Skip to main content

INI KELEBIHAN BILA JADI SURIRUMAH SEPENUH MASA

Assalamualaikum...



Saya ni bukan orang yang aktif diwaktu pagi.Biasanya bila anak dah pergi sekolah, suami pi kerja saya dengan anak saya ni akan baring bergolek2 depan tv..tarik langsir ni bagi gelap..Lepas tu tengok tv la..sampai jam 11 ..Lepas tu bangun kemas2 rumah,sambil mesin basuh melakukan tugas nya dan saya memasak untuk anak yang balik sekolah nanti..

Sebab tu kadang2 lepas jam 2 petang baru nak update blog ni.hehehe...tapi ada jugak suri rumah yang dia bangun pagi, habis je solat subuh terus buat kerja rumah, basuh memasak sampai jam 11 pagi..kemudian baru dia rehat2 sampai petang..



Orang kata jadi surirumah ni memang kerja tak pernah habis.tapi yang bestnya kerja-kerja dalam rumah ni kita boleh tangguh-tangguh..Macam saya bukan hari-hari  saya basuh baju..selang sehari baru basuh baju.Sekali basuh untuk 2 hari punya..memang penuh la ampaian tu..hehhe..

Jimat masa buat gitu sebab letih nya sekali..Hari yang kita tak basuh baju tu kita boleh buat benda lain.Contohnya cuci longkang.Jangan la rasa bila jadi suri rumah ni ,asyik buat kerja rumah je..Nanti ada pulak yang takut nak jadi suri rumah.



Ada wanita yang rasa dunia dia dah berakhir bila dia jadi surirumah.Dia rasa terkongkong , tak bebas dan sebagainya.Sedangkan menjadi suriruamh ni adalah kerja yang bagi banyak kelebihan pada wanita tu sendiri.Dia ada lebih masa untuk bersama keluarga, lebih masa untuk beribadat dan yang paling best dia sendiri yang tentukan apa kerja dia nak buat..hahah

Tapi ada juga wanita yang memang berharap akan dapat jadi surirumah sepenuh masa tapi keadaan tak mengizinkan.Tak pe la..Buat masa ni kerja la dulu.Nanti dah ada peluang, rezeki lebih boleh jadi surirumah, buat kerja2 atas talian macam saya ni.. :)

sekian..

Comments

  1. Yes, mek pn klau bleh nk jd suri rumh smbil niaga online. Tp apkan daya, rzeki online bkn ntuk mek lg ntuk mse skang 😔

    ReplyDelete
  2. insyaAllah one day nk jd fulltime housewife jugak...buat ms ni part time housewife je..kehkeh

    ReplyDelete
  3. lain orang lain caranya.
    shark pn tringin nak keje dari umah.
    jadi surirumah tu tak terpikir lg :p

    ReplyDelete
  4. Mula2 dulu isteri kata nak kerja, dan hantar anak ke pusat asuhan UTC je..tiba2 tahun 2015 dan 2015 lepas bnyak kes dera bayi, terus batalkan niat kerja..dan jadi fulltime housewife..tabik spring dekat wife aku..:)

    ReplyDelete
  5. KERJA KAT RUMAH DRPD CELIK MATA SAMPAI TUTUP MATA BARU SELESAI HH..HEH..

    ReplyDelete
  6. teringin jugak nk jd suri rumah.. insyaallah satu hari nnt mmg akan tercapai..

    ReplyDelete
  7. saya ikut timing sendiri nak buat kerja rumah. baju 2 hari sekali basuh sebab nak penuhkan mesin basuh. Almaklum la 3 beranak je. Berapa sangat baju pakai 1 hari. Lain2 tu saya buat ikut keselesaan saya. Masak tak payah rushing.. kadang2 masak. kadang2 suami kata tak payah masak.. cuti masak. selebihnya buat kerja2 kat blog.. buat homeschooling untuk anak.. tu kelebihan jadi surirumah & duduk asing dari mak bapak & mertua. tak payah nak ikut protokol sangat hahaha

    ReplyDelete
  8. Salam Jumaat…Sally singgah ni haaa~

    Mmg byk untung kalau jd surirumah...takde la penat sangat macam yg ibu-ibu blk keja, terus kemas bla bla bla..kan...tp tetap respek! :)

    ReplyDelete
  9. walaupun akak surirumah separuhmasa akak ttp respek surirumah sepenuhmasa...
    bila sabtu ahad duk umah je tak pi mana2 oh penatnya....

    ReplyDelete
  10. Dulu time anak kecik lagi memang teringin sangat nak jadi suri rumah sepenuh masa. Tapi sekarang dah kurang.

    ReplyDelete

Post a Comment

sila tinggalkan komen anda...:)

Popular posts from this blog

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU

Assalamualaikum...

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU Rasa seronok betul bila dapat Waffle maker ni. Waffle maker ni hadiah dari Lazada Malaysia . Saya dapat Voucher Rm100 dan saya pilih Waffle maker ni .Banyak betul barang dari Lazada kat rumah ni..hahaha..Order hari ni , esoknya dah sampai..Cepat je..kan??Bila sampai terus google resepi, bancuh tepung nak buat Waffle..hahah...Nampak macam gelojoh kan?sebenarnya sebab teruja. :p
Banyak juga resepi Waffle yang saya baca..saya try 2,3 resepi tapi tak menepati citarasa .Saya suka Waffle yang tebal ,lembut ,gebu.Bila dah sejuk pun dia tetap lembut. Ada resepi yang saya cuba jadi  keras dan masak tak sekata mungkin sebab Waffle padat dan jadi keras.

Ini lah waffle yang keras tu..Dia membakar pun tak sekata..Tompok2  je..Resepi nya dari mana??tak perlu la saya bagitau..hahahah..Tapi bagi yang suka waffle keras dan padat macam ni mungkin tak jadi masalah..
Tapi selepas beberapa percubaan akhirnya dapat juga satu resepi yang kena den…

30 MENU BERBUKA PUASA YANG RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN

Assalamualaikum


Masuk je bulan ramadhan benda yang kita selalu fikir ialah nak masak apa untuk berbuka dan bersahur.kalau boleh kita nak juadah yang sedap , mudah di masak dan tak ambil masa yang lama.




Hari ni saya nak senaraikan 30 juadah lauk pauk yang kita boeh buat sepanjang ramadhan ni...Semoga lepas ni tak de la masuk je dapur dah pening kepala nak masak apa..Last2 ke bazar ramadhan juga dia merayau cari lauk..eheheh..Anggaran memasak setiap hidangan cuma dalam 10-20 minit sahaja..kalau guna dapur 2,3 tungku tak sampai sejam siap semuanya..



30 MENU BERBUKA PUASA YANG  RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN
1- Ayam masak merah + ikan goreng +acar timun

2-Daging masak kicap + ikan goreng + taugeh tumis air

3-Gulai ayam + tumis kacang buncis + ikan keli goreng

4-kurma daging + kerabu mangga + ayam berempah

5-asam pedas ikan pari + ayam goreng kunyit +sambal belacan +ulaman

6-ikan keli masak lemak + terung berlada + ayam goreng

7-singgang ikan +kangkung goreng belacan + ikan goreng

8-Sup dagi…

CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL

Assalammualaikum..



CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL Saya belum pernah ada pengalaman melihat toyol..Semoga saya tidak diberi peluang melihat nya. hahha..Orang kata toyol ni macam budak-budak yang badan bulat, kepala nya botak,  semua giginya runcing , badan nya berbulu dan berlendir.Sifatnya seperti kanak-kanak yang suka bermain.Dari apa yang digambar kan ,memang tidak la Toyol ni kita kategorikan sebagai comel..kan??hahah...

Toyol hanya boleh di lihat dengan mata kasar oleh penjaganya sahaja.Orang lain memang tak dapat nak tengok Toyol.kalau ada yang tengok Toyol mungkin ada ritual atau cara-cara tertentu nak melihat makhluk nakal ni.Nak menjaga nya pun macam jaga budak kecil.Kena diberi susu setiap pagi dan petang.Bukan susu dalam tin tu ye ..Tapi menyusu badan.Kalau yang membelanya adalah lelaki, isteri lelaki tu la akan menyusukan toyol tu.kalau tuan nya wanita, wanita tu sendiri akan menyusukan nya.Sanggup tak??hahhah

Kalau di Malaysia ni saya …