Tuesday, 2 August 2016

TIPS MUDAH ATASI RASA TERTEKAN DI TEMPAT KERJA

Assalamualaikum...




Teringat masa zaman saya bekerja dulu, saya ni kurang bercakap dengan orang.Ada sorang dua je kawan baik yang saya boleh bergurau dan berbual , yang boleh luahkan perasaan dan bercerita apa sahaja.Saya kurang stress di tempat kerja mungkin sebab saya tak de masalah dengan dengan orang.Ye la.dah berbual pun tak cemana nak cari masalah..Hhehehe..

Tapi bukan semua orang macam saya..hahahha..Kadang2 ada banyak sebab kenapa kita stress di tempat kerja.mungkin disebabkan keadaan dan orang sekeliling.Stress di tempat kerja ni kalau tak diatasi boleh mempengaruhi prestasi kerja awak..Saya nak bagi sikit tips untuk awak semua yang mudah rasa stress dan tertekan di tempat kerja ni.


1-Kecewa
Seringkali kita berasa kecewa dengan rakan sekerja yang gagal menjalankan tugasan berkumpulan yang sudah tentu boleh  membuatkan prestasi kerja awak di pandang rendah oleh ketua awak.Itu belum lagi sikap orang atasan yang buat kita kecil hati dan murung seharian.Senaraikan diatas kertas apa perkara yang membuatkan anda kecewa.Kemudian cuba fikir perkara tersebut dari sudut yang berbeza.Anggap ianya sebai satu perkara positif.Sedikit sebanyak perasaan kecewa awak akan berkurangan.



2-cemas
Tiba-tiba sahaja perasaan cemas datang membuatkan awak tak senang duduk.Mula rasa berpeluh dan sakit perut.Bertenang..Cuba fikirkan perkara2 yang membuatkan awak seronok bekerja..Atau awak boleh fikirkan apa perkara yang awak akan lakukan setelah habis waktu kerja.Apa pun yang berlaku yang pasti masa kerja akan tamat dan awak akan pulang kerumah seperti biasa. :)



3-Marah
Siapa yang tak pernah marah ketika bekerja?Tapi jangan sampai ianya boleh menjejaskan prestasi kerja awak dan juga orang lain.Imej awak juga mungkin akan tercalar dengan sikap amarah awak..Tak semestinya bila kita marah kita perlu meluahkan rasa marah itu.Kadangkala diam lebih baik..

Kita ada pilihan untuk rasa bahagia atau pun tidak..kalau betul2 awak nak rasa bahagia JANGAN sesekali memilih untuk bersedih..:)

sekian..

5 comments:

  1. julia suka layan muzik kt headphone...sambil buat keje kita enjoy hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. aida layan kat radio jer.
      nyanyi sensorang dlm bilik...

      Delete
  2. sy tido je bila bukak mata, da smpi waktu blk hahahaha gaji buta hahahaha (xde laa gitu)

    ReplyDelete
  3. keje dan stress memang tiada berpisah.
    kena positif.
    kena releks.
    sebab, kalu over stress, aida rasa lebih parah!

    ReplyDelete
  4. No.1 dan 2 tu biasalah terjadi. Selalunya saya masuk washroom. Rileks-rileks sekejap, lepas tu balik semula ke tempat duduk. Kalau dilayan rasa kecewa dan marah, memang satu kerja pun tak boleh nak dibuat!

    ReplyDelete

sila tinggalkan komen anda...:)

'; (function() { var dsq = document.createElement('script'); dsq.type = 'text/javascript'; dsq.async = true; dsq.src = '//' + disqus_shortname + '.disqus.com/embed.js'; (document.getElementsByTagName('head')[0] || document.getElementsByTagName('body')[0]).appendChild(dsq); })();