Skip to main content

"I LAPAR TAPI TAK TAHU NAK ORDER APA..."

Assalamualaikum..



Korang pernah tak kalau bawak anak-anak keluar makan masing-masing  tahu nak oder apa.?kalau pernah , sangat berbeza dengan anak-anak saya. Anak-anak saya dalam kereta dah bagitau siap-siap nak makan  apa.Siap dengan air sekali.tapi selalunya air tu terpaksa dibatalkan pesanan nya sebab dah ditetapkan anak-anak hanya boleh minum air masak yang ibu dah siap bekal ni..hahahah

Rasanya restoran kena buat list order macam ni la..supaya mak ayah tak pening kepala...


Tapi mengikut pengalaman saya , budak-budak sekarang ni memang dia kalau makan kat luar pandai je diaorang pilih menu kegemaran diaorang.Yang selalu buat perangi ni biasanya orang perempuan. Yang jenis nak manja2 ni..
Bila suami tanya.." you nak makan apa Yang..?"

"Tak tahu la Bi..i rasa nak yang masam2 je.."

"tomyam boleh..?"

"Tak mau la..nanti pedas..i kan ada gastrik.."

errrr...pelayan yang ambik order tu menggigil je pegang pen rasa nak cocok2 je perempuan tu..hahaha..

Tu belum  kalau berdepan dengan pasangan kekasih..Lagi parah..

" lapar ..tapi tak tahu nak makan apa.."

"burger nak tak?"

"tak mau la..i diet..I nak makan buah-buah je la.."

"ok..i order rojak untuk you.."

"tak mau..tak mau..I suka buah tapi malam ni rasa tak nak makan buah.."

Rasa nak bagi makan penampor je orang macam ni..kan??


hahahahah...

Apa pun kalau korang nak keluar makan sepanjang jalan tu dah kena fikir siap-siap apa nak di pesan.Bukan apa..kadang-kadang perangai kita ni buat orang susah dan serba salah...


sekian...



Comments

  1. Hahaha...makcik makan apa yg makcik dapat telan je..tapi kekadang jemu juga dengan menu yg sama..

    ReplyDelete
  2. HEH..HEH,.PENAT NK MELAYAN ORG BANYAK SONGEH NI..

    ReplyDelete
  3. selalunya aku lah macam tu...sampai kedai pening tak tahu nak order apa...wife pulak dia memang dah planning bagitau je nak makan kat mana dia dah set apa dia nak makan...

    ReplyDelete
  4. biasa kalau tak tahu nak makan ape kena tengok menu dulu..hehe

    ReplyDelete
  5. haha.. sy suka mkan yg laki pesan.. maksudnya makanan dia, bukan makan sy.. entah kenapa dlm pinggang husband mcm best.

    ReplyDelete
  6. Oh, bab macam ni dah biasa berlakulah dalam my family. Anak-anak biasanya takda power nak memilih tapi bila sampai kedai mana nak tuju, tanyalah masing-masing nak makan apa. Kalau macam kami suami isteri ni, sebelum sampai tempat makan tu yang bermasalah, kejap-kejap tukar arah. Kalau dah sampai senang aje, order apa yang nampak macam sedap jerk!

    'I takda ngengada dengan suami I sebabnya kalau ngengada sangat nanti suami I hempuk dengan kerusi makan in public. I is kenalah jaga maruah ^_^'

    ReplyDelete
  7. Geram juga kalau bawa orang yang susah nak decide nak makan apa ni...yang ambil order tu mesti tension je...hehe

    ReplyDelete
  8. kalau saya apaun saya makan lah....:)

    ReplyDelete

Post a comment

sila tinggalkan komen anda...:)

Popular posts from this blog

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU

Assalamualaikum...

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU Rasa seronok betul bila dapat Waffle maker ni. Waffle maker ni hadiah dari Lazada Malaysia . Saya dapat Voucher Rm100 dan saya pilih Waffle maker ni .Banyak betul barang dari Lazada kat rumah ni..hahaha..Order hari ni , esoknya dah sampai..Cepat je..kan??Bila sampai terus google resepi, bancuh tepung nak buat Waffle..hahah...Nampak macam gelojoh kan?sebenarnya sebab teruja. :p
Banyak juga resepi Waffle yang saya baca..saya try 2,3 resepi tapi tak menepati citarasa .Saya suka Waffle yang tebal ,lembut ,gebu.Bila dah sejuk pun dia tetap lembut. Ada resepi yang saya cuba jadi  keras dan masak tak sekata mungkin sebab Waffle padat dan jadi keras.

Ini lah waffle yang keras tu..Dia membakar pun tak sekata..Tompok2  je..Resepi nya dari mana??tak perlu la saya bagitau..hahahah..Tapi bagi yang suka waffle keras dan padat macam ni mungkin tak jadi masalah..
Tapi selepas beberapa percubaan akhirnya dapat juga satu resepi yang kena den…

RESEPI BIHUN SUP DAGING SEDAP DAN MUDAH

Assalamualaikum...



Suka watermark yang mana??Yang gambar atas  atau gambar kat bawah nun ??saya buat watermark ni guna app kat enpon je ..hehe..jadi lah.kan.Dari tak de..Ok..lupa kan pasal watermark tu..Hari ni makcik buat bihun sup..Punya la sibuk hari ni letih tak tau nak cakap la..sekali bihun sup dah siap makan sikit punya berselera..Bihun sup ni yang sedap sangat atau makcik yang lapar..tak tahu la..hehehh..

Dah selalu buat bihun sup tapi tak pernah terlintas nak share resepi kat blog..hari ni makcik turunkan ilmu buat bihun sup pulak..Saya guna daging 1/2 kilo sahaja.lepas tu hiris nipis2 sebab yang nak makan ni budak2.Masak pun cepat lembut..senang budak2 nak kunyah.kalau buat jual tu biasa nampak dia potong  tebal2 dalam 1 inci...ada yang potong kecik2.Ikut suka ampa nak potong macam mana yang penting kuah kena sedap.

Untuk sambal pulak saya buat sambal kicap.saya memang tak reti makan bihun sup dengan sambal merah tu..rasa tak selesa bila makan serbuk cili yang di tambah air…

CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL

Assalammualaikum..



CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL Saya belum pernah ada pengalaman melihat toyol..Semoga saya tidak diberi peluang melihat nya. hahha..Orang kata toyol ni macam budak-budak yang badan bulat, kepala nya botak,  semua giginya runcing , badan nya berbulu dan berlendir.Sifatnya seperti kanak-kanak yang suka bermain.Dari apa yang digambar kan ,memang tidak la Toyol ni kita kategorikan sebagai comel..kan??hahah...

Toyol hanya boleh di lihat dengan mata kasar oleh penjaganya sahaja.Orang lain memang tak dapat nak tengok Toyol.kalau ada yang tengok Toyol mungkin ada ritual atau cara-cara tertentu nak melihat makhluk nakal ni.Nak menjaga nya pun macam jaga budak kecil.Kena diberi susu setiap pagi dan petang.Bukan susu dalam tin tu ye ..Tapi menyusu badan.Kalau yang membelanya adalah lelaki, isteri lelaki tu la akan menyusukan toyol tu.kalau tuan nya wanita, wanita tu sendiri akan menyusukan nya.Sanggup tak??hahhah

Kalau di Malaysia ni saya …