Skip to main content

RESEPI KEK BATIK RANGUP SEDAP DAN MUDAH

Assalamualaikum...



Kalau di lihat pada gambar, apa sangat la setakat kek batik yang semua orang dah tahu buat ni.pejam mata je nak buat kek batik.Bukan susah pun..Tapi sengaja la saya buat dan share gambar ni di laman sosial saya.Nak mencetuskan idea juga pada kawan-kawan yang tak tahu nak masak apa untuk raya nanti..Nak buat biskut-biskut tu macam leceh pulak sebab raya tak sampai seminggu je lagi.Mana la sempat nak buat ..kan??Dengan kerja nya lagi, dengan anak yang tengah periksa, buat je la kek batik.Senang kerja...

Saya dan anak-anak tak suka kek batik yang rasa biskutnya macam lembut dan lemau.Kami suka yang biskutnya keras.Bila gigit pun rasa rangup.Cuma bila biskut tu lembut senang la nak potong..Cantik je potongan dia tu..Tak de la berserbuk macam saya buat ni...Kalau nak buat macam saya ni nak potong nya kena hati2 sikit..sebab keras..Walaupun comot tapi sedap..Kalau lembik ,lembut, tapi tak sedap buat apa..kan??heheh

Meh la saya ajar cara nak buat kek batik yang rangup dan sedap

Bahan-bahan

1 bungkus biskut Meri. Boleh guna yang plain aau yang coklat juga.(patah kan 2 ..kalau tak nak pun tak pe..)
1 cawan majerin atau mentega
1 cawan serbuk milo
2 sudu besar serbuk coklat
1/2 tin susu pekat
1 sudu kecil esen vanila

cra-cara

1-Cairkan mentega dalam periuk..guna api kecil je.
2-Masuk kan susu pekat milo dan serbuk coklat..
3-kacau sampai milo dan coklat tak berketul..
4-masuk kan esen vanila..tutup api.
5-masuk kan biskut mery.
6-kacau sebati dan terus angkat masuk kan dalam loyang.
7-tekan-tekan supaya dia mampat dalam loyang.
8-masuk kan dalam peti sejuk lebih kurang 5-6 jam.
9-sedia untuk dihidangkan..

kalau suka boleh sedia kan topping coklat dan tuang atas kek sebelum dimasuk kan dalam peti sejuk.macam saya buat ni saya buat topping sikit dan tuang atas coklat.Kemudian saya taburkan milo kat tas dia..Korang boleh juga taburkan badam atau coklat rice.Budak-budak mesti suka..

selamat mencuba..

sekian..


Comments

  1. sedap ..kita suka tp klu yg kurang manis la ... klu ikut sukatan yg slalu share kat fb tu manis melecas... hehehe

    ReplyDelete
  2. Bukan budak aje suka Dee.
    Mak budak pun suka:)

    ReplyDelete
  3. kawan sy dia campurkn milo tu dgn bijan yg yg digoreng...sedap kak...wangi je kuih dia

    ReplyDelete
  4. k lily pernah buat 2 kali je lepas tuh dah malas hauhauahua

    ReplyDelete
  5. feveret ni.. walaupun senang tapi bila buat tak jadi sangat..haihhhh...

    ReplyDelete
  6. Nice. InsyaAllah blh jugk buat ntuk tamu dtg ni.

    ReplyDelete
  7. Pernah cuba buat sekali dulu. Tapi, macam tak berapa ok. Coklatnya jadi keras pula. Nanti nak cuba resepi yang ni lah.

    ReplyDelete
  8. Ok..cari resepi kt fb jumpe kt blog akak..mlm ni try resepi akak ni..tq kak

    ReplyDelete

Post a comment

sila tinggalkan komen anda...:)

Popular posts from this blog

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU

Assalamualaikum...

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU Rasa seronok betul bila dapat Waffle maker ni. Waffle maker ni hadiah dari Lazada Malaysia . Saya dapat Voucher Rm100 dan saya pilih Waffle maker ni .Banyak betul barang dari Lazada kat rumah ni..hahaha..Order hari ni , esoknya dah sampai..Cepat je..kan??Bila sampai terus google resepi, bancuh tepung nak buat Waffle..hahah...Nampak macam gelojoh kan?sebenarnya sebab teruja. :p
Banyak juga resepi Waffle yang saya baca..saya try 2,3 resepi tapi tak menepati citarasa .Saya suka Waffle yang tebal ,lembut ,gebu.Bila dah sejuk pun dia tetap lembut. Ada resepi yang saya cuba jadi  keras dan masak tak sekata mungkin sebab Waffle padat dan jadi keras.

Ini lah waffle yang keras tu..Dia membakar pun tak sekata..Tompok2  je..Resepi nya dari mana??tak perlu la saya bagitau..hahahah..Tapi bagi yang suka waffle keras dan padat macam ni mungkin tak jadi masalah..
Tapi selepas beberapa percubaan akhirnya dapat juga satu resepi yang kena den…

RESEPI BIHUN SUP DAGING SEDAP DAN MUDAH

Assalamualaikum...



Suka watermark yang mana??Yang gambar atas  atau gambar kat bawah nun ??saya buat watermark ni guna app kat enpon je ..hehe..jadi lah.kan.Dari tak de..Ok..lupa kan pasal watermark tu..Hari ni makcik buat bihun sup..Punya la sibuk hari ni letih tak tau nak cakap la..sekali bihun sup dah siap makan sikit punya berselera..Bihun sup ni yang sedap sangat atau makcik yang lapar..tak tahu la..hehehh..

Dah selalu buat bihun sup tapi tak pernah terlintas nak share resepi kat blog..hari ni makcik turunkan ilmu buat bihun sup pulak..Saya guna daging 1/2 kilo sahaja.lepas tu hiris nipis2 sebab yang nak makan ni budak2.Masak pun cepat lembut..senang budak2 nak kunyah.kalau buat jual tu biasa nampak dia potong  tebal2 dalam 1 inci...ada yang potong kecik2.Ikut suka ampa nak potong macam mana yang penting kuah kena sedap.

Untuk sambal pulak saya buat sambal kicap.saya memang tak reti makan bihun sup dengan sambal merah tu..rasa tak selesa bila makan serbuk cili yang di tambah air…

CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL

Assalammualaikum..



CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL Saya belum pernah ada pengalaman melihat toyol..Semoga saya tidak diberi peluang melihat nya. hahha..Orang kata toyol ni macam budak-budak yang badan bulat, kepala nya botak,  semua giginya runcing , badan nya berbulu dan berlendir.Sifatnya seperti kanak-kanak yang suka bermain.Dari apa yang digambar kan ,memang tidak la Toyol ni kita kategorikan sebagai comel..kan??hahah...

Toyol hanya boleh di lihat dengan mata kasar oleh penjaganya sahaja.Orang lain memang tak dapat nak tengok Toyol.kalau ada yang tengok Toyol mungkin ada ritual atau cara-cara tertentu nak melihat makhluk nakal ni.Nak menjaga nya pun macam jaga budak kecil.Kena diberi susu setiap pagi dan petang.Bukan susu dalam tin tu ye ..Tapi menyusu badan.Kalau yang membelanya adalah lelaki, isteri lelaki tu la akan menyusukan toyol tu.kalau tuan nya wanita, wanita tu sendiri akan menyusukan nya.Sanggup tak??hahhah

Kalau di Malaysia ni saya …