Skip to main content

MAKAN SEDAP DI WARUNG PAK JABIT

Assalamualaikum...


Saya cuti 4 hari.. Dari sabtu sampai selasa..Hari ni baru nak jenguk blog ni.Semalam memang letih la..Buka facebook , instagram pun sambil baring-baring je..Boleh tak kalau nak cerita peristiwa-peristiwa  yang berlaku sepanjang bercuti ni.??Sopan tak?siap mintak izin kau..hehehh..Nak cuba-cuba belajar tulis entry makan-makan ni.Time rajin semua nak cerita.Datang malas , nak ambik gambar pun makcik tak kuasa..heheh


Hari sabtu jam 10 pagi bertolak balik ke kampung.Risau sebenarnya nak tinggal Hero sekor2 kat rumah..Sebab dia mana pernah kena tinggal sendiri.Tapi terpaksa tinggal la..kena la biasakan..Saya pastikan dalam sangkar makanan dan minum nya cukup.tempat tidur pun selesa..Maka balik la kami dengan senang hati .



Jam 12 lebih sampai kat Batu Hampar.Singgah satu kedai makan ni..Suami saya kata "ni la kedai makan Pak Jabit.."heheheh..kalau kedai makan tepi jalan kat Perak macam ni memang suami  panggil kedai makan Pak Jabit.tak kira la tuan kedai tu nama apa pun, semua dia bedal nama Pak Jabit.Suka sangat tengok cerita Hantu Kak Limah...heheh


Memang sedap masakan kedai ni.Masing-masing order makanan kegemaran.mee rebus untuk saya, laksa untuk Maisara dan Bihun sup untuk suami..Mikhail tak makan sebab tak de selera.Tak sabar nak jumpa opah katanya..Masa makan punya la di paksa nya kami ni makan cepat sebab nak jumpa opah..Aduhai la anak..

Cendol dia..memang terbaik la..sedap sangat..Ada jagung juga..tak manis sangat..banyak pulak tu.kalau siapa lalu jalan Batu Hampar nak ke Beruas tu boleh la singgah..Kedai dia belah kiri.


Nak tahu tak??semalam petang kita orang kemalangan tau.Kereta dilanggar dari belakang.Laju kereta belakang tu sondol kereta kitaorang.Sampai sakit kepala makcik terhentak kat tempat duduk tu.Mujur la anak tak apa2.Kemek depan belakang la abang waja kita orang tu..Yang langgar tu lelaki cina.terus dia ajak pi bengkel dan dia bayar semua kos rawatan abang waja..Kereta depan kami tu dia bayar rm100+ sebab belakang nya calar dan no plat patah hancur berkecai.. .Rm1000+ kos rawatan dia bayar untuk abang waja kami...4, 5 hari lagi siap la kot.Untuk sementara ni kitaorang bertapa la kat rumah..


Makcik dengan pakcik ko mula la berkira-kira nak tukar kereta lain..Ni dah dua kali tau kereta di langgar.kali pertama  dulu langgar tepi..tak de kemek ke apa..Yang kali ni teruk sikit,..
Ok tu je la nak cerita..Tak pandai nak tulis2 cerita peribadi ni..jadi penutup nya macam ni je la..bye,


sekian..

Comments

  1. Singgah sambil tinggalkan jejak.. :)
    dugaan sungguh ya..sabar ya...
    meh la singgah blog nieyl :)

    ReplyDelete
  2. SEDAPNYA CENDOL TU MSTI KENYANG MKN TU...KESIAN DEE ITULAH MALANG XBERBUAU WALAU KITA DH PUAS BERHATI-HATI....

    ReplyDelete
  3. tengok makanan tu lapaqqq cheq :) takpe, disebalik dugaan tu mesti Allah nak bagi kesenangan hari depan insyaAllah :)

    ReplyDelete
  4. kihkih..ingat betul2 nama owner dia pak jambit..rupanya kene panggil pak jambit..huhu

    ReplyDelete

Post a comment

sila tinggalkan komen anda...:)

Popular posts from this blog

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU

Assalamualaikum...

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU Rasa seronok betul bila dapat Waffle maker ni. Waffle maker ni hadiah dari Lazada Malaysia . Saya dapat Voucher Rm100 dan saya pilih Waffle maker ni .Banyak betul barang dari Lazada kat rumah ni..hahaha..Order hari ni , esoknya dah sampai..Cepat je..kan??Bila sampai terus google resepi, bancuh tepung nak buat Waffle..hahah...Nampak macam gelojoh kan?sebenarnya sebab teruja. :p
Banyak juga resepi Waffle yang saya baca..saya try 2,3 resepi tapi tak menepati citarasa .Saya suka Waffle yang tebal ,lembut ,gebu.Bila dah sejuk pun dia tetap lembut. Ada resepi yang saya cuba jadi  keras dan masak tak sekata mungkin sebab Waffle padat dan jadi keras.

Ini lah waffle yang keras tu..Dia membakar pun tak sekata..Tompok2  je..Resepi nya dari mana??tak perlu la saya bagitau..hahahah..Tapi bagi yang suka waffle keras dan padat macam ni mungkin tak jadi masalah..
Tapi selepas beberapa percubaan akhirnya dapat juga satu resepi yang kena den…

RESEPI BIHUN SUP DAGING SEDAP DAN MUDAH

Assalamualaikum...



Suka watermark yang mana??Yang gambar atas  atau gambar kat bawah nun ??saya buat watermark ni guna app kat enpon je ..hehe..jadi lah.kan.Dari tak de..Ok..lupa kan pasal watermark tu..Hari ni makcik buat bihun sup..Punya la sibuk hari ni letih tak tau nak cakap la..sekali bihun sup dah siap makan sikit punya berselera..Bihun sup ni yang sedap sangat atau makcik yang lapar..tak tahu la..hehehh..

Dah selalu buat bihun sup tapi tak pernah terlintas nak share resepi kat blog..hari ni makcik turunkan ilmu buat bihun sup pulak..Saya guna daging 1/2 kilo sahaja.lepas tu hiris nipis2 sebab yang nak makan ni budak2.Masak pun cepat lembut..senang budak2 nak kunyah.kalau buat jual tu biasa nampak dia potong  tebal2 dalam 1 inci...ada yang potong kecik2.Ikut suka ampa nak potong macam mana yang penting kuah kena sedap.

Untuk sambal pulak saya buat sambal kicap.saya memang tak reti makan bihun sup dengan sambal merah tu..rasa tak selesa bila makan serbuk cili yang di tambah air…

CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL

Assalammualaikum..



CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL Saya belum pernah ada pengalaman melihat toyol..Semoga saya tidak diberi peluang melihat nya. hahha..Orang kata toyol ni macam budak-budak yang badan bulat, kepala nya botak,  semua giginya runcing , badan nya berbulu dan berlendir.Sifatnya seperti kanak-kanak yang suka bermain.Dari apa yang digambar kan ,memang tidak la Toyol ni kita kategorikan sebagai comel..kan??hahah...

Toyol hanya boleh di lihat dengan mata kasar oleh penjaganya sahaja.Orang lain memang tak dapat nak tengok Toyol.kalau ada yang tengok Toyol mungkin ada ritual atau cara-cara tertentu nak melihat makhluk nakal ni.Nak menjaga nya pun macam jaga budak kecil.Kena diberi susu setiap pagi dan petang.Bukan susu dalam tin tu ye ..Tapi menyusu badan.Kalau yang membelanya adalah lelaki, isteri lelaki tu la akan menyusukan toyol tu.kalau tuan nya wanita, wanita tu sendiri akan menyusukan nya.Sanggup tak??hahhah

Kalau di Malaysia ni saya …