Skip to main content

TIPS DAN CARA MENGELAK DARI MENJADI MANGSA PUKAU

Assalamualaikum...



Siapa pernah ada pengalaman di pukau.Kebanyakan orang yang mengamalkan ilmu pukau ni adalah untuk tujuan menipu..Sikit sangat yang menggunakan nya untuk tujuan yang baik.Walaupun ada yang kata pukau ni sebenarnya digunakan untuk tujuan rawatan dan sebagainya tapi bila banyak sangat kes pukau untuk tujuan menipu memang tak nampak dah apa kebaikan pukau ni..kan??

hari ni saya nak kongsikan dengan korang tips untuk mengelak kan pukau.Tapi benda ni kena sentiasa beringat dan fokus.

1) Jangan berfikiran kosong terutamanya di tempat yang ramai orang..ianya akan memudahkan pihak lain untuk memanipulasi kita dengan cara telepathi.Bila pintu telepati kita terbuka kita mudah untuk di pukau.Sebab tu kadang-kadang kita pelik tempat ramai orang lalu lalang pun senang kena pukau.

2)Cuba sedaya upaya untuk "sedar"apabila tiba-tiba rasa seperti mengantuk yang teramat sangat.Itu petanda ada seseorang yang sedang melakukan telepathic forcing.




3)Korang melatah tak??Orang melatah paling mudah di pukau.Orang yang mudah terkejut senang untuk minda bawah sedarnya terbuka .Ini memberi peluang kepada orang untuk memukau korang.

4)jangan panik jika korang dapati ada sekumpulan orang mengerumini korang.misalnya korang perasan ada dibelakang kiri dan kanan korang berjalan ke arah korang.Rilek dan bertenang .Sikap panik akan membuka minda bawah sedar korang dengan mudah.

5)jangan terkejut jika tiba-tiba ada yang menepuk bahu korang dari belakang.Elak kan fikiran korang hanya fokus pada dia.tapi tetapkan fikiran korang pada seluruh keadaan sekeliling.



6)Jika korang tiba-tiba rasa seperti , perasaan tiddak sedap hati,sesak dada, perut mual dan pening itu petanda mungkin ada seseorang sedang melakukan pukau pada korang.Cepat-cepat sibuk kan fikiran korang dan segera pergi ke tempat yang selamat . korang boleh cuba set kan dalam fikiran korang yang selepas kiraan tiga korang akan ok...kemudian mula mengira dengan jelas ...1...2..3..

7)ingat dan sentiasa tanamkan dalam diri bahawa korang tidak boleh di pukau..Sebab ilmu pukau ni adalah ilmu menguasai minda kita.Jadi kalau minda kita dah tolak awal-awal memang susah nak di pukau.

Tips diatas ni saya baca di merdekadotcom.

Dalam islam ada cara untuk elak kan pukau iaitu membaca doa sebelum keluar rumah.


Selain itu sentiada dalam keadaan berwuduk juga boleh mengelak kan pukau.Dipetik dari kongsionline , membaca ayat kursi  juga dapat mengelak kan diri kita dari menjadi mangsa pukau.

"Sesiapa yang membaca ayat Kursi dengan khusyuk setiap kali selepas sholat fardhu, setiap pagi dan petang, setiap kali keluar masuk rumah atau hendak musafir, insyaAllah akan terpeliharalah dirinya dari godaan syaitan, kejahatan manusia, binatang buas yang akan memudaratkan dirinya bahkan keluarga, anak-anak, harta bendanya juga akan terpelihara dengan izin Allah s.w.t."


Antara bacaan lain yang boleh mengelak kan kita dari dipukau ialah dengan membaca Surah Al-Muawwizat iaitu Surah Al-Ikhlas, Surah Al-Falaq dan Surah An-Naas

Untuk 'pendinding diri', amalkan membaca beberapa ayat suci al-Quran seperti surah Hud (ayat 57) setiap kali selepas solat fardu, surah Yassin (ayat 9), surah as-Soffat (ayat 6) dan surah Yunus (ayat 81 dan 83). (kongsionline)


Harap ianya bermanfaat untuk semua..


sekian...

Comments

  1. salah satu cara nak pukau dengan padangan mata.. tapi kalau cakap tak pandang mata orang kang orang kata bela hantu raya pulak hahaha

    ReplyDelete
  2. insyaAllah.. takot kan sekarang ni mcm mcm kes

    ReplyDelete

Post a Comment

sila tinggalkan komen anda...:)

Popular posts from this blog

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU

Assalamualaikum...

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU Rasa seronok betul bila dapat Waffle maker ni. Waffle maker ni hadiah dari Lazada Malaysia . Saya dapat Voucher Rm100 dan saya pilih Waffle maker ni .Banyak betul barang dari Lazada kat rumah ni..hahaha..Order hari ni , esoknya dah sampai..Cepat je..kan??Bila sampai terus google resepi, bancuh tepung nak buat Waffle..hahah...Nampak macam gelojoh kan?sebenarnya sebab teruja. :p
Banyak juga resepi Waffle yang saya baca..saya try 2,3 resepi tapi tak menepati citarasa .Saya suka Waffle yang tebal ,lembut ,gebu.Bila dah sejuk pun dia tetap lembut. Ada resepi yang saya cuba jadi  keras dan masak tak sekata mungkin sebab Waffle padat dan jadi keras.

Ini lah waffle yang keras tu..Dia membakar pun tak sekata..Tompok2  je..Resepi nya dari mana??tak perlu la saya bagitau..hahahah..Tapi bagi yang suka waffle keras dan padat macam ni mungkin tak jadi masalah..
Tapi selepas beberapa percubaan akhirnya dapat juga satu resepi yang kena den…

30 MENU BERBUKA PUASA YANG RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN

Assalamualaikum


Masuk je bulan ramadhan benda yang kita selalu fikir ialah nak masak apa untuk berbuka dan bersahur.kalau boleh kita nak juadah yang sedap , mudah di masak dan tak ambil masa yang lama.




Hari ni saya nak senaraikan 30 juadah lauk pauk yang kita boeh buat sepanjang ramadhan ni...Semoga lepas ni tak de la masuk je dapur dah pening kepala nak masak apa..Last2 ke bazar ramadhan juga dia merayau cari lauk..eheheh..Anggaran memasak setiap hidangan cuma dalam 10-20 minit sahaja..kalau guna dapur 2,3 tungku tak sampai sejam siap semuanya..



30 MENU BERBUKA PUASA YANG  RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN
1- Ayam masak merah + ikan goreng +acar timun

2-Daging masak kicap + ikan goreng + taugeh tumis air

3-Gulai ayam + tumis kacang buncis + ikan keli goreng

4-kurma daging + kerabu mangga + ayam berempah

5-asam pedas ikan pari + ayam goreng kunyit +sambal belacan +ulaman

6-ikan keli masak lemak + terung berlada + ayam goreng

7-singgang ikan +kangkung goreng belacan + ikan goreng

8-Sup dagi…

CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL

Assalammualaikum..



CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL Saya belum pernah ada pengalaman melihat toyol..Semoga saya tidak diberi peluang melihat nya. hahha..Orang kata toyol ni macam budak-budak yang badan bulat, kepala nya botak,  semua giginya runcing , badan nya berbulu dan berlendir.Sifatnya seperti kanak-kanak yang suka bermain.Dari apa yang digambar kan ,memang tidak la Toyol ni kita kategorikan sebagai comel..kan??hahah...

Toyol hanya boleh di lihat dengan mata kasar oleh penjaganya sahaja.Orang lain memang tak dapat nak tengok Toyol.kalau ada yang tengok Toyol mungkin ada ritual atau cara-cara tertentu nak melihat makhluk nakal ni.Nak menjaga nya pun macam jaga budak kecil.Kena diberi susu setiap pagi dan petang.Bukan susu dalam tin tu ye ..Tapi menyusu badan.Kalau yang membelanya adalah lelaki, isteri lelaki tu la akan menyusukan toyol tu.kalau tuan nya wanita, wanita tu sendiri akan menyusukan nya.Sanggup tak??hahhah

Kalau di Malaysia ni saya …