepat pulak rasa mengantuk..heheh..lelep kejap la dalam 2,3 minit..(ye la tu...)


sekian...


Friday, 21 October 2016

RINGKASAN DAN RUMUSAN PEMBENTANGAN BAJET 2017

Pembentangan Bajet 2017:



 RM260.8 bilionPeruntukan Bajet 2017 berjumlah RM260.8 bilion merangkumi perbelanjaan mengurus sebanyak RM214.8 bilion, perbelanjaan pembangunan RM46 bilion. Ini tidak termasuk simpanan luar jangka sebanyak RM2 bilion.

Pertumbuhan KDNK kekal pada 6%Perdana Menteri berkata Barisan Nasional berjaya mengekalkan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 6% setahun selama hampir 60 tahun berturut-turut.


Tema Bajet 2017Bajet 2017 bertemakan Menjamin Perpaduan & Pertumbuhan Ekonomi, Menghemah Perbelanjaan Inklusif, Mensejahtera Kehidupan Rakyat 



 INTIPATI BAJET 2017

Sokongan kepada wanita berkerjaya

Pelepasan cukai baru sehingga RM1,000 bagi pembelian peralatan penyusuan ibu. Pelepasan setiap dua tahun sekali mulai tahun taksiran 2017.

Pelepasan cukai sehingga RM1,000 diberi kepada pembayar cukai individu yang menghantar anak berumur 6 tahun dan ke bawah ke taman asuhan dan pra-sekolah berdaftar mulai 2017.

Terus memperkasa BumiputeraPertama: 

RM100 juta  kepada SME Bank bagi meningkatkan peluang usahawan Bumiputera 

Kedua: RM100 juta kepada Amanah Ikhtiar Malaysia bagi pelbagai program keusahawanan mereka 

Ketiga: RM300 juta kepada TEKUN bagi membantu usahawan kecil memajukan perniagaan, termasuk skim baru TEMANITA, khusus untuk usahawan mikro wanita 

Keempat: RM200 juta kepada Perbadanan Usahawan Nasional Berhad bagi melaksanakan Program Pembiayaan Keusahawanan & Perintis Perniagaan

Kelima: RM120 juta kepada MARA bagi pelbagai program keusahawanan antaranya perusahaan industri halal dan pembangunan usahawan belia.




Memenuhi keperluan komuniti Cina dan India

RM50 juta diperuntukkan untuk pembangunan Kampung Baru Cina, RM50 juta untuk pinjaman PKS melalui KOJADI, RM20 juta untuk pinjaman mikro kredit yang diselia Malaysian Chinese Women Entrepreneurs Foundation.

RM20 juta disalurkan kepada Yayasan Penjaja dan Peniaga Kecil 1Malaysia untuk memberi pinjaman kepada penjaja komuniti Cina.

Bagi masyarakat India, RM50 juta bagi program peningkatan kapasiti dan pendapatan, RM150 juta untuk program pembiayaan perniagaan TEKUN dan Amanah Ikhtiar Malaysia.

Bagi Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil, kerajaan akan memperluaskan program pra-sekolah kepada 50 sekolah dengan peruntukan RM10 juta.



RM4.3 bilion untuk biasiswa

Pemberian biasiswa akan diteruskan dengan peruntukan berjumlah RM4.3 bilion pada tahun 2017 termasuk:

• 1.6 bilion ringgit menerusi JPA;
• 2 bilion ringgit menerusi MARA;
• 250 juta ringgit menerusi Kementerian Pendidikan Tinggi;
• 208 juta ringgit menerusi Kementerian Kesihatan;
• 194 juta ringgit menerusi Kementerian Pendidikan;
• 28 juta ringgit menerusi Kementerian Sumber Manusia; dan
• 21 juta ringgit menerusi Kementerian Belia dan Sukan.



Melindungi kumpulan mudah terjejasAntara inisiatif yang disediakan:

1. Bantuan kepada keluarga miskin meliputi Bantuan Am sehingga RM300 sebulan dan Bantuan Kanak-Kanak sehingga RM450 sebulan diteruskan untuk 69,000 keluarga

2. RM424 juta disediakan untuk 120,000 warga emas

3. RM535 juta untuk hampir 150,000 OKU

4. Pelepasan GST untuk OKU berdaftar membeli peralatan bantuan




Meringankan kos perbelanjaan persekolahan

Bagi membantu ibu bapa menampung kos perbelanjaan persekolahan anak-anak, Perdana Menteri mengumumkan kerajaan akan meneruskan program:

1. Pemberian Bantuan Persekolahan 100 ringgit kepada setiap pelajar daripada keluarga berpendapatan sehingga 3 ribu ringgit, yang memanfaatkan 3.5 juta murid;

2. RM1.1 bilion bagi Bantuan Makanan Asrama untuk 365 ribu murid;

3. RM300 juta ringgit bagi Rancangan Makanan Tambahan 1Malaysia kepada murid sekolah rendah;

4. RM1.1 bilion ringgit merangkumi Bantuan Bayaran Tambahan Persekolahan, Bantuan Buku Teks dan Bantuan Geran Per kapita;

5. Geran sepadan disediakan kepada pelajar Tahun 1 di sekolah bantuan penuh Kerajaan bagi simpanan terkumpul sehingga 50 ringgit dalam akaun SSPN-i;

6. Menyediakan Elaun bulanan Murid Berkeperluan Khas sebanyak 150 ringgit kepada 67 ribu murid; serta mengganti bas bagi 21 sekolah berpendidikan khas;

7. RM600 juta diperuntukkan kepada Tabung Khas Penambahbaikan dan Penyelenggaraan Sekolah.



'Online Connectivity' untuk anak muda

Bermula Jan 2017, fixed line broadband ditawar dengan kelajuan lebih tinggi pada harga sama. Contohnya, pelanggan 5 megabit sesaat pada harga RM149 akan mendapat 10 megabit sesaat

Dalam tempoh 2 tahun lagi, kelajuan bagi pakej ini akan ditingkatkn dua kali ganda dengan penurunan harga sehingga 50%. 

Kerajaan akan melancarkan inisiatif supaya perkhidmatan jalur lebar di universiti awam ditingkatkan kepada maksimum 100 gigabit sesaat 

SKMM akan menyediakan RM1 bilion supaya liputan dan kualiti jalur lebar di seluruh negara mencapai 20 megabit sesaat



Geran untuk pemandu teksi

Bagi pemandu teksi, RM60 juta diperuntukkan untuk geran RM5,000 bagi membeli kenderaan baru & menawarkan permit teksi individu, yang memberi manfaat kepada 12,000 pemandu



RM25 bilion untuk kemudahan kesihatan

Perdana Menteri mengumumkan peruntukan RM25 bilion bagi meningkatkan tahap kesihatan rakyat dan kualiti penjagaan kesihatan.

1. Membina dan menaiktaraf hospital-hospital baharu serta Klinik Kesihatan di Perlis, Kuching, Mukah, Jempol, Muar dan Johor Bahru;

2. Menaik taraf kemudahan hospital dengan peruntukan RM536 juta, termasuk penyediaan peralatan rawatan kardiologi di Hospital Serdang, Hospital Pulau Pinang dan Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru, serta pembelian 100 buah ambulan;

3. RM4.5 bilion untuk operasi 340 Klinik 1Malaysia, 11 Klinik Bergerak 1Malaysia, 959 Klinik Kesihatan, dan lebih 1,800 Klinik Desa sedia ada;

4. RM4 bilion untuk bekalan ubat, consumables, vaksin dan re-agen kepada semua hospital dan fasiliti kesihatan 



Pelepasan cukaiPerdana Menteri mengumumkan berita gembira untuk pembayar cukai.

"Jika kini terdapat 21 kategori pelepasan cukai individu, terbaru, untuk pembelian bahan bacaan, komputer dan peralatan sukan digabungkan sebagai pelepasan cukai gaya hidup.

"Ini diperluaskan meliputi pembelian akhbar-akhbar arus perdana, smartphone dan tablet, langganan internet serta bayaran keahlian gimnasium," katanya.

Pelepasan ini diberi sehingga RM2,500 setiap tahun, berkuatkuasa mulai tahun taksiran 2017.




Meningkatkan keupayaan pembeli rumah pertama.


 1.Kerajaan akan menyediakan tanah kerajaan yang tidak digunapakai di lokasi strategik kepada GLC dan PR1MA untuk membina lebih 30,000 rumah pada harga RM150,000 - RM300,000

2. Kerajaan akan membina 10,000 rumah di bandar untuk disewa oleh golongan muda yang layak dengan pekerjaan yang tetap termasuk graduan muda yang baru bekerja

3. Syarikat Perumahan Negara Berhad diperuntukkan RM200 juta untuk membina lebih 5,000 unit Rumah Mesra Rakyat dengan subsidi kerajaan sehingga RM20,000 seunit



BR1M dinaikkan

BR1M kepada isirumah dalam senarai e-Kasih dan berpendapatan bulanan bawah RM3,000 dinaikkan kepada RM1, 200

BR1M kepada isirumah berpendapatan bulanan RM3,000 - RM4,000 dinaikkan kepada RM900

BR1M kepada individu bujang berpendapatan bulanan bawah RM2,000 dinaikkan kepada RM450




Projek untuk rakyat di bandar dan luar bandar

1. Sebanyak 97,000 lampu jalan, 3,000 lampu LED di persimpangan jalan akan dipasang, melibatkan 7,500 kampung seluruh negara.

2. Bina & naik taraf 616km jalan kampung & jambatan bagi meningkatkan jaringan perhubungan kampung, pekan & bandar dengan peruntukan RM1.2b

3. Bagi menyelenggara jalan negeri, RM4.6b disediakan kepada semua negeri di bawah Sistem Maklumat Rekod-Rekod Jalan Raya Malaysia

4. Bina & baik pulih 17k unit rumah usang & daif di kampung terpencil & penempatan Orang Asli dengan peruntukan RM350j 

5. Tingkatkan penyediaan bekalan air bersih dgn RM732j, mensasarkan 5200 rumah termasuk naik taraf sistem bekalan air FELDA 

6. Menyediakan bekalan elektrik luar bandar, mensasarkan hampir 10 ribu buah rumah dengan peruntukan RM460j 


Penghargaan kepada 1.6 juta penjawat awam


Pertama: Kemudahan Cuti Belajar dengan gaji dibayar penuh bersama biasiswa juga untuk Kumpulan Pelaksana selain Kumpulan Pengurusan dan Profesional

Kedua: Pemberian Cuti Kuarantin kepada penjawat awam yang anaknya sakit & perlu dikuaratin menerusi cuti tanpa rekod sebanyak 5 hari

Ketiga: Kemudahan pembiayaan untuk membeli komputer diperluaskan meliputi pembelian smartphone. Had pinjaman sehingga RM5,000 setiap 3 tahun

Keempat: Had pinjaman pembelian motosikal dinaikkan daripada RM5,000 kepada RM10,000

Kelima: Kelayakan pinjaman perumahan dinaikkan daripada serendah-rendah RM120,000 kepada RM200,000, pinjaman paling tinggi daripada RM600,000 kepada RM750,000

Keenam: Sebanyak 30,000 unit lagi Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia akan disiapkan dengan harga jualan antara RM90,000 hingga ke RM300,000

Ketujuh: Pegawai contract of service & contract for service yang akan tamat penghujung tahun ini, kerajaan melanjutkan sekurang-kurangnya setahun lagi

Kelapan: Satu lapisan gred baru, gred 56 antara gred 54 & JUSA C diwujudkan bagi pegawai perubatan pakar & pegawai pergigian pakar

Kesembilan: Melantik secara kontrak kumpulan pertama graduan perubatan, pergigian & farmasi selewat-lewatnya Disember 2016

********************************************

Perdana Menteri menamatkan pembentangan Bajet 2017 dengan merakamkan penghargaan yang tinggi kepada Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi atas "kesetiaan yang tidak berbelah bahagi."

Begitu juga, Datuk Seri Najib Razak menghargai ketaatan yang diberikan oleh anggota Jemaah Menteri, pemimpin parti komponen BN dan para penjawat awam.



SUMBER: ASTRO AWANI