Skip to main content

SERBUK KOKO YANG SAYA GUNA UNTUK BUAT BROWNIES ,KEK DAN BISKUT

Assalamualaikum...

Saya nak cerita tentang serbuk koko..Ada orang bila buat kek dan biskut lebih suka guna serbuk koko timbang atau yang di bungkus semula yang biasa-biasa kita jumpa di kedai-kedai bakery..sebab rasanya lebih  kuat dan kuih atau kek yang kita buat warnanya lebih gelap dan menggoda..hahhaha

Tapi saya pulak biasanya akan guna serbuk koko  Van Houten ni..Memang warnanya tak kuat tapi rasanya sedap tau..Ini serbuk Koko yang saya selalu guna..


Untuk 1 kotak ni kandungan serbuk kokok nya ialah 100g.harga dalam 7-8 ringgit.Biasanya kalau buat brownies saya guna tak sampai 1kotak ni .Yang ni boleh dapat 2 adunan brownies.


 Dulu Serbuk Koko Van Houten ni dijual dalam bekas tin.Sekarang dah dalam kotak.Harga pun murah sikit la..Packing je besar..Isi dalam 100g je adik kak..heheh.Maklum la..Koko pun sekarang makin mahal sebab kekurangan pengeluaran kot..Sekarang banyak yang buat serbuk koko guna kelapa sawit je..



Tengok la..bekas je besar..heheh..isi nya separuh je..Serbuk koko ni boleh juga untuk bancuh buat air.Tapi saya kurang suka sebab tak tahan bau dia..Bukan sama macam rasa milo..heheh..Kalau nak buat brownies saya akan letak dalam 2 sudu besar je.Tu pun dah cukup sedap tu..

Tapi saya perasan anak-anak saya tak la sembelit bila saya guna serbuk koko Van Houten  ni.Kalau guna yang timbang2 tu mesti sembelit sama macam kalau diaorang minum milo.Sebab tu juga salah satu sebab kenapa saya suka guna Van Houten punya serbuk koko.

ok..tu je..menjawab pertanyaan adik kakak yang bertanya saya buat brownies guna serbuk koko cemana..Hheheh..harap2 terjawab la ye..

sekian..

Comments

  1. Singgah sini.. Mahal sikit pon x pe sedap berbaloi nak banding yang timbang kan

    ReplyDelete
  2. wahhh, mesti sedapkan sebab van houtten ni kan kategori cekelat mahal jgk :) takpe mahal, asal puaih hati :)

    ReplyDelete
  3. Lama dah tak membako kek makcik....jadinya udah lupa pakai brand apa....
    Tapi yelah brand Van Hauten tuuuu mmg sure sedaplah

    ReplyDelete
  4. Kakak pun suka van houtten - tak habis bancuh buat air minum pun sedap Dee
    Ada pahit-pahit sikit macam makan dark coklat.

    ReplyDelete
  5. Kalau buat biskut n kek koko van houten ni mmg selalu diguna tapi nk buat minuman xsedap rasanya pada kak.

    ReplyDelete
  6. wahhhh...boleh ni try buat brownies ni..

    ReplyDelete

Post a Comment

sila tinggalkan komen anda...:)

Popular posts from this blog

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU

Assalamualaikum...

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU Rasa seronok betul bila dapat Waffle maker ni. Waffle maker ni hadiah dari Lazada Malaysia . Saya dapat Voucher Rm100 dan saya pilih Waffle maker ni .Banyak betul barang dari Lazada kat rumah ni..hahaha..Order hari ni , esoknya dah sampai..Cepat je..kan??Bila sampai terus google resepi, bancuh tepung nak buat Waffle..hahah...Nampak macam gelojoh kan?sebenarnya sebab teruja. :p
Banyak juga resepi Waffle yang saya baca..saya try 2,3 resepi tapi tak menepati citarasa .Saya suka Waffle yang tebal ,lembut ,gebu.Bila dah sejuk pun dia tetap lembut. Ada resepi yang saya cuba jadi  keras dan masak tak sekata mungkin sebab Waffle padat dan jadi keras.

Ini lah waffle yang keras tu..Dia membakar pun tak sekata..Tompok2  je..Resepi nya dari mana??tak perlu la saya bagitau..hahahah..Tapi bagi yang suka waffle keras dan padat macam ni mungkin tak jadi masalah..
Tapi selepas beberapa percubaan akhirnya dapat juga satu resepi yang kena den…

30 MENU BERBUKA PUASA YANG RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN

Assalamualaikum


Masuk je bulan ramadhan benda yang kita selalu fikir ialah nak masak apa untuk berbuka dan bersahur.kalau boleh kita nak juadah yang sedap , mudah di masak dan tak ambil masa yang lama.




Hari ni saya nak senaraikan 30 juadah lauk pauk yang kita boeh buat sepanjang ramadhan ni...Semoga lepas ni tak de la masuk je dapur dah pening kepala nak masak apa..Last2 ke bazar ramadhan juga dia merayau cari lauk..eheheh..Anggaran memasak setiap hidangan cuma dalam 10-20 minit sahaja..kalau guna dapur 2,3 tungku tak sampai sejam siap semuanya..



30 MENU BERBUKA PUASA YANG  RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN
1- Ayam masak merah + ikan goreng +acar timun

2-Daging masak kicap + ikan goreng + taugeh tumis air

3-Gulai ayam + tumis kacang buncis + ikan keli goreng

4-kurma daging + kerabu mangga + ayam berempah

5-asam pedas ikan pari + ayam goreng kunyit +sambal belacan +ulaman

6-ikan keli masak lemak + terung berlada + ayam goreng

7-singgang ikan +kangkung goreng belacan + ikan goreng

8-Sup dagi…

CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL

Assalammualaikum..



CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL Saya belum pernah ada pengalaman melihat toyol..Semoga saya tidak diberi peluang melihat nya. hahha..Orang kata toyol ni macam budak-budak yang badan bulat, kepala nya botak,  semua giginya runcing , badan nya berbulu dan berlendir.Sifatnya seperti kanak-kanak yang suka bermain.Dari apa yang digambar kan ,memang tidak la Toyol ni kita kategorikan sebagai comel..kan??hahah...

Toyol hanya boleh di lihat dengan mata kasar oleh penjaganya sahaja.Orang lain memang tak dapat nak tengok Toyol.kalau ada yang tengok Toyol mungkin ada ritual atau cara-cara tertentu nak melihat makhluk nakal ni.Nak menjaga nya pun macam jaga budak kecil.Kena diberi susu setiap pagi dan petang.Bukan susu dalam tin tu ye ..Tapi menyusu badan.Kalau yang membelanya adalah lelaki, isteri lelaki tu la akan menyusukan toyol tu.kalau tuan nya wanita, wanita tu sendiri akan menyusukan nya.Sanggup tak??hahhah

Kalau di Malaysia ni saya …