Skip to main content

GEMPAR: BIDAN TARIK KEPALA BAYI HINGGA PUTUS

Assalamualaikum...

Terkejut dan sedih bila baca cerita tentang  satu kejadian memilukan yang berlaku di Bogor, jawa Barat ni..Masa nak melahirkan anak bidan tarik bayi keluar sampai putus kepala bayi tu.
.
Malang nasib yang menimpa seorang wanita berusia 23  tahun dari Kota Bogor, Jawa Barat  yang sedang menanti saat melahirkan bayi.Ketika dalam kesakitan menanti kelahiran bayinya , Yanti yang dibantu seorang bidan untuk melahirkan bayinya terpaksa dikejarkan ke hospital apabila kepala bayi terputus ketika bidan tersebut menarik keluar bayinya.




Dia terpaksa dikejarkan ke hospital untuk mengeluarkan bayi dari rahim nya kerana  bahagian badan bayi masih berada dalam rahim si ibu.

Menurut pihak polis ketika serbuan dilakukan di rumah bidan itu, papan tanda di depan rumah bidan tersebut sudah diturunkan.Papan tanda tersebut memang sebelum ini sengaja di gantung di depan rumahnya untuk mendapatkan pelanggan dan meyakin kan orang ramai untuk mendapatkan khidmat dan rawatan darinya.

Bidan berusia 37 tahun tersebut sudah pun di tahan dan menurut siasatan bidan tersebut hanya lah bidan palsu yang hanya berkelulusan sekolah menengah.


Untuk membela diri, bidan tersebut mendakwa bayi Yanti sebenarnya sudah meninggal sejak di dalam kandungan menyebabkan kepala bayi mudah putus ketika di tarik keluar.

Menurut salah seorang ahli keluarga Yanti, malam itu Yanti dibawa ke rumah bidan tersebut untuk melahirkan anak.Bidan juga menerangkan kalau bayinya masih belum keluar dan dalam proses menunggu. Tapi ketika hendak mencuci pakaian bekas bersalin dia terkejut kerana terdapat kepala bayi di dalam kain tersebut.

Keadaan yanti kini stabil dan badan bayi sudah dikeluarkan manakala Bidan palsu tersebut sedang menanti hari menunggu hukuman dijatuhkan.

sekian...

Comments

  1. Itu sebabnya kita disuruh bersalin kt hospital. In case kalau berlaku hal hal mcm nilah... Takut dgr... Nauzubillah....

    ReplyDelete
  2. Ngeri ngko ... Kesian kat baby & ibu tu ...

    ReplyDelete
  3. Ngeri ngko ... Kesian kat baby & ibu tu ...

    ReplyDelete
  4. allahu, mintak jauhhhhh. penat mengandung anakkk

    ReplyDelete
  5. Kesian sangat, tak dapat gambarkan perasaan si ibu :(

    ReplyDelete
  6. kesian.. entah mcm mane si ibu lepas ni..

    ReplyDelete
  7. how stupid bidan tu.. ehhh nak marah pulak rasa.. ni yg jenis mata duitan punya orang. takde kelulusan jadi bidan tapi nak buat duit mudah. dia ingat senang ke nak bersalin?
    bila dah melalui proses bersalin tu, saya memang agak sensitif kes2 macam ni.
    harap si ibu tu tabahlah, takut terkena angin royan. lagi esian.
    pfffttt..

    ReplyDelete
  8. ya allah ksiannya.ngeri bca cite2 gini

    ReplyDelete
  9. aku tak paham sgt ceritanye ... sape yg cuci pakaian tu ... bc byk kali pun tak paham ehehe ....

    mungkin kos bersalin kat hopsital kat indon mahal sbb tu ramai yg cr bidan kot .. klu kat malaysia ni jgn nk buat pasal la ... beranak je kat spital

    ReplyDelete
  10. Heiiii ngerinya....sampai boleh putus ek.
    Yelah...dalam dunia ni ada je cara org sanggup nak menipu demi sesuap nasi....

    ReplyDelete

Post a Comment

sila tinggalkan komen anda...:)

Popular posts from this blog

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU

Assalamualaikum...

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU Rasa seronok betul bila dapat Waffle maker ni. Waffle maker ni hadiah dari Lazada Malaysia . Saya dapat Voucher Rm100 dan saya pilih Waffle maker ni .Banyak betul barang dari Lazada kat rumah ni..hahaha..Order hari ni , esoknya dah sampai..Cepat je..kan??Bila sampai terus google resepi, bancuh tepung nak buat Waffle..hahah...Nampak macam gelojoh kan?sebenarnya sebab teruja. :p
Banyak juga resepi Waffle yang saya baca..saya try 2,3 resepi tapi tak menepati citarasa .Saya suka Waffle yang tebal ,lembut ,gebu.Bila dah sejuk pun dia tetap lembut. Ada resepi yang saya cuba jadi  keras dan masak tak sekata mungkin sebab Waffle padat dan jadi keras.

Ini lah waffle yang keras tu..Dia membakar pun tak sekata..Tompok2  je..Resepi nya dari mana??tak perlu la saya bagitau..hahahah..Tapi bagi yang suka waffle keras dan padat macam ni mungkin tak jadi masalah..
Tapi selepas beberapa percubaan akhirnya dapat juga satu resepi yang kena den…

30 MENU BERBUKA PUASA YANG RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN

Assalamualaikum


Masuk je bulan ramadhan benda yang kita selalu fikir ialah nak masak apa untuk berbuka dan bersahur.kalau boleh kita nak juadah yang sedap , mudah di masak dan tak ambil masa yang lama.




Hari ni saya nak senaraikan 30 juadah lauk pauk yang kita boeh buat sepanjang ramadhan ni...Semoga lepas ni tak de la masuk je dapur dah pening kepala nak masak apa..Last2 ke bazar ramadhan juga dia merayau cari lauk..eheheh..Anggaran memasak setiap hidangan cuma dalam 10-20 minit sahaja..kalau guna dapur 2,3 tungku tak sampai sejam siap semuanya..



30 MENU BERBUKA PUASA YANG  RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN
1- Ayam masak merah + ikan goreng +acar timun

2-Daging masak kicap + ikan goreng + taugeh tumis air

3-Gulai ayam + tumis kacang buncis + ikan keli goreng

4-kurma daging + kerabu mangga + ayam berempah

5-asam pedas ikan pari + ayam goreng kunyit +sambal belacan +ulaman

6-ikan keli masak lemak + terung berlada + ayam goreng

7-singgang ikan +kangkung goreng belacan + ikan goreng

8-Sup dagi…

CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL

Assalammualaikum..



CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL Saya belum pernah ada pengalaman melihat toyol..Semoga saya tidak diberi peluang melihat nya. hahha..Orang kata toyol ni macam budak-budak yang badan bulat, kepala nya botak,  semua giginya runcing , badan nya berbulu dan berlendir.Sifatnya seperti kanak-kanak yang suka bermain.Dari apa yang digambar kan ,memang tidak la Toyol ni kita kategorikan sebagai comel..kan??hahah...

Toyol hanya boleh di lihat dengan mata kasar oleh penjaganya sahaja.Orang lain memang tak dapat nak tengok Toyol.kalau ada yang tengok Toyol mungkin ada ritual atau cara-cara tertentu nak melihat makhluk nakal ni.Nak menjaga nya pun macam jaga budak kecil.Kena diberi susu setiap pagi dan petang.Bukan susu dalam tin tu ye ..Tapi menyusu badan.Kalau yang membelanya adalah lelaki, isteri lelaki tu la akan menyusukan toyol tu.kalau tuan nya wanita, wanita tu sendiri akan menyusukan nya.Sanggup tak??hahhah

Kalau di Malaysia ni saya …