Skip to main content

SAYA YANG BERSANGKA BURUK ATAU MEMANG DIA BERNIAT NAK SINDIR SAYA

Assalamualaikum...



Bila ada masa lapang saya suka memasak...Tak de la kerap sangat pun..seminggu sekali saya akan masak benda2 yang saya jarang masak.Bila masak masakan yang jarang-jarang masak ni memang selalunya saya akan bagi kat jiran-jiran.Masa ni la nak balas mangkuk tingkat jiran2..Tak pernah lagi la dok balas bekas kosong je kat jiran-jiran.Lagipun kan itu kan memang yang sepatutnya ..Ianya macam budaya orang kita la.Hari ni dia bagi bihun, bekas bihun dia tu minggu depan kita isi mee goreng..betul tak??

Tapi kalau saya sibuk dengan review di blog,  kadang-kadng balik kampung , memang nak dekat sebulan jugak mangkuk2 jiran ni ada pada saya.Tapi baru2 ni saya macam berasa kecil hati sikit la dengan salah satu jiran saya ni.....Lepas raya memang saya sangat sibuk dengan kerja-kerja di blog.Saya tak de masak apa yang special pun.2,3 minggu lepas raya puasa jiran saya ni ada la hantar tomyam.Jadi mangkuk tomyam dia tu ada la kat saya..Disebabkan saya sibuk , saya tak de la masak apa2 untuk jiran saya tu lagi..Saya tunggu masa lapang nanti baru nak masak untuk balas mangkuk dia tu..

Kelmarin  Maisara bagitahu  saya ," ibu, kakak sebelah nak mangkuk dia balik.".Saya pun tak de la fikir apa-apa terus  bagi mangkuk tu pada dia.






Semalam saya masak laksa..Jadi saya hantar la satu bekas laksa kat dia.Petang saya hantar, malam dia panggil anak saya dan pulangkan bekas saya tu balik.Tak de isi apa2 pun.Yang tu saya tak kisah..Tapi terdetik kat hati saya.."eh..cepatnya dia pulangkan bekas ni..selalunya dia akan masak apa2 untuk pulangkan bekas saya..kadang 4,5 hari baru dia pulangkan dengan isinya.." Dapat la saya teka...Mungkin dia bagi hint la..supaya pulangkan mangkuk orang  cepat2.Jangan simpan lama2..Korang rasa-rasa memang niat dia macam tu tak??

Adoi..saya tak tau la kalau saya ni sangka buruk.Tapi memang kecil hati sangat tau.Macam la saya ni berniat nak ambik mangkuk dia dulu tu..Ala..Tak kan la saya nak ambil terus..kan??Tapi sebab saya sibuk sangat sejak sebulan lepas tu yang tersimpan je mangkuk dia tu.Tak kan nak pulangkan kosong je..Tak molek la..kan??Sejak semalam tu saya mula rasa macam malu la nak bagi dia apa2 makanan dah..Malu la orang buat macam tu kat kita..Macam sindir kita dalam diam pulak...Atau perasaan saya je ni..hahahah..

Harap2 la saya salah..tapi cara dia pulangkan mangkuk saya semalam memang betul2 nak tunjuk yang saya ni tak patut simpan mangkuk dia lama2..Bukan lama sangatt pun..saya rasa 3 minggu je kot..heheh..Tak pe la..lepas ni masak bagi dia sikit  lepas tu terus mintak balik mangkuk.Mana la tahu kalau dia memang jenis yang dididik tak pe pulangkan bekas kosong..kan??mana la kita tahu..sebab cara orang ni tak sama..

sekian..

Comments

  1. ye la kan semua orang x sama

    ReplyDelete
  2. mak saya selalu pesan (dan saya ingat sampai sekarang):

    kalau orang buat baik dengan kita, kita buat baik dengan dia.

    tapi kalau orang tu buat jahat dengan kita, kita buat lagi baik dengan dia.

    'kita jangan ikut jadi jahat macam dia pulak!'

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya..paham..paham...heheh..terima kasih..tetiba terasa la sebab sebelum ni ok je dia ,tak de pulak kita hantar2 je terus dia pulangkan bekas tu..

      Delete
  3. no komen hehehhe kita bersangka baik sahaja :)

    ReplyDelete
  4. jadi saya nak sangka macam mana tu??hahah..

    ReplyDelete
  5. Xpe.. bersangka baik je sis..
    Anggap je dia xnak simpan bekas sis lama2..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ok...sejuk rasa hati ni..hahah..macam2 sangat dok fikir..heheh

      Delete
  6. Kalau akak hantar makanan kat jiran memang akak minta mangkuk balik sebab tak mahu dia susah2 nak balas.
    Yalah lain orang lain caranya...bersangka baik je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye kak..kalau dia minta masa dia hantar tu kita paham la..ni dh lama2 baru mintak.betul jugak la kata akak tu ..dia tak nak kita susah2 masak kot..tq kak..

      Delete
  7. sy kat rumah ada simpan polisterine & bekas plastik yg pakai buang tu..
    setiap kali nak bg jiran makanan sy guna bekas tu je.. xpayah pulangkan.. jiran sy pun mcm tu..so, memng kami jaranglah berbalas bekas..tp selalu hantar makanan..
    senang rasanya..
    diana trylah.. esok2 nanti masak makanan hntr rumah jiran guna bekas pakai buang je.. biarlah mengalah. fikir positif selalu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul jugak tu..kan??nanti saya nak buat gitu la..tak terfikir pulak..Mungkin dia minta tu sebab tahu saya sibuk kot ..kan?jadi dia minta la supaya tak menyusahkan..erm..tq..

      Delete
  8. HMMMM AKU RASA ADA MANGKUK JIRAN AKU BERBULAN DAH KAT RUMAH NI ...SBB DAH BERBULAN DAH AKU TAK MASAK PEPE.... KADANG TU BLK KG AKU ADA BELI PEPE BUAH TGN AKU HULUR CAMTU JE MANGKUK TU AKU LUPA NK SISIPKAN SEKALI ... MAMPUIH TAH2 DIA INGAT AKU NK MANGKUK DIA PLAK KAN ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahah...kena segerakan bagi balik tu nampaknya..order pizza la senang..isi pizza sekeping..heheheh

      Delete
  9. Kalau ikutkan, saya rasa dia bagi hint lah tu. Ala, akak rilek je. Mungkin dia malu nak cakap. Jadi, dia pakai hint. Sebab, lain orang lain style dia akak. Kita tak boleh ikut orang dan kita tak boleh paksa orang ikut kita. At least, akak dah boleh hidulah sikit macamana style jiran akak tu.

    Pasal nak bagi makanan dekat dia, takpelah. Akak teruskan je. Sebab takut nanti ada salah faham pula antara akak dan jiran. Walaupun akak kecil hati ke macamana. Yang penting niat akak tu.

    Mungkin lepas ni akak boleh guna cara untuk letak makanan dalam bekas pakai buang ke. Saya bagi pendapat je. Hehe. Cuba membayangkab keadaan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye Tia..bagi tetap bagi..kan???tak sedap pulak kalau bagi kat yang kiri tapi yang kanan tak bagi..mungkin lepas ni kena guna bekas pakai buang je la..tq Tia..lama tak singgah blog tia..:p

      Delete
    2. Seronoknye dapat berjiran dengan akak. Boleh main balas mangkuk tingkat. Hehe.

      Delete
  10. kalau saya, orang bagi apa-apa terus tukar ke bekas saya,,basuh-basuh terus pulang balik..tapi, cakap la kat jiran-jiran,,"jap ye, nak pulang bekasnya"

    ReplyDelete
  11. Mgkin jgk la kot dia nk bg hint tp tk pe lah mgkin sbb didikan dia mmg kne bg bekas org cpt2. Cam mek didikan mek bg bekas jgn ksg. Lame tk lame jgk la smpan pinggan jiran kat rumah. Hihi.

    Suka hati dia lah diana. Nnt esok esok klau dia kgsi lg mknn, terus je la bg bekas dia balik. Buat la ape ape yg sng. Agar agar ke. Beli kfc ke. Dh dia jenis tk boleh org smpan pgg lame bekas dia :)

    ReplyDelete
  12. Saya mungkin akan berfikiran yg sama kalau saya kat tempat awak. Tapi takpelah, benda dah berlaku pun. Pasni, kalau dia bagi lagi makanan; minta dia tunggu dulu utk diana pulangkan bekas on the spot. Ini umi saya selalu buat.. Kalau diana rajin masak, bolehlah berkongsi juga dengan dia atau jiran-jiran yg lain. Tapi kalau tak, it's okay. Bukan mandatori pun hal ni.. >,<

    ReplyDelete
  13. saya jenis kalau nak bagi jiran apa2 bagi pakai bekas polistrin aje. sbb senang,nanti tak la tertunggu dia nak pulangkan balik bekas. hahaha...

    ReplyDelete

Post a comment

sila tinggalkan komen anda...:)

Popular posts from this blog

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU

Assalamualaikum...

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU Rasa seronok betul bila dapat Waffle maker ni. Waffle maker ni hadiah dari Lazada Malaysia . Saya dapat Voucher Rm100 dan saya pilih Waffle maker ni .Banyak betul barang dari Lazada kat rumah ni..hahaha..Order hari ni , esoknya dah sampai..Cepat je..kan??Bila sampai terus google resepi, bancuh tepung nak buat Waffle..hahah...Nampak macam gelojoh kan?sebenarnya sebab teruja. :p
Banyak juga resepi Waffle yang saya baca..saya try 2,3 resepi tapi tak menepati citarasa .Saya suka Waffle yang tebal ,lembut ,gebu.Bila dah sejuk pun dia tetap lembut. Ada resepi yang saya cuba jadi  keras dan masak tak sekata mungkin sebab Waffle padat dan jadi keras.

Ini lah waffle yang keras tu..Dia membakar pun tak sekata..Tompok2  je..Resepi nya dari mana??tak perlu la saya bagitau..hahahah..Tapi bagi yang suka waffle keras dan padat macam ni mungkin tak jadi masalah..
Tapi selepas beberapa percubaan akhirnya dapat juga satu resepi yang kena den…

RESEPI BIHUN SUP DAGING SEDAP DAN MUDAH

Assalamualaikum...



Suka watermark yang mana??Yang gambar atas  atau gambar kat bawah nun ??saya buat watermark ni guna app kat enpon je ..hehe..jadi lah.kan.Dari tak de..Ok..lupa kan pasal watermark tu..Hari ni makcik buat bihun sup..Punya la sibuk hari ni letih tak tau nak cakap la..sekali bihun sup dah siap makan sikit punya berselera..Bihun sup ni yang sedap sangat atau makcik yang lapar..tak tahu la..hehehh..

Dah selalu buat bihun sup tapi tak pernah terlintas nak share resepi kat blog..hari ni makcik turunkan ilmu buat bihun sup pulak..Saya guna daging 1/2 kilo sahaja.lepas tu hiris nipis2 sebab yang nak makan ni budak2.Masak pun cepat lembut..senang budak2 nak kunyah.kalau buat jual tu biasa nampak dia potong  tebal2 dalam 1 inci...ada yang potong kecik2.Ikut suka ampa nak potong macam mana yang penting kuah kena sedap.

Untuk sambal pulak saya buat sambal kicap.saya memang tak reti makan bihun sup dengan sambal merah tu..rasa tak selesa bila makan serbuk cili yang di tambah air…

CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL

Assalammualaikum..



CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL Saya belum pernah ada pengalaman melihat toyol..Semoga saya tidak diberi peluang melihat nya. hahha..Orang kata toyol ni macam budak-budak yang badan bulat, kepala nya botak,  semua giginya runcing , badan nya berbulu dan berlendir.Sifatnya seperti kanak-kanak yang suka bermain.Dari apa yang digambar kan ,memang tidak la Toyol ni kita kategorikan sebagai comel..kan??hahah...

Toyol hanya boleh di lihat dengan mata kasar oleh penjaganya sahaja.Orang lain memang tak dapat nak tengok Toyol.kalau ada yang tengok Toyol mungkin ada ritual atau cara-cara tertentu nak melihat makhluk nakal ni.Nak menjaga nya pun macam jaga budak kecil.Kena diberi susu setiap pagi dan petang.Bukan susu dalam tin tu ye ..Tapi menyusu badan.Kalau yang membelanya adalah lelaki, isteri lelaki tu la akan menyusukan toyol tu.kalau tuan nya wanita, wanita tu sendiri akan menyusukan nya.Sanggup tak??hahhah

Kalau di Malaysia ni saya …