Skip to main content

SELAMA 40 TAHUN PATUNG INI TETAP KEMBALI KE RUMAH WALAUPUN DIBUANG

Assalamualaikum...

sadi


Ada orang takut kalau tengok patung manusia .Biar la patung tu hanya patung arnab,kucing atau beruang tak pe lagi..Tapi Kalau patung bayi ke, perempuan cantik ke seram je rasa.Lagi-lagi bila di tatap wajah patung tu..

Ada satu kisah tentang patung berhantu yang sangat menyeramkan.Sebelum ni kita tahu ada patung Annabella dan Chucky yang dikatakan berhantu dan dijadikan filem .Tapi tahu tak ada satu lagi patung berhantu bernama Sadi yang kisahnya sedikit berbeza dengan Annabella dan Chucky.

welch dan Sadi


Welch adalah pemilik asal patung Sadi. Selepas Welch membesar  dia membuang Sadi dan apa yang menghairankan selepas di buang Sadi tetap pulang kerumah.

Namun sadi tidak pernah mencederakan atau membahayakan Welch.Selama 40 tahun keluarga Welch tinggah di Queensland entah sudah berapa kali mereka membuang Sadi tapi dia tetap  ada di dalam rumah mereka.Kadang-kadang dia dijumapi di ruang tamu dan kali terakhir Sadi dibuang mereka menemui sadi di dalam Almari.

Sadi dibeli oleh ibu Welch sendiri sebagai hadiah harijadi disebuah kedai permainan di Queensland.Kini Sadi hanya dibiarkan di atas kerusi di ruang tamu rumah mereka

Sadi mungkin kelihatan seperti patung-patung biasa yang lain dan wajahnya juga tidak lah menakutkan namun ada yang mengatakan didalam tubuh sadi terdapat roh atau makhluk halus di tambah dengan kejadian pulang kerumah selepas dibuang ianya membuatkan ramai yang mempercayai sadi adalah patung berhantu.

Malah seringkali terjadi anjing milik keluarga Welch, selalu menyalak ketika mendekati sadi. Tapi  keluarga tersebut tidak percaya terhadap hantu dan mereka menganggap ianya hanya sebagai kebetulan..

Comments

  1. ada saka la tu.. kalau tak mustahil dapat balik semula. mungkin ada kisah lain yang tersembunyi di sebalik patung tu tak di cerita atau family ni memang tak tahu..

    ReplyDelete
  2. Hahahahaha teringat kat patung ekin kecil2 dulu buang dah ada kembali dalam rumah..

    ReplyDelete
  3. bapak seram.. tengok gambar je dah rasa lain macam.. idoklah kome nak membela patung2 gini.. simpanggggg..

    ReplyDelete
  4. ayoooo.... nsb lah patung tu nmapk tak menyeramkan rupenya

    ReplyDelete
  5. huhhh..nasib aku dari kecil lagi x minat patung...kalau aku minat sangat dengan patung...habis penuh satu rumah dengan patung jer..

    ReplyDelete
  6. Serammm nyeee. Tapi memang la kot ade saka mane lah nk dtg sndiri bnde tk hidup

    ReplyDelete
  7. tak nampak patung tu berjalan depan kita takpe...still boleh consider tak seram lagi...hehe

    ReplyDelete

Post a comment

sila tinggalkan komen anda...:)

Popular posts from this blog

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU

Assalamualaikum...

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU Rasa seronok betul bila dapat Waffle maker ni. Waffle maker ni hadiah dari Lazada Malaysia . Saya dapat Voucher Rm100 dan saya pilih Waffle maker ni .Banyak betul barang dari Lazada kat rumah ni..hahaha..Order hari ni , esoknya dah sampai..Cepat je..kan??Bila sampai terus google resepi, bancuh tepung nak buat Waffle..hahah...Nampak macam gelojoh kan?sebenarnya sebab teruja. :p
Banyak juga resepi Waffle yang saya baca..saya try 2,3 resepi tapi tak menepati citarasa .Saya suka Waffle yang tebal ,lembut ,gebu.Bila dah sejuk pun dia tetap lembut. Ada resepi yang saya cuba jadi  keras dan masak tak sekata mungkin sebab Waffle padat dan jadi keras.

Ini lah waffle yang keras tu..Dia membakar pun tak sekata..Tompok2  je..Resepi nya dari mana??tak perlu la saya bagitau..hahahah..Tapi bagi yang suka waffle keras dan padat macam ni mungkin tak jadi masalah..
Tapi selepas beberapa percubaan akhirnya dapat juga satu resepi yang kena den…

RESEPI BIHUN SUP DAGING SEDAP DAN MUDAH

Assalamualaikum...



Suka watermark yang mana??Yang gambar atas  atau gambar kat bawah nun ??saya buat watermark ni guna app kat enpon je ..hehe..jadi lah.kan.Dari tak de..Ok..lupa kan pasal watermark tu..Hari ni makcik buat bihun sup..Punya la sibuk hari ni letih tak tau nak cakap la..sekali bihun sup dah siap makan sikit punya berselera..Bihun sup ni yang sedap sangat atau makcik yang lapar..tak tahu la..hehehh..

Dah selalu buat bihun sup tapi tak pernah terlintas nak share resepi kat blog..hari ni makcik turunkan ilmu buat bihun sup pulak..Saya guna daging 1/2 kilo sahaja.lepas tu hiris nipis2 sebab yang nak makan ni budak2.Masak pun cepat lembut..senang budak2 nak kunyah.kalau buat jual tu biasa nampak dia potong  tebal2 dalam 1 inci...ada yang potong kecik2.Ikut suka ampa nak potong macam mana yang penting kuah kena sedap.

Untuk sambal pulak saya buat sambal kicap.saya memang tak reti makan bihun sup dengan sambal merah tu..rasa tak selesa bila makan serbuk cili yang di tambah air…

CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL

Assalammualaikum..



CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL Saya belum pernah ada pengalaman melihat toyol..Semoga saya tidak diberi peluang melihat nya. hahha..Orang kata toyol ni macam budak-budak yang badan bulat, kepala nya botak,  semua giginya runcing , badan nya berbulu dan berlendir.Sifatnya seperti kanak-kanak yang suka bermain.Dari apa yang digambar kan ,memang tidak la Toyol ni kita kategorikan sebagai comel..kan??hahah...

Toyol hanya boleh di lihat dengan mata kasar oleh penjaganya sahaja.Orang lain memang tak dapat nak tengok Toyol.kalau ada yang tengok Toyol mungkin ada ritual atau cara-cara tertentu nak melihat makhluk nakal ni.Nak menjaga nya pun macam jaga budak kecil.Kena diberi susu setiap pagi dan petang.Bukan susu dalam tin tu ye ..Tapi menyusu badan.Kalau yang membelanya adalah lelaki, isteri lelaki tu la akan menyusukan toyol tu.kalau tuan nya wanita, wanita tu sendiri akan menyusukan nya.Sanggup tak??hahhah

Kalau di Malaysia ni saya …