Skip to main content

SOALAN UNTUK LELAKI BERGELAR SUAMI: BERAPA KALI ISTERI KORANG TERJAGA DI WAKTU MALAM

Assalamualaikum...




Semalam saya terbaca satu komen di facebook yang kata orang perempuan ni bila dah berumahtangga cepat je mengantuk.letak kepala terus terlelap.Benda tu memang saya pun setuju..Kalau masa bujang dulu sampai ke pagi mata ni bertahan.tapi bila dah berkahwin ada anak pantang ada peluang nak tidur je mata ni..

Satu soalan untuk lelaki yang bergelar suami dan ayah.Tahu tak dalam satu malam tu berapa kali isteri korang terjaga dari tidur.Mesti ramai lelaki tak tahu.Ada yang tak sedar pun isteri dia terjaga...

Cemana korang nak sedar kalau tidur mati.Kebiasaan nya isteri-isteri  ni bila suami dia tidur semua anak2 dia suruh senyap..

"diam..ayah nak tidur tu.."

"ayah nak rehat tu..jangan bising.."

Bila anak menangis.terkejut dari tidur, mimpi ngeri... suami ni malas nak layan

"Baik aku tidur je..Tak pe..Bini aku ada..Pandai2 la dia nak uruskan anak-anak tu.".


Tapi kalau steri yang tidur, anak menangis terus isteri  bangun buat kan susu, pujuk2 anak, kadang ada yang tak tidur terus sampai ke pagi..Betul tak??Takut tangisan anak tu nanti buat suami terjaga..Suami dah la nak kena pergi kerja pagi nanti..padahal isteri tu pun kerja juga tu..hahahah

Jadi kalau isteri tu mengantuk jangan la pandang dia dengan rasa benci dan rimas.Kesian kat isteri.Masa suami dia tidur dia pun pandang suami dia dengan rasa kasihan sebab tu dia suruh anak-anak diam ..

sekian...

Comments

  1. bnyknye suami mek yg bangun buat susu. mih mih mihh

    ReplyDelete
  2. Setuju sangat tu makcik....rasanya kalau bini pengsan jerlah kot si ayah akan terbangun buat susu anak.... Kotnya pun tak bangun jugak, anak tu diam sendiri hihi

    ReplyDelete
  3. tak sampai hati nak mintak somi buatkan susu anak mlm2..

    ReplyDelete
  4. ha'ah lah, betul. tak dapat disangkal lagi. (:

    ReplyDelete

Post a Comment

sila tinggalkan komen anda...:)

Popular posts from this blog

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU

Assalamualaikum...

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU Rasa seronok betul bila dapat Waffle maker ni. Waffle maker ni hadiah dari Lazada Malaysia . Saya dapat Voucher Rm100 dan saya pilih Waffle maker ni .Banyak betul barang dari Lazada kat rumah ni..hahaha..Order hari ni , esoknya dah sampai..Cepat je..kan??Bila sampai terus google resepi, bancuh tepung nak buat Waffle..hahah...Nampak macam gelojoh kan?sebenarnya sebab teruja. :p
Banyak juga resepi Waffle yang saya baca..saya try 2,3 resepi tapi tak menepati citarasa .Saya suka Waffle yang tebal ,lembut ,gebu.Bila dah sejuk pun dia tetap lembut. Ada resepi yang saya cuba jadi  keras dan masak tak sekata mungkin sebab Waffle padat dan jadi keras.

Ini lah waffle yang keras tu..Dia membakar pun tak sekata..Tompok2  je..Resepi nya dari mana??tak perlu la saya bagitau..hahahah..Tapi bagi yang suka waffle keras dan padat macam ni mungkin tak jadi masalah..
Tapi selepas beberapa percubaan akhirnya dapat juga satu resepi yang kena den…

30 MENU BERBUKA PUASA YANG RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN

Assalamualaikum


Masuk je bulan ramadhan benda yang kita selalu fikir ialah nak masak apa untuk berbuka dan bersahur.kalau boleh kita nak juadah yang sedap , mudah di masak dan tak ambil masa yang lama.




Hari ni saya nak senaraikan 30 juadah lauk pauk yang kita boeh buat sepanjang ramadhan ni...Semoga lepas ni tak de la masuk je dapur dah pening kepala nak masak apa..Last2 ke bazar ramadhan juga dia merayau cari lauk..eheheh..Anggaran memasak setiap hidangan cuma dalam 10-20 minit sahaja..kalau guna dapur 2,3 tungku tak sampai sejam siap semuanya..



30 MENU BERBUKA PUASA YANG  RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN
1- Ayam masak merah + ikan goreng +acar timun

2-Daging masak kicap + ikan goreng + taugeh tumis air

3-Gulai ayam + tumis kacang buncis + ikan keli goreng

4-kurma daging + kerabu mangga + ayam berempah

5-asam pedas ikan pari + ayam goreng kunyit +sambal belacan +ulaman

6-ikan keli masak lemak + terung berlada + ayam goreng

7-singgang ikan +kangkung goreng belacan + ikan goreng

8-Sup dagi…

CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL

Assalammualaikum..



CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL Saya belum pernah ada pengalaman melihat toyol..Semoga saya tidak diberi peluang melihat nya. hahha..Orang kata toyol ni macam budak-budak yang badan bulat, kepala nya botak,  semua giginya runcing , badan nya berbulu dan berlendir.Sifatnya seperti kanak-kanak yang suka bermain.Dari apa yang digambar kan ,memang tidak la Toyol ni kita kategorikan sebagai comel..kan??hahah...

Toyol hanya boleh di lihat dengan mata kasar oleh penjaganya sahaja.Orang lain memang tak dapat nak tengok Toyol.kalau ada yang tengok Toyol mungkin ada ritual atau cara-cara tertentu nak melihat makhluk nakal ni.Nak menjaga nya pun macam jaga budak kecil.Kena diberi susu setiap pagi dan petang.Bukan susu dalam tin tu ye ..Tapi menyusu badan.Kalau yang membelanya adalah lelaki, isteri lelaki tu la akan menyusukan toyol tu.kalau tuan nya wanita, wanita tu sendiri akan menyusukan nya.Sanggup tak??hahhah

Kalau di Malaysia ni saya …