Wednesday, 21 September 2016

5 FESYEN LELAKI YANG KURANG DIGEMARI RAMAI WANITA

Assalamualaikum...

Cakap pasal fesyen , memang orang perempuan lah juaranya.Tapi bagi orang lelaki tak ramai yang peduli dengan fesyen.Apa yang ada asal boleh dipakai cukup la.Kadang-kadang apa yang lelaki tu pakai atau gayakan tak sedap  untuk dipandang oleh kaum wanita.Rasa macam.."eii...apasal dia pakai macam tu.."kan?? Lagi pulak lelaki tu adalah pasangan kita ..Mula la nak buat-buat tak kenal.hahahaha

Jom kita nak cerita pasal fesyen yang kebanyakan perempuan tak suka.

1-v-neck



Baju dengan leher bentuk v mungkin digemari oleh ramai wanita tapi untuk dijadikan sebagai pakaian lelaki rasanya tak sedap untuk wanita pandang.Tambahan pula jika lelaki tersebut mempunyai bulu dada.ianya bukan sahaja kelihatan lucu malah ada yang menganggap ianya sanagt menjijik kan.

2-Jambang dan berjanggut


Ramai lelaki yang merasakan menyimpan jambang serta janggut yang panjang akan membuatkan dia kelihatan lebih macho dan nampak berani.namun sebalik nya bagi sebahagian wanita.Mereka merasakan lelaki yang berjambang sebagai pengotor dan  selekah  .Ada wanita yang tidak berselera makan jika berdepan dengan lelaki yang mempunyai jambang yang panjang dan kerinting.

Jadi kalau nak simpan jambang tak payah la ada janggut.kalau nak ada janggut tak payah simpang jambang..pandangan orang pada kita pun kena jaga tau..

3-tidak berbulu dada


Bagi sesetangah wanita  lelaki wajib berbulu dada.Ianya melambangkan lelaki tersebut seksi.trend sekarang kebanyakan lelaki akan mencukur bulu dada terutamanya dikalangan atlit kerana mudah berpeluh dan mengganggu keselesaan mereka.Ada juga lelaki yang mencukur buli dada untuk menonjolkan otot dada mereka.

4-Skinny jeans



Tak ada salahnya jika lelaki memakai skinny jeans Yapi jika skinny jeans yang dipakai terlalu ketat akan menjejaskan penampilan anda.Tak kira wanita atau lelaki.Mungkin ianya perkara biasa jika kita lihat wanita memakai skinny jeans.Tapi bagi wanita jika lelaki yang memakai skinny jeans ianya sungguh tak boleh diterima.Sangat menggangu pandangan dan menjejaskan penampilan kaum  lelaki

5-Seluar pendek/hotpants


Lelaki sering mengenakan seluar pendek ketika bersukan.Seluar paras lutut itu sudah biasa kita lihat dipakai oleh kaum lelaki.Tapi jika seluar tersebut hanya diparas peha ianya kurang digemari oleh wanita.Apa lagi jika lelaki tersebut mempunya bulu kaki yang banyak dan ianya akan mengganggu pandangan orang sekeliling.


Ok..lepas ni ambik perhatian ye..Mungkin ada yang suka dan tak kisah tentang perkara-perkara diatas ni..tapi kalau ada yang tak suka apa salahnya kita dapatkan khidmat nasihat orang lain sebelum menggayakan sesuatu pakaian.Lagi2 kita lakukan untuk orang yang kita sayang...:)

Kadang tu kita cuma fikir perasaan orang yang suka kita je.Tapi yang tak suka langsung kita tak peduli..tak boleh macam tu.kalau orang tak suka kita buat la bagi dia suka..


sekian..

11 comments:

  1. setuju... mmg tak sesuai pakai2an n gaya gini

    ReplyDelete
  2. Kelakar tgk yg part pakai skinny jeans tu... Nmpk mcm pelik pulak...

    ReplyDelete
  3. semua di atas :) alhamdulillah bukan dari yang macam tu

    ReplyDelete
  4. huuuu yg berbulu tu aduiyaiii hahah

    ReplyDelete
  5. haha...saya pun menyampah kalau ada lelaki yang gayakan fesyen macam ni kak..HAHA

    ReplyDelete
  6. Skinny jeans Dan suar pendek mmg paling tak suka... Berbulu dada..kalau dh spesis takde nak buat cmne ye dK... Jambang kalau serabut mmg tak suka..tapi kalau pandai rapikan nampak smart kan...

    ReplyDelete
  7. v-neck & skinny jean tu pesyen perempuan sebenarnya.. kenapalah lelaki nak cuba.. T_T

    ReplyDelete
  8. V shaped tu macam lebih sesuai utk kita org perempuan Dee
    Lagi yg skinny pants tu melekat semacam aje.

    ReplyDelete
  9. Tak berkenan sangat dengan yang hat skinny gila. Mak aih.

    ReplyDelete
  10. tak gemo lelaki pakai seluar ketat2...uhuk...

    ReplyDelete
  11. Yup saya memang tak suka semuanya..Lagi2 yang pakai seluar ketat lepas tu tak pakai stokin..Macam selekeh je rasanya kan? Kena pulak seluar pendek gila, tak macho dan tak hensem langsung..Tapi saya suka yang ada jambang tapi pandai trim..Jenis yang terjaga lepas tu kalau makan cam selekeh je huhu

    ReplyDelete

sila tinggalkan komen anda...:)

'; (function() { var dsq = document.createElement('script'); dsq.type = 'text/javascript'; dsq.async = true; dsq.src = '//' + disqus_shortname + '.disqus.com/embed.js'; (document.getElementsByTagName('head')[0] || document.getElementsByTagName('body')[0]).appendChild(dsq); })();