Skip to main content

TERKEJUT SAYA MASIH LETAK HARGA MURAH UNTUK REVIEW DI BLOG

Assalamualaikum..



 Saya pernah sembang dengan sorang adik blogger ni pasal bayaran untuk review.Dia terkejut saya letak harga 50 je...berapa punya lama dah harga 50 tu tau..dari 2 tahun lepas kot...Tapi lepas sembang dengan dia beberapa minggu lepas saya nak try la saja2 nak letak harga 100 macam dia cadangkan..tapi tu la..kesian oi..kadang2 depa buat ayat " saya baru niaga.." saya cari duit untuk belajar je kak,.." kalau korang pun mesti tersentap juga urat sedih tu kan?..hahahah..last2 bagi juga harga asal.. Tapi saya cuma fikir satu je, kalau kita baik dengan orang , orang pun baik dengan kita.Sepanjang saya bertolak ansur dengan diaorang , saya tak de pernah rasa rugi apa2 pun..Siap ada yang boleh jadi kawan dan bertanya khabar sampai sekarang.


Kalau korang blogger yang selalu pi event boleh la letak harga atas seratus.Duit minyak, duit bedak lipstik, duit makan lagi..buat nya nanti kena bawak anak sah2 la kos bertambah tak banyak sikit..kan??Tapi mak encik korang ni menulis di rumah je..tak de kena keluar rumah pun.Bayar duit internet upah menulis dan ambik gambar tu je..Harga rm75 masih ok bagi makcik.. Tapi ada tau yang pertikaikan harga murah saya bagi ni..Siap cakap.."sebab awak bagi murah la diaorang asyik nak harga murah je dari blogger,,"..bagi saya kalau nak letak harga pada2 la sikit dengan taraf blog korang tu.Mak encik korang ni masih sedar diri lagi..Bukan nak merendah diri tau tapi kita sendiri tau keupayaan kita.Makcik bukan blogger syok sendiri. Saya ni entry review yang saya tulis 3 bulan lepas pun kadang2 sampai sekarang saya kongsi di facebook, google + dan sebagainya ..Jadi tak yah nak pelik la apasal orang suka bayar saya untuk review..Harga murah tu bukan sebab utama pun..Tapi cara kita bertolak ansur tu..Diaorang akan ingat sampai bila2..

Sekian..


Comments

  1. kan.. tak pe la nk letak rm 10 pon. kalau tu dh yg kita ikhlas. jangan pikir untung semata mata ..

    ReplyDelete
  2. Oklah harga yg diletakan diana utk khidmat tu...bukannya banyak pun iklan yg boleh digantung di blog pandai masing2lah runding harganya xperlulah nk irihati lagipun bukan riburiban hasilnya nanti diintai lhdn pula heh..heh..

    ReplyDelete
  3. Inilah yang Mrs. A suka dengan Diana Rashid ni.
    Ooopss macamlah kenal sangat dengan Diana Rashid yer... ngeh!ngeh!ngeh!

    Tapi ikhlas dari hati memang Mrs. A suka dengan cara Diana Rashid yang jadi diri sendiri jer...

    Asalkan kita rasa harga tu okay teruskan aje... biarlah sikit pun janji berpanjangan.

    ReplyDelete
  4. harga murah review terbaik orang pun suka... :)

    ReplyDelete
  5. Wowowww..murah ni..nak minta review jugak boleh hehe..

    ReplyDelete
  6. Janji menulis dgn ikhlas bukan duit semata2 kan.. gudjob kak!

    ReplyDelete
  7. Sama la Diana..kdg nk letak harga review, duk jenuh pikir nak letak rega baper..letak mahai, sya ni blogger suam2 je..huhu...

    ReplyDelete
  8. Bestnya dpr bt byr review..xkisahla hrga brp pun..bg akk dpr jugak pendapatan hsl dr blogging dan yg penting halal...tahniah anyway

    ReplyDelete
  9. in shaa Allah..jika kt permudahkan urusan org,,Allah permudahkan urusan kita..
    mudahan...bertambah-tambah rezeki lps ni

    ReplyDelete
  10. Betullah tu pendapat Diana. Kita kena tahu juga level ke'blogger'an (hahaha, perkataan baru okey!) kita tu ditahap mana. Kalau tahap celebrity blogger tu bolehlah nak demand. Duit minyak, duit makeup, duit post ad yang entah apa akan jadi bila guna produk tu, kenalah kira.

    Saya rasa walaupun Diana caj murah, orang suka sebab Diana ada kelebihan lain. Bertolak ansur tu salah satu daripadanya kot.

    ReplyDelete

Post a Comment

sila tinggalkan komen anda...:)

Popular posts from this blog

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU

Assalamualaikum...

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU Rasa seronok betul bila dapat Waffle maker ni. Waffle maker ni hadiah dari Lazada Malaysia . Saya dapat Voucher Rm100 dan saya pilih Waffle maker ni .Banyak betul barang dari Lazada kat rumah ni..hahaha..Order hari ni , esoknya dah sampai..Cepat je..kan??Bila sampai terus google resepi, bancuh tepung nak buat Waffle..hahah...Nampak macam gelojoh kan?sebenarnya sebab teruja. :p
Banyak juga resepi Waffle yang saya baca..saya try 2,3 resepi tapi tak menepati citarasa .Saya suka Waffle yang tebal ,lembut ,gebu.Bila dah sejuk pun dia tetap lembut. Ada resepi yang saya cuba jadi  keras dan masak tak sekata mungkin sebab Waffle padat dan jadi keras.

Ini lah waffle yang keras tu..Dia membakar pun tak sekata..Tompok2  je..Resepi nya dari mana??tak perlu la saya bagitau..hahahah..Tapi bagi yang suka waffle keras dan padat macam ni mungkin tak jadi masalah..
Tapi selepas beberapa percubaan akhirnya dapat juga satu resepi yang kena den…

30 MENU BERBUKA PUASA YANG RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN

Assalamualaikum


Masuk je bulan ramadhan benda yang kita selalu fikir ialah nak masak apa untuk berbuka dan bersahur.kalau boleh kita nak juadah yang sedap , mudah di masak dan tak ambil masa yang lama.




Hari ni saya nak senaraikan 30 juadah lauk pauk yang kita boeh buat sepanjang ramadhan ni...Semoga lepas ni tak de la masuk je dapur dah pening kepala nak masak apa..Last2 ke bazar ramadhan juga dia merayau cari lauk..eheheh..Anggaran memasak setiap hidangan cuma dalam 10-20 minit sahaja..kalau guna dapur 2,3 tungku tak sampai sejam siap semuanya..



30 MENU BERBUKA PUASA YANG  RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN
1- Ayam masak merah + ikan goreng +acar timun

2-Daging masak kicap + ikan goreng + taugeh tumis air

3-Gulai ayam + tumis kacang buncis + ikan keli goreng

4-kurma daging + kerabu mangga + ayam berempah

5-asam pedas ikan pari + ayam goreng kunyit +sambal belacan +ulaman

6-ikan keli masak lemak + terung berlada + ayam goreng

7-singgang ikan +kangkung goreng belacan + ikan goreng

8-Sup dagi…

CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL

Assalammualaikum..



CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL Saya belum pernah ada pengalaman melihat toyol..Semoga saya tidak diberi peluang melihat nya. hahha..Orang kata toyol ni macam budak-budak yang badan bulat, kepala nya botak,  semua giginya runcing , badan nya berbulu dan berlendir.Sifatnya seperti kanak-kanak yang suka bermain.Dari apa yang digambar kan ,memang tidak la Toyol ni kita kategorikan sebagai comel..kan??hahah...

Toyol hanya boleh di lihat dengan mata kasar oleh penjaganya sahaja.Orang lain memang tak dapat nak tengok Toyol.kalau ada yang tengok Toyol mungkin ada ritual atau cara-cara tertentu nak melihat makhluk nakal ni.Nak menjaga nya pun macam jaga budak kecil.Kena diberi susu setiap pagi dan petang.Bukan susu dalam tin tu ye ..Tapi menyusu badan.Kalau yang membelanya adalah lelaki, isteri lelaki tu la akan menyusukan toyol tu.kalau tuan nya wanita, wanita tu sendiri akan menyusukan nya.Sanggup tak??hahhah

Kalau di Malaysia ni saya …