Skip to main content

5 PERKARA MENARIK DI BATU FERINGGHI YANG KORANG PATUT TAHU

Assalamualaikum...



Sejak akhir-akhir  ni, Pulau Pinang sering menjadi bualan orang ramai. Di media sosial, post-post menarik mengenai negeri ini menjadi viral sampai kadang-kadang saya sendiri pun rasa teringin nak berjalan-jalan ke seluruh neggeri Pulau Pinang ni. Terkenal dengan kekayaan dan kepelbagaian budaya masyarakat setempat, negeri ini juga menjadi tarikan pelancong dari seluruh pelusuk dunia kerana faktor keindahan alam sekitar di samping kemudahan tempat penginapan dan pengangkutan serta prasarana lain yang serba lengkap. Bukan itu sahaja, kerjasama antara badan-badan kerajaan, NGO dan penduduk setempat di sini menjadikan negeri ini sangat terkenal sebagai destinasi pelancongan. Bagi yang selalu ke sini, korang mesti dah tau kan tempat-tempat menarik yang boleh dilawati di sini. Bagi yang belum, post ini akan membantu korang. Keep on reading to begin your discovery ;)



1- Tempat penginapan yang awesome menanti korang di sini.Terdapat lebih daripada 50 buah hotel in Penang  yang menyediakan tempat bermalam yang selesa mengikut citarasa dan keperluan pelancong. Di Batu Feringghi hotels, korang berpeluang menikmati bukan sekadar pengalaman penginapan yang menakjubkan malah hiburan yang berpanjangan dari pagi sampai ke malam! Pelbagai kelas tempat penginapan yang ada di sini, bermula dari BnB, dorm, hotel bajet sampai la ke penginapan lima bintang.


2- Yahong Art Gallery. Bagi peminat-peminat seni batik, galeri ini semestinya menjadi tempat wajib untuk korang. Galeri yang dimilik oleh Chuah Thean Teng ini dibuka untuk orang ramai bermula dari 10 pagi sehingga pukul 10 malam dan tiada bayaran masuk dikenakan. Pelbagai hasil seni bertemakan batik dipamerkan di sini dan korang berpeluang untuk melihat corak-corak batik dilakarkan di medium-medium selain kertas. Haa, sangat kreatif kan diaorang ni?



3- Taman Negara Pulau Pinang. Percutian ke negeri ini takkan lengkap kalau korang tak ke sini. Dengan kawasan seluas 1213 hektar yang meliputi darat dan lautan ini telah sekian lama menjadi tempat kajian para saintis selain menjadi tarikan bagi mereka yang cintakan keindahan flora dan fauna. Tempat yang kaya dengan biodiversiti tumbuhan dan haiwan ini diwartakan menjadi taman negara selari dengan usaha kerajaan dalam memelihara alam sekitar dan hasil bumi di sini. Bagi korang yang sukakan fotografi berkonsepkan alam, tempat ini mungkin boleh memberikan inspirasi, lagi-lagi bagi yang tengah kekeringan idea.

4- Moonlight Bay’s Wet World Wild yang terletak di Batu Feringgi ini merupakan tempat yang sangat sesuai bagi korang yang sukakan aktiviti air. Terdapat sepuluh bouncy inflatable game stations yang sangat-sangat fun untuk korang cuba. Taman laut ini beroperasi dari pukul 8 pagi hingga 6 petang dan bayaran masuk ke sini ialah RM30. Tapi kena cepat la ye sebab mereka hanya akan membenarkan beberapa orang pengunjung saja ke dalam taman tema ini untuk satu-satu masa. Lepas penat bermain, korang boleh plan untuk terus bermalam di sini kerana terdapat banyak excellent Batu Feringghi hotels di sekitar kawasan ni.





5- Penang Night Market yang terdapat di kawasan perisisiran pantai di Batu Feringghi menjadi tarikan pengunjung untuk membeli-belah di samping mencuba pelbagai jenis batu Feringghi food yang lazat. Pengalaman membeli-belah di sini sememangnya berbeza dengan tempat lain kerana korang boleh tawar menawar dengan penjual yang rata-ratanya sangat friendly dan tak kedekut ..hihi. Dengan bermodalkan kurang RM100, korang dah boleh beli macam-macam jenis cenderahati untuk dibawa pulang. Bukan tu je, bagi korang yang sukakan printed T-shirt yang comel-comel tu, kat sini la tempatnya. Cakap pasal makanan pulak, asam laksa, char kue tiau, rojak pasembor, jeruk buah, lok chin dan macam-macam lagi local food yang dijual. Yang paling penting kalau ke sini, korang mesti cuba makanan-makanan yang ada, kalau tak nanti takut menyesal.


Amacam, best tak? Rugi laa kalau korang tak try tengok dan rasa sendiri pengalaman kat sini. Lagi-lagi tempat dalam negeri sendiri. Takyah guna passport dan bajet pun tak la sebanyak untuk melancong ke luar negara, heheh....

sekian...

Comments

  1. kena amik masa beberapa hari baru best dok round sana.hehe

    ReplyDelete
  2. teringinnya nk pi ke sana...
    selain tempatnya yg best.... penang terkenal ngn makanan yg sedap2

    ReplyDelete
  3. Rasa macam nak pergi lagi ke Penang tahun ni. Every year pergi pun takpa, cuti-cuti dalam Malaysia bajet tak besar mana ^_^

    ReplyDelete
  4. lama tak pi penang, bilalah dapat pi ek huhauhauahua

    ReplyDelete
  5. dulu selalu ke sini.. kakak duk sini.. tp dh lama sgt..zmn sek rendah..time tu pom dh rsa hebat dh batu feringhi..skarang msti mkin best

    ReplyDelete
  6. Ohhh menarik jugak tu.....Taman Tema air laut gitu.
    Pernah ke Penang gak dulu tapi mcm tak de pape je....agaknya tak reti nak mencari aktiviti yg best kot

    ReplyDelete

Post a comment

sila tinggalkan komen anda...:)

Popular posts from this blog

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU

Assalamualaikum...

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU Rasa seronok betul bila dapat Waffle maker ni. Waffle maker ni hadiah dari Lazada Malaysia . Saya dapat Voucher Rm100 dan saya pilih Waffle maker ni .Banyak betul barang dari Lazada kat rumah ni..hahaha..Order hari ni , esoknya dah sampai..Cepat je..kan??Bila sampai terus google resepi, bancuh tepung nak buat Waffle..hahah...Nampak macam gelojoh kan?sebenarnya sebab teruja. :p
Banyak juga resepi Waffle yang saya baca..saya try 2,3 resepi tapi tak menepati citarasa .Saya suka Waffle yang tebal ,lembut ,gebu.Bila dah sejuk pun dia tetap lembut. Ada resepi yang saya cuba jadi  keras dan masak tak sekata mungkin sebab Waffle padat dan jadi keras.

Ini lah waffle yang keras tu..Dia membakar pun tak sekata..Tompok2  je..Resepi nya dari mana??tak perlu la saya bagitau..hahahah..Tapi bagi yang suka waffle keras dan padat macam ni mungkin tak jadi masalah..
Tapi selepas beberapa percubaan akhirnya dapat juga satu resepi yang kena den…

RESEPI BIHUN SUP DAGING SEDAP DAN MUDAH

Assalamualaikum...



Suka watermark yang mana??Yang gambar atas  atau gambar kat bawah nun ??saya buat watermark ni guna app kat enpon je ..hehe..jadi lah.kan.Dari tak de..Ok..lupa kan pasal watermark tu..Hari ni makcik buat bihun sup..Punya la sibuk hari ni letih tak tau nak cakap la..sekali bihun sup dah siap makan sikit punya berselera..Bihun sup ni yang sedap sangat atau makcik yang lapar..tak tahu la..hehehh..

Dah selalu buat bihun sup tapi tak pernah terlintas nak share resepi kat blog..hari ni makcik turunkan ilmu buat bihun sup pulak..Saya guna daging 1/2 kilo sahaja.lepas tu hiris nipis2 sebab yang nak makan ni budak2.Masak pun cepat lembut..senang budak2 nak kunyah.kalau buat jual tu biasa nampak dia potong  tebal2 dalam 1 inci...ada yang potong kecik2.Ikut suka ampa nak potong macam mana yang penting kuah kena sedap.

Untuk sambal pulak saya buat sambal kicap.saya memang tak reti makan bihun sup dengan sambal merah tu..rasa tak selesa bila makan serbuk cili yang di tambah air…

CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL

Assalammualaikum..



CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL Saya belum pernah ada pengalaman melihat toyol..Semoga saya tidak diberi peluang melihat nya. hahha..Orang kata toyol ni macam budak-budak yang badan bulat, kepala nya botak,  semua giginya runcing , badan nya berbulu dan berlendir.Sifatnya seperti kanak-kanak yang suka bermain.Dari apa yang digambar kan ,memang tidak la Toyol ni kita kategorikan sebagai comel..kan??hahah...

Toyol hanya boleh di lihat dengan mata kasar oleh penjaganya sahaja.Orang lain memang tak dapat nak tengok Toyol.kalau ada yang tengok Toyol mungkin ada ritual atau cara-cara tertentu nak melihat makhluk nakal ni.Nak menjaga nya pun macam jaga budak kecil.Kena diberi susu setiap pagi dan petang.Bukan susu dalam tin tu ye ..Tapi menyusu badan.Kalau yang membelanya adalah lelaki, isteri lelaki tu la akan menyusukan toyol tu.kalau tuan nya wanita, wanita tu sendiri akan menyusukan nya.Sanggup tak??hahhah

Kalau di Malaysia ni saya …