Skip to main content

BETUL KE TENGOK STATISTIK BLOGGER LAIN BOLEH BUAT BLOGGER RASA RENDAH DIRI

Assalamualaikum...




Nak tahu tak macam mana saya mula datang minat nak tulis blog dulu?Semuanya bermula dengan melihat blog orang lain.Masa tu saya suka baca blog Eyriqazz.com.Itu lah blog pertama yang berjaya membuatkan saya berminat nak tulis blog.Dia suka kongsi turun naik blog dia..Dia menang peraduan la, dia dapat hadiah dari advertiser, dia dapat sponser bercuti.Dia dapat pi event blogger..Semua tu buat saya berminat nak ada blog juga.

Saya tak tahu macam mana orang lain boleh rasa down bila lihat statistik blogger lain?Sebab sebagai seorang blogger itu adalah perkara yang sangat menyeronok kan.Bila kita dapat tengok statistik blogger lain kita akan rasa lebih semangat nak menulis.Itu Yang saya rasa sepanjang lebih 6 tahun saya menulis di blog ni.Jangan kan statistik..Orang kongsi keyword  blog pun saya kemain teruja .hahahApa lagi kalau kongsi tentang income dari blogging ni..seronok tengok oi..

Bila saya berkongsi statistik blog ,saya tak pernah terfikir nak menunjuk-nunjuk.Bagi saya orang kena tahu statistik blog saya.Orang juga kena tahu yang saya terima bayaran untuk tulis review.Orang kena tahu yang saya seorang blogger ,.Orang kena tahu blog saya selalu dapat job berbayar untuk memperkenalkan sesuatu.Sebab itu saya sedia berkongsi semua tentang blog saya dengan orang lain.

Banyak kali saya pesan pada kawan-kawan blogger yang rapat dengan saya supaya berkongsi apa saja tentang blog kita di media sosial.Itu saja cara supaya orang nampak blog kita..Tapi ada yang malu, ada yang tak yakin..Yang sebenarnya uv tinggi ka rendah ka, kalau  berani share statistik blog kita maknanya kita betul-betul serius dengan blog kita.Bila kita dah share dengan orang lain, akan datang kita akan kongsi statistik blog kita yang dah meningkat banyak berbanding apa yang kita kongsi hari ini.Bila dapat advertorial job tu bagi tau je kat orang.Mana tahu ada rakan-rakan kita yang lain nak guna juga khidmat kita..Lama-lama nanti baru la orang percaya nak bayar kita untuk menulis.

Saya seorang blogger yang tak suka bersaing dengan blogger lain.Saya suka bersaing dengan diri sendiri.Hari ni pageview 10k..esok saya nekad nak lawan untuk dapat pageview 15k..Itu cara saya..Jadi sebab tu saya rasa saya tak pernah nak ada rasa marah, benci, dengki, rendah diri bila lihat statistik blogger lain.

Tapi bukan lah 24 jam kami bercerita pasal blog je..Macam saya sehari sekali kena la share pasal blog..Tapi lain2 masa ada jugak bercerita pasal anak, masak-masak, jalan-jalan  dan sebagainya.Tapi mungkin yang orang ramai nampak di media sosial tu cuma pasal blog je sebab rakan facebook saya ramai blogger.Jadi bila cerita pasal blog je ramai yang  nak like dan komen.Blogger memang macam tu la..Suka cerita dan baca tentang blogging ni.Kalau awak tak minat nak baca benda2 gini awak mungkin bukan blogger yang betul2 ada minat.Awak cuma ikut2 orang je..Awak cuma nak join comunity blogger ni atas sebab2 tertentu yang hanya awak sendiri saja tahu.Blogging kena ada minat.Tak boleh ikut2 orang je..

Pesanan saya untuk blogger-blogger yang mudah rasa dengki, iri hati , rendah diri tiap kali bogger lain kongsi apa2 perkembangan tentang blog dia, sampaikan rasa nak terjun tangga,nak hantuk kepala kat dinding...Minggu ni cuti sekolah ada banyak kem2 motivasi untuk pelajar sekolah..Pergi lah join kem-kem motivasi tu..Yang darjah 6 pun ada..Pergi bina keyakinan diri awak yang tak berapa matang tu.Awak tak sesuai untuk jadi blogger..

Kalau nak tau lagi kenapa blogger suka cerita pasal blog dia..pasal review pasal duit, pasal unit visitor dan pageview meh baca sini..

sekian..

Comments

  1. hahaha.. tu yang pelik ada yang anggap blogger kongsi traffic blog sebagai riak . lepas tu statement paling tak boleh blah bila ada yang cakap blogger yang traffic blog rendah akan down bila tengok statistik blog orang lain yg UV/PV tinggi. Bagi saya kalau jenis blogger yang down tgk kejayaan blog orang mohon pergi tutup blog jer... memang tak layak jadi blogger. sikit2 nak putus asa

    ReplyDelete
  2. selalu jugak pasan blogger yang tunjuk trafik blog dorang kat fb..takat ni tak jeles..tapi duk pikir macamana nak capai tahap macam blogger tu utk dapat trafik kencang...

    ReplyDelete
  3. blog sy mmg kurg pembca sbb sy kurg menulis.ketandusan idea untuk mngarang.

    ReplyDelete
  4. Saya selalu jadikan semangat bila nampak blogger lain share statistik, review, menang percutian dan sebagainya..

    ReplyDelete
  5. kene buang penyakit dengki ni.. kalau jeles, usaha lebih sikit. cuba kaji knp blogger lain dpt banyak views.

    ReplyDelete
  6. yg tak blogger jd gitu takpe gak kak
    ada yg mmg blogger pun gtu apa kee hall.. heheh

    ReplyDelete
  7. Alahaiii.. Itu pon nak rasa down ker. Amik yg positive lah. Usaha lah klo nak trafik deras mcm DR ni 😀

    ReplyDelete
  8. PV 10K BUKAN SENANG NK DPT TU KALAU XSUNGGUH2 BLOGGING

    ReplyDelete
  9. Allahuakbar bagusnye tips ni... Penerangan yang paling tenang dan penuh makna.. Thankz Diana... :)

    ReplyDelete
  10. uiii puluh ribu. mek belas belas je. tapi tak kesah la kan. masing masing pandai la tarik reader :) nak dengki kenapa pulak :)

    ReplyDelete
  11. hheheh macam budak kecik pulak main dengki dengki ni. sepatutnya jadikan motivasi. camner lah nak jadikan belas puluh ribu tu. kita sehari paling gempak 300 je -,-'

    ReplyDelete
  12. Bila tgk statistik blog org lain yg hebat hebat, rasa motivated untuk capai macam tu juga. Jadi inspirasi :-)

    ReplyDelete
  13. Kongsi statistik blog dah jadi rutin bulanan saya... Suka je kongsikan sbg motivasi diri sendiri... Tak fikir nak menunjuk ke hapa... Selain peluang dan Job untuk kita juga... Kita takde nak tayang muka, pergi event blogger sana sini..join group tertentu..jadi itu cara kita nak perkenalkan blog kita utk org kenal dan yakin dengan blog kita...

    ReplyDelete

Post a Comment

sila tinggalkan komen anda...:)

Popular posts from this blog

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU

Assalamualaikum...

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU Rasa seronok betul bila dapat Waffle maker ni. Waffle maker ni hadiah dari Lazada Malaysia . Saya dapat Voucher Rm100 dan saya pilih Waffle maker ni .Banyak betul barang dari Lazada kat rumah ni..hahaha..Order hari ni , esoknya dah sampai..Cepat je..kan??Bila sampai terus google resepi, bancuh tepung nak buat Waffle..hahah...Nampak macam gelojoh kan?sebenarnya sebab teruja. :p
Banyak juga resepi Waffle yang saya baca..saya try 2,3 resepi tapi tak menepati citarasa .Saya suka Waffle yang tebal ,lembut ,gebu.Bila dah sejuk pun dia tetap lembut. Ada resepi yang saya cuba jadi  keras dan masak tak sekata mungkin sebab Waffle padat dan jadi keras.

Ini lah waffle yang keras tu..Dia membakar pun tak sekata..Tompok2  je..Resepi nya dari mana??tak perlu la saya bagitau..hahahah..Tapi bagi yang suka waffle keras dan padat macam ni mungkin tak jadi masalah..
Tapi selepas beberapa percubaan akhirnya dapat juga satu resepi yang kena den…

30 MENU BERBUKA PUASA YANG RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN

Assalamualaikum


Masuk je bulan ramadhan benda yang kita selalu fikir ialah nak masak apa untuk berbuka dan bersahur.kalau boleh kita nak juadah yang sedap , mudah di masak dan tak ambil masa yang lama.




Hari ni saya nak senaraikan 30 juadah lauk pauk yang kita boeh buat sepanjang ramadhan ni...Semoga lepas ni tak de la masuk je dapur dah pening kepala nak masak apa..Last2 ke bazar ramadhan juga dia merayau cari lauk..eheheh..Anggaran memasak setiap hidangan cuma dalam 10-20 minit sahaja..kalau guna dapur 2,3 tungku tak sampai sejam siap semuanya..



30 MENU BERBUKA PUASA YANG  RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN
1- Ayam masak merah + ikan goreng +acar timun

2-Daging masak kicap + ikan goreng + taugeh tumis air

3-Gulai ayam + tumis kacang buncis + ikan keli goreng

4-kurma daging + kerabu mangga + ayam berempah

5-asam pedas ikan pari + ayam goreng kunyit +sambal belacan +ulaman

6-ikan keli masak lemak + terung berlada + ayam goreng

7-singgang ikan +kangkung goreng belacan + ikan goreng

8-Sup dagi…

CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL

Assalammualaikum..



CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL Saya belum pernah ada pengalaman melihat toyol..Semoga saya tidak diberi peluang melihat nya. hahha..Orang kata toyol ni macam budak-budak yang badan bulat, kepala nya botak,  semua giginya runcing , badan nya berbulu dan berlendir.Sifatnya seperti kanak-kanak yang suka bermain.Dari apa yang digambar kan ,memang tidak la Toyol ni kita kategorikan sebagai comel..kan??hahah...

Toyol hanya boleh di lihat dengan mata kasar oleh penjaganya sahaja.Orang lain memang tak dapat nak tengok Toyol.kalau ada yang tengok Toyol mungkin ada ritual atau cara-cara tertentu nak melihat makhluk nakal ni.Nak menjaga nya pun macam jaga budak kecil.Kena diberi susu setiap pagi dan petang.Bukan susu dalam tin tu ye ..Tapi menyusu badan.Kalau yang membelanya adalah lelaki, isteri lelaki tu la akan menyusukan toyol tu.kalau tuan nya wanita, wanita tu sendiri akan menyusukan nya.Sanggup tak??hahhah

Kalau di Malaysia ni saya …