Skip to main content

RESEPI KUIH MASALODEH SEDAP DAN MUDAH

Assalamualaikum...

RESEPI KUIH MASALODEH SEDAP DAN MUDAH - Hari ni banyak perkara nak dibuat..nak edit tu ini..macam2 la minta di edit..heheh.nak tukar header blog juga.tak tahu la..tengok nanti cemana sebab masak pun belum lagi ni.hahhahah.Bangun pagi2-pagi terus goreng kuih masalodeh yang masih ada lagi..Setengah orang sebut wadey ada yang sebut vadey..Tapi kebanyakan orang melayu sebut kuih masalodeh.Dalam rumah ni saya sorang yang suka kuih ni jadi bancuh adunan nya dan siap dalam peti sejuk.Bila nak makan baru goreng.Erm..nikmat nya...Nak buat kuih masalodeh ni pun senang je.macam buat jemput-jemput.Tak payah fikir pasal diet la.Dunia je semua tu..hahahah...Time nampak makanan kegemaran jadi macam ni la..Tak pe.Esok pun boleh diet semula.Lagipun setakat makan seketul dua kuih tak kan buat kita gemuk..


Kacang dal yang saya beli ni harga dalam 3 ringgit lebih je.buat dapat la dalam 20 biji.Buat saiz kecik saja.Kacang Dal ni kita rendam dulu.Saya rendam 1 malam dan esok nya tos kan.Tos lama supaya air kerinng.tak de la kering sangat.setakat air tak menitik dah tu kira dah boleh kisar la.

Masa saya beli kacang Dal ni ada nampak satu lagi kacang macam kacang dal.rupanya tu kacang parpu.kacang dal dia besar dan kaler putih kuning.Tapi kacang parpu dia warna nak oren2 sikit dan kecik.itu lah beza kacang dal dan kacang parpu.Ok..jom kita belajar buat kuih masalodeh yang sedap dan simple ni.

Bahan-bahan membuat kuih masalodeh simple dan sedap

2 cawan kacang dal
1/2 biji bawang besar
2 tangkai  cili padi/ cili kering
1 tangkai daun kari
1 sudu kecil jintan manis
garam secukup rasa

cara -cara membuat kuih masalodeh/wadey simple dan sedap

-rendam kacang dal 1 malam atau 4-5 jam dan  toskan.Kisar kacang tanpa air..tak perlu kisar sampai hancur.

-hiris bawang besar,cili padi atau cili kering dan daun kari.campurkan ke dalam adunan.

-masuk kan 1 sudu jintan manis dan garam secukup rasa.


-Bentuk kan adunan bulat2 dan leper.Ikut selera anda.alau suka leper dan garing boleh nipiskan sikit.kalau suka yang gebu , tebalkan sedikit adunan..buat sampai habis dan susun atas dulang

-panaskan minyak dalam kuali dengan api sederhana.kemudian minyak dah panas boleh la di goreng hingga kekuningan.api kekal sederhana sepanjang menggoreng.


-kemudian boleh la dihidangkan..




Rami yang suka kuih ni garing2 tapi saya suka garing ditepi dan gebu di tengah,.Lebih sedap mengunakan cili padi sebab terasa kepedasan tu.Tapi kalau nak pakai cili kering pun boleh.anak2 kecil boleh makan sama..


 Lepas ni cuba lah.Sebab senang saja.macam kita buat jemput-jemput bawang saja .tapi rasanya memang lebih sedap dari jemput-jemput.Boleh la dihidang untuk minum petang.

sekian..

Comments

  1. wah....resepi nampak simple sangat...insya allah ada peluang nak buat nanti

    ReplyDelete
  2. kak ana pernah gak buat wadey ni D, sedap makan panas-panas kan :)

    ReplyDelete
  3. Saya baru tahu yang kacang kecil-kecil kuning tu namanya kacang parpu rupanya Diana ya. Saya ingatkan versi kacang dal juga!

    Saya tak berapa minat vadey ni tapi bila bercakap pasal vadey, saya terus rasa angin satu badan sebab peminat vadey no. 1 yang saya kenal memang rasa nak hempuk-hempuk aje kalau terjumpa tau!

    ReplyDelete
  4. Wah...mudah saje buat..ingatkan payah

    ReplyDelete
  5. Nk tnya... dia x brderai ka masa goreng...?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak berderai.. kalau buat nipis dia jadi garing..kalau tebal dia jadi gebu..Api jangan besar minyak kena banyak.

      Delete
  6. Saya nk tanya boleh tak kalau kita rendam kacang dal semalaman dan lebih dari 5 jam...

    ReplyDelete

Post a Comment

sila tinggalkan komen anda...:)

Popular posts from this blog

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU

Assalamualaikum...

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU Rasa seronok betul bila dapat Waffle maker ni. Waffle maker ni hadiah dari Lazada Malaysia . Saya dapat Voucher Rm100 dan saya pilih Waffle maker ni .Banyak betul barang dari Lazada kat rumah ni..hahaha..Order hari ni , esoknya dah sampai..Cepat je..kan??Bila sampai terus google resepi, bancuh tepung nak buat Waffle..hahah...Nampak macam gelojoh kan?sebenarnya sebab teruja. :p
Banyak juga resepi Waffle yang saya baca..saya try 2,3 resepi tapi tak menepati citarasa .Saya suka Waffle yang tebal ,lembut ,gebu.Bila dah sejuk pun dia tetap lembut. Ada resepi yang saya cuba jadi  keras dan masak tak sekata mungkin sebab Waffle padat dan jadi keras.

Ini lah waffle yang keras tu..Dia membakar pun tak sekata..Tompok2  je..Resepi nya dari mana??tak perlu la saya bagitau..hahahah..Tapi bagi yang suka waffle keras dan padat macam ni mungkin tak jadi masalah..
Tapi selepas beberapa percubaan akhirnya dapat juga satu resepi yang kena den…

30 MENU BERBUKA PUASA YANG RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN

Assalamualaikum


Masuk je bulan ramadhan benda yang kita selalu fikir ialah nak masak apa untuk berbuka dan bersahur.kalau boleh kita nak juadah yang sedap , mudah di masak dan tak ambil masa yang lama.




Hari ni saya nak senaraikan 30 juadah lauk pauk yang kita boeh buat sepanjang ramadhan ni...Semoga lepas ni tak de la masuk je dapur dah pening kepala nak masak apa..Last2 ke bazar ramadhan juga dia merayau cari lauk..eheheh..Anggaran memasak setiap hidangan cuma dalam 10-20 minit sahaja..kalau guna dapur 2,3 tungku tak sampai sejam siap semuanya..



30 MENU BERBUKA PUASA YANG  RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN
1- Ayam masak merah + ikan goreng +acar timun

2-Daging masak kicap + ikan goreng + taugeh tumis air

3-Gulai ayam + tumis kacang buncis + ikan keli goreng

4-kurma daging + kerabu mangga + ayam berempah

5-asam pedas ikan pari + ayam goreng kunyit +sambal belacan +ulaman

6-ikan keli masak lemak + terung berlada + ayam goreng

7-singgang ikan +kangkung goreng belacan + ikan goreng

8-Sup dagi…

CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL

Assalammualaikum..



CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL Saya belum pernah ada pengalaman melihat toyol..Semoga saya tidak diberi peluang melihat nya. hahha..Orang kata toyol ni macam budak-budak yang badan bulat, kepala nya botak,  semua giginya runcing , badan nya berbulu dan berlendir.Sifatnya seperti kanak-kanak yang suka bermain.Dari apa yang digambar kan ,memang tidak la Toyol ni kita kategorikan sebagai comel..kan??hahah...

Toyol hanya boleh di lihat dengan mata kasar oleh penjaganya sahaja.Orang lain memang tak dapat nak tengok Toyol.kalau ada yang tengok Toyol mungkin ada ritual atau cara-cara tertentu nak melihat makhluk nakal ni.Nak menjaga nya pun macam jaga budak kecil.Kena diberi susu setiap pagi dan petang.Bukan susu dalam tin tu ye ..Tapi menyusu badan.Kalau yang membelanya adalah lelaki, isteri lelaki tu la akan menyusukan toyol tu.kalau tuan nya wanita, wanita tu sendiri akan menyusukan nya.Sanggup tak??hahhah

Kalau di Malaysia ni saya …