Skip to main content

ALHAMDULILLAH..SAYA JUGA DIUJI SEPERTI ORANG LAIN

Assalamualaikum..



Teragak-agak nak menulis hari ni.Sejak 2 hari lepas saya alami selsema dan batuk yang teruk.Ini hari ke 3 dan keadaan beransur baik.Selsema dah berkurangan .Hanya batuk saja yang saya rasa sesekali datang macam nak tercabut kerongkong ni dibuatnya.

Tak dapat nak lama-lama di depan skrin komputer sebab cahaya nya buat saya makin sakit kepala.Jadi saya hanya online sekali sekala.Tu pun untuk selesaikan beberapa kerja yang belum siap.Alhamdulillah dah siap semua kerja , sekarang ni saya tumpu pada laman sosial saya saja.Post gambar-gambar untuk review dan membalas email-email yang penting.Sesekali singgah ke facebook rakan-rakan untuk tunjuk kan yang saya masih hidup.hahahah

Diusia 36 saya sangat risau kalau-kalau saya ada penyakit kronik.Kebanyakan wanita diusia ni akan dibelenggu dengan masalah kesihatan yang tak putus-putus.Darah tinggi, diabetis, masalah sakit puan dan sebagainya.Tapi Alhamdulillah..saya tak diberi ujian sebegitu.

Sebab itu bila saya diserang selsema dan batuk seperti sekarang saya masih berusaha untuk bangun dan menyempurnakan tanggungjawab saya.Itu cara saya untuk bersyukur diatas segaa nikmat kesihatan yang Allah berikan pada saya , suami dan anak-anak.

Kita semua ada bahagian masing-masing.Saya tak diberi ujian dengan kesakitan tapi di bahagian lain saya juga diuji seperti orang lain.Apa pun saya tetap bersyukur dan akan terus kuat demi keluarga saya.


sekian..


Comments

  1. Lain orang, lain ujiannya kan kak.

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah... ujian tanda Allah sayang...

    ReplyDelete
  3. Saya pun dah mula rasa macam nak batuk ni.
    Sakit perit tekak ni.. :(
    Semoga kita berdua mudah dan cepat sembuh ye ^_^

    ReplyDelete
  4. smoga cepat baik :) allah uji kita sbb allah syg kita

    ReplyDelete
  5. rezeki masing2 kan....

    moga cpt sihat ye... jgn lupe mkn ubat

    ReplyDelete
  6. Moga cepat sembuh DR.... Namanya pun manusia DR, tak pernah sunyi untuk diuji. Moga kita tak diuji dengan perkara yg tak termampu kita nak pikul huhu....

    ReplyDelete
  7. moga cpt sihat ya kak.

    xpe, skt itu pghpus dosa.

    jgn lupa ubat ya.

    ReplyDelete
  8. Ujian kita selalunya berbeza, mengikut kemampuan kita untuk menangani ujian yang datang. Semoga Diana cepat sembuh dari batuk dan selsema tu.

    ReplyDelete
  9. Baru tahu umur kak Diana :)
    Moga cepat sembuh...

    ReplyDelete
  10. diana 36 ? omg .. kakaka .. tp nampak muda

    ReplyDelete

Post a Comment

sila tinggalkan komen anda...:)

Popular posts from this blog

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU

Assalamualaikum...

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU Rasa seronok betul bila dapat Waffle maker ni. Waffle maker ni hadiah dari Lazada Malaysia . Saya dapat Voucher Rm100 dan saya pilih Waffle maker ni .Banyak betul barang dari Lazada kat rumah ni..hahaha..Order hari ni , esoknya dah sampai..Cepat je..kan??Bila sampai terus google resepi, bancuh tepung nak buat Waffle..hahah...Nampak macam gelojoh kan?sebenarnya sebab teruja. :p
Banyak juga resepi Waffle yang saya baca..saya try 2,3 resepi tapi tak menepati citarasa .Saya suka Waffle yang tebal ,lembut ,gebu.Bila dah sejuk pun dia tetap lembut. Ada resepi yang saya cuba jadi  keras dan masak tak sekata mungkin sebab Waffle padat dan jadi keras.

Ini lah waffle yang keras tu..Dia membakar pun tak sekata..Tompok2  je..Resepi nya dari mana??tak perlu la saya bagitau..hahahah..Tapi bagi yang suka waffle keras dan padat macam ni mungkin tak jadi masalah..
Tapi selepas beberapa percubaan akhirnya dapat juga satu resepi yang kena den…

30 MENU BERBUKA PUASA YANG RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN

Assalamualaikum


Masuk je bulan ramadhan benda yang kita selalu fikir ialah nak masak apa untuk berbuka dan bersahur.kalau boleh kita nak juadah yang sedap , mudah di masak dan tak ambil masa yang lama.




Hari ni saya nak senaraikan 30 juadah lauk pauk yang kita boeh buat sepanjang ramadhan ni...Semoga lepas ni tak de la masuk je dapur dah pening kepala nak masak apa..Last2 ke bazar ramadhan juga dia merayau cari lauk..eheheh..Anggaran memasak setiap hidangan cuma dalam 10-20 minit sahaja..kalau guna dapur 2,3 tungku tak sampai sejam siap semuanya..



30 MENU BERBUKA PUASA YANG  RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN
1- Ayam masak merah + ikan goreng +acar timun

2-Daging masak kicap + ikan goreng + taugeh tumis air

3-Gulai ayam + tumis kacang buncis + ikan keli goreng

4-kurma daging + kerabu mangga + ayam berempah

5-asam pedas ikan pari + ayam goreng kunyit +sambal belacan +ulaman

6-ikan keli masak lemak + terung berlada + ayam goreng

7-singgang ikan +kangkung goreng belacan + ikan goreng

8-Sup dagi…

CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL

Assalammualaikum..



CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL Saya belum pernah ada pengalaman melihat toyol..Semoga saya tidak diberi peluang melihat nya. hahha..Orang kata toyol ni macam budak-budak yang badan bulat, kepala nya botak,  semua giginya runcing , badan nya berbulu dan berlendir.Sifatnya seperti kanak-kanak yang suka bermain.Dari apa yang digambar kan ,memang tidak la Toyol ni kita kategorikan sebagai comel..kan??hahah...

Toyol hanya boleh di lihat dengan mata kasar oleh penjaganya sahaja.Orang lain memang tak dapat nak tengok Toyol.kalau ada yang tengok Toyol mungkin ada ritual atau cara-cara tertentu nak melihat makhluk nakal ni.Nak menjaga nya pun macam jaga budak kecil.Kena diberi susu setiap pagi dan petang.Bukan susu dalam tin tu ye ..Tapi menyusu badan.Kalau yang membelanya adalah lelaki, isteri lelaki tu la akan menyusukan toyol tu.kalau tuan nya wanita, wanita tu sendiri akan menyusukan nya.Sanggup tak??hahhah

Kalau di Malaysia ni saya …