Skip to main content

RESEPI PAJERI TERUNG YANG MUDAH DAN SEDAP

Assalamualaikum..




Masa saya kecil-kecil dulu saya memang tak suka makan Pajeri.Sama ada pajeri nenas atau terung , memang tak minat la..Sebab rasa dia pelik sangat..Ada berempah dan rasa macam manis-manis sikit.Tapi bila dah berkahwin saya dapat suami yang cukup suka makanan berempah.Salah satu kegemaran dia ialah Pajeri.Disebab kan itu selepas berkahwin lah baru saya tahu macam mana nak masak Pajeri terung dan Pajeri nenas...Pantang beli nenas atau terung memang dia nak saya masak kan pajeri.Tapi tak sangka tau sebab dia kata tak pernah dia rasa pajeri yang sedap macam yang saya masak.hahahah...Puji diri sendiri tu..

Ok lah..memandangkan saya punya Pajeri taraf 5 bintang ( ekekek), jom saya nak kongsikan cra masak pajeri terung yang sanagt mudah dan sedap.

Bahan-bahan untuk memasak pajeri terung:-

2 biji terung panjang
2 sudu besar kerisik
1 cawan santan pekat
1 cawan air
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1 sudu besar udang kering
5 biji bawang merah
1 batang kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
3 kuntum bunga cengkih
2 sudu besar rempah ikan
3 sudu besar minyak masak
3 sudu besar gula merah (kalau tak de gula pasir pun boleh)
garam secukup rasa


cara-cara memasak Pajeri terung :-

-pnas kan minyak di dalam periuk.Bila dah panas tumis bunga lawang, kulit kayu manis dan bunga cengkih

-Masuk kan udang kering , bawang merah, bawang putih dan halia yang sudah dihiris halus.masak hingga kekuningan.

-masuk kan rempah ikan dan sedikit air.masak hingga pecah minyak.

-masuk kan kerisik dan gula kacau sekejp dan masukkan santan serta air.

-masuk kan terung yang sudah dibelah 2.Kalau boleh jangan belah sampai putus.

-Akhir sekali masuk kan garam.

-masak hingga pekat atau kalau yang tak suka pajeri pekat boleh angkat je lepas terung dah lembut.

Lepas tu boleh la dihidangkan...

Ada beza kalau kita guna gula merah..Kalau guna gula pasir biasa warnanya tak gelap ..tapi kalau gula gula merah warnanya gelap dan rasa dia pun lebih sedap..kadang2 saya tambah je dua-dua sekali.Setengah sudu gula merah dan setengah sudu gula pasir..

Selamat mencuba...

sekian...




Comments

  1. nice info. napok jeliro ore klatey kato..

    ReplyDelete
  2. Suka makan pajeri. Terutamanya pajeri nenas. Tapi tak pernah madak sendiri lagi.

    ReplyDelete

Post a Comment

sila tinggalkan komen anda...:)

Popular posts from this blog

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU

Assalamualaikum...

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU Rasa seronok betul bila dapat Waffle maker ni. Waffle maker ni hadiah dari Lazada Malaysia . Saya dapat Voucher Rm100 dan saya pilih Waffle maker ni .Banyak betul barang dari Lazada kat rumah ni..hahaha..Order hari ni , esoknya dah sampai..Cepat je..kan??Bila sampai terus google resepi, bancuh tepung nak buat Waffle..hahah...Nampak macam gelojoh kan?sebenarnya sebab teruja. :p
Banyak juga resepi Waffle yang saya baca..saya try 2,3 resepi tapi tak menepati citarasa .Saya suka Waffle yang tebal ,lembut ,gebu.Bila dah sejuk pun dia tetap lembut. Ada resepi yang saya cuba jadi  keras dan masak tak sekata mungkin sebab Waffle padat dan jadi keras.

Ini lah waffle yang keras tu..Dia membakar pun tak sekata..Tompok2  je..Resepi nya dari mana??tak perlu la saya bagitau..hahahah..Tapi bagi yang suka waffle keras dan padat macam ni mungkin tak jadi masalah..
Tapi selepas beberapa percubaan akhirnya dapat juga satu resepi yang kena den…

30 MENU BERBUKA PUASA YANG RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN

Assalamualaikum


Masuk je bulan ramadhan benda yang kita selalu fikir ialah nak masak apa untuk berbuka dan bersahur.kalau boleh kita nak juadah yang sedap , mudah di masak dan tak ambil masa yang lama.




Hari ni saya nak senaraikan 30 juadah lauk pauk yang kita boeh buat sepanjang ramadhan ni...Semoga lepas ni tak de la masuk je dapur dah pening kepala nak masak apa..Last2 ke bazar ramadhan juga dia merayau cari lauk..eheheh..Anggaran memasak setiap hidangan cuma dalam 10-20 minit sahaja..kalau guna dapur 2,3 tungku tak sampai sejam siap semuanya..



30 MENU BERBUKA PUASA YANG  RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN
1- Ayam masak merah + ikan goreng +acar timun

2-Daging masak kicap + ikan goreng + taugeh tumis air

3-Gulai ayam + tumis kacang buncis + ikan keli goreng

4-kurma daging + kerabu mangga + ayam berempah

5-asam pedas ikan pari + ayam goreng kunyit +sambal belacan +ulaman

6-ikan keli masak lemak + terung berlada + ayam goreng

7-singgang ikan +kangkung goreng belacan + ikan goreng

8-Sup dagi…

CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL

Assalammualaikum..



CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL Saya belum pernah ada pengalaman melihat toyol..Semoga saya tidak diberi peluang melihat nya. hahha..Orang kata toyol ni macam budak-budak yang badan bulat, kepala nya botak,  semua giginya runcing , badan nya berbulu dan berlendir.Sifatnya seperti kanak-kanak yang suka bermain.Dari apa yang digambar kan ,memang tidak la Toyol ni kita kategorikan sebagai comel..kan??hahah...

Toyol hanya boleh di lihat dengan mata kasar oleh penjaganya sahaja.Orang lain memang tak dapat nak tengok Toyol.kalau ada yang tengok Toyol mungkin ada ritual atau cara-cara tertentu nak melihat makhluk nakal ni.Nak menjaga nya pun macam jaga budak kecil.Kena diberi susu setiap pagi dan petang.Bukan susu dalam tin tu ye ..Tapi menyusu badan.Kalau yang membelanya adalah lelaki, isteri lelaki tu la akan menyusukan toyol tu.kalau tuan nya wanita, wanita tu sendiri akan menyusukan nya.Sanggup tak??hahhah

Kalau di Malaysia ni saya …