Tuesday, 2 August 2016

PESANAN UNTUK SEMUA YANG BAKAL MENGADAKAN MAJLIS PERKAHWINAN

Assalamualaikum...



Ramai yang memilih untuk menamatkan zaman bujang bila tiba penghujung tahun Biasanya selepas raya adalah waktu yang menjadi pilihan ramai pasangan untuk mengadakan majlis akad nikah dan juga risepsi perkahwinan mereka.Sejak awal tahun dah berbagai persiapan dilakukan kini tiba lah hari yang dinanti-nanti kan..



Tapi perlu diingat apa bila tiba sahaja hari berlangsungnya majlis yang dinanti-nantikan ini ada beberapa perkara yang pasangan pengantin perlu tahu samaada boleh buat atau pun tidak.



Malam sebelum berlangsungnya majlis dah tentu hati berdebar-debar.nak pejam kan mata pun tak boleh apa lagi nak lena .Tapi kalau nak cantik berseri tidur kena la cukup.Tak kan nak duduk di pelamin dengan mata merah , mata panda muka pun pucat saja..kan??Tidur awal,tenangkan fikiran dan hindari dari melakukan kerja2 berat sehari sebelum majlis berlangsung supaya wajah lebih ceria, berseri dan segar.



Tiba majlis yang dinantikan bangun lah awal.Selepas solat berdoalah semoga majlis berjalan dengan lancar.Lakukan sedikit senaman untuk menyegarkan badan.Jangan abaikan sarapan gara-gara takut baju pengantin tak muat.Badan tak kan gemuk dengan mengambil masa hanya sehari..



Dihari bersejarah ini anda tak perlu lagi memikirkan tentang makanan untuk tetamu, baju untuk pengapit dan sebagainya.Untuk hari ini anda hanya perlu siapkan diri anda sendiri.Perkara2 di dewan makan, atau tentang bunga telur ada berapa pokok itu semua sudah anda uruskan sebelum ini.jadi jangan risau.Pandai2 lah mereka yang sudah diberikan tugas untuk menguruskan semuanya..



Jangan abaikan tetamu yang hadir dimajlis anda.Raikan lah tetamu dan tegurlah saudara mara, sahabat handai yang datang untuk meraikan majlis anda.Jangan sesekali tinggalkan mereka hanya disebabkan anda perlu mengambil gambar perkahwinan di sawah, taman tasik atau tempat2 lain.Sepatutnya sesi bergambar selain dari rumah atau dewan perkahwinan bersama tetamu, anda diaturkan pada tarikh lain atau pilih hari keesokan nya untuk acara tersebut.



Jangan hanya melayan kawan-kawan anda sahaja.Ini lah masanya anda nak mengenali saudara mara pasangan anda jauh dan dekat.Kenalkan saudara mara anda pada pasangan anda.Jangan biarkan pasangan anda bersendiri dan keseorangan seolah2 majlis ini hanya untuk anda seorang.



Ucapkan terima kasih kepada tetamu yang hadir..Mungkin boleh lakukan ucapan ringkas di pertengahan majlis sebagai menghargai mereka yang hadir dan saudara mara yang bertungkus lumus untuk hari bersejarah anda.

Untuk semua bakal pengantin , Selamat pengantin Baru..Semoga majlis anda berjalan dengan lancar..:)


sekian..

3 comments:

  1. Tips yg patut dijadikan panduan ni...agar xlah jadi rumah siap pahat berbunyi

    ReplyDelete
  2. Masuk cuti sekolah nanti memang lagilah banyak majlis kahwin. Sesuai entri ni dibaca oleh bakal-bakal pengantin ^_^

    ReplyDelete
  3. bguna sgt ni utk yui suatu ari nnti. inshaaALLAH

    ReplyDelete

sila tinggalkan komen anda...:)

'; (function() { var dsq = document.createElement('script'); dsq.type = 'text/javascript'; dsq.async = true; dsq.src = '//' + disqus_shortname + '.disqus.com/embed.js'; (document.getElementsByTagName('head')[0] || document.getElementsByTagName('body')[0]).appendChild(dsq); })();