Skip to main content

RESEPI KUIH CAKOI SENANG DAN MUDAH

Assalamualaikum..



RESEPI KUIH CAKOI SENANG DAN MUDAH- Siapa suka makan kuih Cakoi.?Ada la tu yang tak kenal kuih cakoi tu apa..Ada setengah orang panggil kuih pak tongkol, ada juga yang sebut kuih cakwey .Saya tak selalu la buat kuih ni sebab leceh nak kena buat kuah kacang tu,Ada setengah tempat yang makan dengan sos manis.Tapi kalau dibelah utara ni memang kami makan dengan kuah kacang.Saya pernah tinggal di Johor dulu dan kebanyakan tempat yang saya pergi ada jual kuih ni dan di makan dengan sos manis yang cair...

Untuk resepi cakoi ni saya tengok cara uli dan tarik tu di di satu video ni..Banyak la video yang saya tengok cara untuk uli dan tarik.Penting juga bab tarik2 dan tindih tepung tu sebab itu yang buat ianya cantik dan lembut.






Untuk resepi kuih cakoi lembut , sedap dan mudah ni saya guna yis..tak macam yang selalu kita tengok dalam vido diaorang guna baking soda dan baking powder saja.Saya baca komen2 ramai yang kata cakoi jadi keras dan tak lembut pun.tak sedap.Memang kalau di China, Indonesia  dan vietnam kebanyakan nya diaorang menggunakan baking powder dan baking soda saja .Tak sama macam kita yang menggunakan yis.Guna Yis lebih sedap dan cakoi jadi lembut.Kita pun jadi lebih gebu..ekekeke...

ok..jom tengok resepi cara membuat kuih Cakoi lembut, sedap dan mudah.

Bahan-bahan-

2 cawan tepung gandunm
1 paket yis 11 g
1 biji telur
2 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil garam
2 sudu besar gula
1/2 cawan air
1/2 cawan minyak masak

minyak masak untuk menggoreng.
cakoi menggunakan minyak yang banyak untuk menggoreng sebab dia akan mengembang..



Cara-cara membuat kuih cakoi

pecahkan telur di dalam 2 cawan air kemudian  dan masuk kan gula serta garam..pukul sikit untuk sebati kan...ketepikan..

campur yis ke dalam tepung bersama baking powder.gaul sebati..masuk kan minyak masak dan gaul hujung2 jari sehingga jadi macam serbuk yang halus.

Masuk kan air yang di campur telur tadi kedalam adunan.masuk kan sikit2 dan gau sebati.adunan akan jadi sedikit melekat dan lembik.

Tutup adunan selama 30 minit - 1 jam. ada yang tutup sampai 4-5 jam..terserah la.Tapi bagi saya 1 jam pun dah ok..

kemudian uli sikit untuk keluarkan udara dan rehatkan lagi doh tu dalam 20-30- minit.

kemudian bahagikan doh pada 2 bahagian..

(sambil tu dah boleh panaskan minyak dalam kuali..)

canai doh sehingga berketebalan 1/2 inci. potong doh panjang2 macam dalam gambar bawah ni..

sumber gambar dari video di youtube helen Resipes

ambil satu lidi celup dalam air tekan ditengah2 doh yang dipotong tadi.


sumber gambar dari video di youtube helen Resipes



ambil satu lagi lapisan doh dan letak atas doh yang ditekan dengan lidi tadi..





guna lidi yang sama juga celup sikit dalam air dan tekan ditengah2 doh yang dilapisi 2 doh tadi.tekan di tengah2. angkat doh tarik panjang2 sikit dan terus masuk kan dalam minyak yang panas..

sumber gambar dari video di youtube helen Resipes

Goreng hingga kekuningan ...

Dah siap boleh la di potong2 supaya mudah dimakan dan dihidangkan dengan kuah kacang...

selamat mencuba...:)


sekian..



Comments

  1. SUKA JUGA MAKAN CAKOI NK BUAT MALEH HEH..HEH..

    ReplyDelete
  2. Sedap. Ros suka makan dengan kuah kacang gak. Masa kerja kat Kl dulu pernah beli. Tapi cicah ngan sekaya pandan. Emm manis.. tak berapa nak gemar.

    ReplyDelete
  3. resepi mmg mudah tp nk buat mcm bercinta gitu kih3

    ReplyDelete
  4. Nak buat la nanti..yang pasti cicah sambal.. waa.. sedap2 =)

    ReplyDelete
  5. Allahuuuu ! telan air liur je la dlu :(

    ReplyDelete
  6. Oh, saya tak tahu pun belah utara makan kuih cakoi ni dengan kuah kacang. Tapi dek kerana saya tak suka kuah kacang, makan gitu pun takpa. Lagi afdal kalau dapat cicah something yang pedas macam sambal tumis ^_^

    ReplyDelete
  7. selalu saya makan dengan kuah manis. kalau tak salah, kuah kaya. sedap juga. tapi kalau pakai kuah kacang, tak pernah lagi. hehe

    ReplyDelete
  8. kak mohon tag wife saya kak..petang nanti dia boleh buatkan hahaha

    ReplyDelete
  9. Sukalah jugak makan cakoi ni tapi tulah nak buatnya malas haha...Nak kena buat sanggup lagi postpone makan makcik hihi...

    ReplyDelete
  10. saya buat jadi adunan utk lempeng .. sebab ratio 1:1 tepung & air, jd lembik .. sy masukkan semua air ssbb tu kot jadi lembikk .. T.T

    ReplyDelete
  11. Nak tnya, saiz cawan nya terpulang kepada sndri ke?

    ReplyDelete
  12. Sy buat guna adunan yg ni...2 cawan tepung,2 cawan air...lembik...mcm lempeng....betul ker....akan jadi lembik mcm tu.....????

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama la..sampai hati buat resepi mcm tu.

      Delete
    2. 2 cawan air??Allahu..sorry2..saya silap tulis.1/2 cawan air je puan..Aduh..Minta maaf semua..

      Delete
  13. 2 cawan air??Allahu..sorry2..saya silap tulis.1/2 cawan air je puan..Aduh..Minta maaf semua.. :(

    ReplyDelete

Post a Comment

sila tinggalkan komen anda...:)

Popular posts from this blog

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU

Assalamualaikum...

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU Rasa seronok betul bila dapat Waffle maker ni. Waffle maker ni hadiah dari Lazada Malaysia . Saya dapat Voucher Rm100 dan saya pilih Waffle maker ni .Banyak betul barang dari Lazada kat rumah ni..hahaha..Order hari ni , esoknya dah sampai..Cepat je..kan??Bila sampai terus google resepi, bancuh tepung nak buat Waffle..hahah...Nampak macam gelojoh kan?sebenarnya sebab teruja. :p
Banyak juga resepi Waffle yang saya baca..saya try 2,3 resepi tapi tak menepati citarasa .Saya suka Waffle yang tebal ,lembut ,gebu.Bila dah sejuk pun dia tetap lembut. Ada resepi yang saya cuba jadi  keras dan masak tak sekata mungkin sebab Waffle padat dan jadi keras.

Ini lah waffle yang keras tu..Dia membakar pun tak sekata..Tompok2  je..Resepi nya dari mana??tak perlu la saya bagitau..hahahah..Tapi bagi yang suka waffle keras dan padat macam ni mungkin tak jadi masalah..
Tapi selepas beberapa percubaan akhirnya dapat juga satu resepi yang kena den…

30 MENU BERBUKA PUASA YANG RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN

Assalamualaikum


Masuk je bulan ramadhan benda yang kita selalu fikir ialah nak masak apa untuk berbuka dan bersahur.kalau boleh kita nak juadah yang sedap , mudah di masak dan tak ambil masa yang lama.




Hari ni saya nak senaraikan 30 juadah lauk pauk yang kita boeh buat sepanjang ramadhan ni...Semoga lepas ni tak de la masuk je dapur dah pening kepala nak masak apa..Last2 ke bazar ramadhan juga dia merayau cari lauk..eheheh..Anggaran memasak setiap hidangan cuma dalam 10-20 minit sahaja..kalau guna dapur 2,3 tungku tak sampai sejam siap semuanya..



30 MENU BERBUKA PUASA YANG  RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN
1- Ayam masak merah + ikan goreng +acar timun

2-Daging masak kicap + ikan goreng + taugeh tumis air

3-Gulai ayam + tumis kacang buncis + ikan keli goreng

4-kurma daging + kerabu mangga + ayam berempah

5-asam pedas ikan pari + ayam goreng kunyit +sambal belacan +ulaman

6-ikan keli masak lemak + terung berlada + ayam goreng

7-singgang ikan +kangkung goreng belacan + ikan goreng

8-Sup dagi…

CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL

Assalammualaikum..



CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL Saya belum pernah ada pengalaman melihat toyol..Semoga saya tidak diberi peluang melihat nya. hahha..Orang kata toyol ni macam budak-budak yang badan bulat, kepala nya botak,  semua giginya runcing , badan nya berbulu dan berlendir.Sifatnya seperti kanak-kanak yang suka bermain.Dari apa yang digambar kan ,memang tidak la Toyol ni kita kategorikan sebagai comel..kan??hahah...

Toyol hanya boleh di lihat dengan mata kasar oleh penjaganya sahaja.Orang lain memang tak dapat nak tengok Toyol.kalau ada yang tengok Toyol mungkin ada ritual atau cara-cara tertentu nak melihat makhluk nakal ni.Nak menjaga nya pun macam jaga budak kecil.Kena diberi susu setiap pagi dan petang.Bukan susu dalam tin tu ye ..Tapi menyusu badan.Kalau yang membelanya adalah lelaki, isteri lelaki tu la akan menyusukan toyol tu.kalau tuan nya wanita, wanita tu sendiri akan menyusukan nya.Sanggup tak??hahhah

Kalau di Malaysia ni saya …