Skip to main content

8 SEBAB KENAPA PERLU DAPATKAN HONOR 8

Assalamualaikum..


8 SEBAB KENAPA PERLU DAPATKAN HONOR 8 - Saya ni kalau nak beli smartphone mesti nak cari smartphone yang kameranya bagus.Biasala..orang perempuan memang macam tu .Apa-apa smartphone pun mesti nak kameranya yang mampu menghasilkan gambar yang cantik.Senang nak selfie..haha..Jenama Huawei salah satau jenama smartphone yang sedang mendapat perhatian ramai kerana kualiti nya .Baru-baru ni Huawei memperkenalkan Honor 8 dan  ada bebarapa perkara mengenai Honor 8  yang membuatkan smartphone ni perlu dimiliki.Dan yang paling saya suka dah tentu lah kerana kameranya .. :) kat Lazada pun dah ada jual Honor 8.kalau nak tengok-tengok dulu boleh klik sini.



Dual kamera terbaik untuk abadikan kenangan indah...




Dengan fungsi dual kamera belakang nya dengan 12 megapixel manakal untuk kamera depan 8 megapixel ianya menjadikan  gambar yang kita ambil memang cantik .Belum pernah merasa lagi la guna smartphone yang ada dual kamera di belakang.Tapi saya boleh bayang kan gambar yang diambil pasti memuaskan hati.



Reka bentuk menarik buat mereka yang bercitarasa tinggi




Reka bentuk premium yang licin, elegan dan ergonomik menjadikan Honor 8 nampak mewah dan sesuai untuk mereka bercitarasa tinggi.Bahagian sisi  Honor 8 yang diperbuat dari logam juga menjadikan ianya cukup sempurna. Apa yang saya paling suka ialah.smartphone ini didatangkan dengan 5 warna menarik iaitu Pearl White, Sunrise Gold, Midnight Black, Sakura Pink, Sapphire Blue ..dan saya sudah pasti akan memilih pearl White. :)




Fingerprint Scanner untuk lebih ciri-ciri keselamatan 





Huawei Honor 8 juga dilengkapi dengan  ciri-ciri keselamatan yang dipertingkatkan , seperti Fingerprint scanner .Ianya lebih selamat digunakan berbanding kita guna no pin atau pasword .Dengan Fingerprint scanner ni juga kita boleh buat transaksi apa pun dengan menggunakan smartphone Honor 8.




Bateri yang tahan lama 





Honor 8 sangat sesuai untuk mereka yang setiap masa menggunakan smartphone untuk pelbagai urusan kerana bateri nya ni berkapasiti 3000 MH .Nak charge pun cepat dan ianya non removeable.So bila terjatuh ke tak la terpelanting bateri entah kemana.hahaha..



Kuasa Audio yang wow sangat..





Terdapat tambahan mikrophone pada Honor 8 untuk menjadikan suara korang  lebih jelas dan kuat apabila bunyi dimainkan pada smartphone korang . jadi kalau korang nak dengar lagu ke atau nak jawab phone pun memang puas hati .Bunyi macam speaker korang tu besar sangat tau..



Paparan yang memuaskan 




Dengan skrin layar berukuran 5.2 inci , rasanya Honor 8 memang cukup untuk kita katakan sebagai smartphone yang menepati citarasa pengguna masa kita.Di tambah dengan paparan HD pada layar skrin seumpama menonton video dengan layar yang besar.Ianya pasti akan memberikan pengalaman berbeza untuk mereka yang menggunakan Honor 8 .jangan risau tentang kesihatan mata korang sebab ianya di lengkapi dengan "eye-care mode fillters".so boleh tonton video lama-lama.




Komunikasi  dan sambungan  wifi yang pantas



Honor 8 mempunyai antena double yang kuat untuk menarik isyarat komunikasi untuk memastikan korang sentiasa mempunyai ekses yang pantas dan terbaik.Yang ni untuk yang suka download video dan filem, kaki online games memang sesuai la..




Smart Control untuk memudahkan kawalan pada alat elektronik lain



Keistimewaan lain  honor 8 ni ialah apabila ianya boleh dijadikan alat kawalan jauh untuk  pelbagai peralatan elektronik seperti  tv korang atau pun   penyaman udara .Best..kan??tengah syok-syok layari internet , cari remote aircond tak jumpa pulak..Tak pe Honor 8 kan ada...hehehe..


Ha..Korang pun teruja jugak la tu..kan?Apa kata  layari laman web Lazada di sini untuk  dapatkan Honor 8 korang dan mula mencipta kenangan paling indah bersama smartphone Honor 8  :)

Lazada's My Cybersale is happening on 26 - 30 Sept. Check it out!




sekian...


Comments

  1. Betul tu. Kalau cari smartphone memang nak kamera yang cantik sebabnya ambil gambar tak pandai sangat. Kehkehkeh!

    ReplyDelete

Post a comment

sila tinggalkan komen anda...:)

Popular posts from this blog

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU

Assalamualaikum...

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU Rasa seronok betul bila dapat Waffle maker ni. Waffle maker ni hadiah dari Lazada Malaysia . Saya dapat Voucher Rm100 dan saya pilih Waffle maker ni .Banyak betul barang dari Lazada kat rumah ni..hahaha..Order hari ni , esoknya dah sampai..Cepat je..kan??Bila sampai terus google resepi, bancuh tepung nak buat Waffle..hahah...Nampak macam gelojoh kan?sebenarnya sebab teruja. :p
Banyak juga resepi Waffle yang saya baca..saya try 2,3 resepi tapi tak menepati citarasa .Saya suka Waffle yang tebal ,lembut ,gebu.Bila dah sejuk pun dia tetap lembut. Ada resepi yang saya cuba jadi  keras dan masak tak sekata mungkin sebab Waffle padat dan jadi keras.

Ini lah waffle yang keras tu..Dia membakar pun tak sekata..Tompok2  je..Resepi nya dari mana??tak perlu la saya bagitau..hahahah..Tapi bagi yang suka waffle keras dan padat macam ni mungkin tak jadi masalah..
Tapi selepas beberapa percubaan akhirnya dapat juga satu resepi yang kena den…

RESEPI BIHUN SUP DAGING SEDAP DAN MUDAH

Assalamualaikum...



Suka watermark yang mana??Yang gambar atas  atau gambar kat bawah nun ??saya buat watermark ni guna app kat enpon je ..hehe..jadi lah.kan.Dari tak de..Ok..lupa kan pasal watermark tu..Hari ni makcik buat bihun sup..Punya la sibuk hari ni letih tak tau nak cakap la..sekali bihun sup dah siap makan sikit punya berselera..Bihun sup ni yang sedap sangat atau makcik yang lapar..tak tahu la..hehehh..

Dah selalu buat bihun sup tapi tak pernah terlintas nak share resepi kat blog..hari ni makcik turunkan ilmu buat bihun sup pulak..Saya guna daging 1/2 kilo sahaja.lepas tu hiris nipis2 sebab yang nak makan ni budak2.Masak pun cepat lembut..senang budak2 nak kunyah.kalau buat jual tu biasa nampak dia potong  tebal2 dalam 1 inci...ada yang potong kecik2.Ikut suka ampa nak potong macam mana yang penting kuah kena sedap.

Untuk sambal pulak saya buat sambal kicap.saya memang tak reti makan bihun sup dengan sambal merah tu..rasa tak selesa bila makan serbuk cili yang di tambah air…

CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL

Assalammualaikum..



CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL Saya belum pernah ada pengalaman melihat toyol..Semoga saya tidak diberi peluang melihat nya. hahha..Orang kata toyol ni macam budak-budak yang badan bulat, kepala nya botak,  semua giginya runcing , badan nya berbulu dan berlendir.Sifatnya seperti kanak-kanak yang suka bermain.Dari apa yang digambar kan ,memang tidak la Toyol ni kita kategorikan sebagai comel..kan??hahah...

Toyol hanya boleh di lihat dengan mata kasar oleh penjaganya sahaja.Orang lain memang tak dapat nak tengok Toyol.kalau ada yang tengok Toyol mungkin ada ritual atau cara-cara tertentu nak melihat makhluk nakal ni.Nak menjaga nya pun macam jaga budak kecil.Kena diberi susu setiap pagi dan petang.Bukan susu dalam tin tu ye ..Tapi menyusu badan.Kalau yang membelanya adalah lelaki, isteri lelaki tu la akan menyusukan toyol tu.kalau tuan nya wanita, wanita tu sendiri akan menyusukan nya.Sanggup tak??hahhah

Kalau di Malaysia ni saya …