Skip to main content

PERKARA YANG PALING SUSAH ISTERI NAK BUAT IALAH MERASA MALU

Assalamualaikum...


selamat pagi..
pagi2 gini kena tulis benda positif je..
selalu nya bila tulis benda positif kita kena la letak contoh yang
negatif sebab nak kaitkan dengan positif tu..hahhhha..
mu pehe ko dok ni ??ekekek

Menjadi isteri orang ni suami saya kata mudah je..
jaga apa yang patut InsyaAlah syurga lah tempatnya..
tapi dia kan suami..cakap pandai la...hahhaah,

Bagi saya bila jadi isteri ni tanggungjawab agak berat berbanding masa kita bujang dulu.
Masa bujang dulu kita kan dok sendiri.Bukan dok dengan mak,
jadi bila cuti tu bangun awal basuh baju lepas makan, kemudian tidur sampai tengahari..
sukahati la nak bangun ke tidak..Bukan
Tapi bila jadi isteri ni , cakap je nak tidur.
tapi sebelum tidur tu, kutip baju2 kotor masuk kan dalam raga,
kutip mainan anak..basuh cawan dalam sink.
kemudian baru tidr..

betul tak??

Belum masuk tanggungjawab lain lagi..


Dan satu yang rasa saya ada isteri yang susah nak buat ialah menjaga rasa malu..
perangai loklaq masa bujang tu kadang2 terbawa2 sampai la dah jadi mak orang.
Masa bujang dulu melawak benda2 lucah dengan kawan2 ni benda biasa je bagi dia..
Tapi bila dah jadi isteri orang tak boleh la nak bergurau macam tu..
bergura gaya itu dengan suami sendiri ok la..
tapi kalau dilaman sosial agak tak elok..tak manis orang pandang..
Muka cantik dah..sopan je nampak..tapi mak aih..
status facebook dia..suami ajak "tutttt' pun nak bagi tau..
Datang je mood gedik dia lawak lucah dia post kat facebook.
ye la..lucu.tapi tengok kemain berlumba2 lelaki nak komen..

Suami dia pulak tengok je isteri dia punya status..
bangga la oi..isteri kemain sporting ..
dalam hati nya mungkin kata.." baru depa tau hebatnya bini aku..."

kahkahkah...

sekian..




Comments

  1. benda yang malu-malu ini wajib dirahsiakan..

    walaupun buat benda yang halal tetapi meneceritakan boleh jatuh ke hukum ....nak sebut tak pasti la pulak

    ReplyDelete
  2. JADI ISTERI MITHALI SIMPAN SEMUA RAHSIA PERIBADI...

    ReplyDelete
  3. btl tuh, kadang kene simpan skit perangai gila2 tuh....

    ReplyDelete
  4. haha ok yg last tu mcm lawak..kihkih.
    itulah kak, yui smntra msih bujang, hrp peel ni baik baik jela kalau nnti jd bini org

    ReplyDelete
  5. ishk janganlah sampai cam tu sekali ek

    ReplyDelete
  6. dah jd tabiat... yg x baik tu, kena laa kikis sedikit demi sedikit... almaklum laa umur pun makin muda ;-)

    ReplyDelete
  7. saya ni maybe lazer tapi sangat malu nak cakap benda lucah. mungkin benda ni pengaruh dari zaman anak dara sampai dah kwen pun saya tak boleh terbuka sembang bab2 hal suami isteri ni. selalunya kalau dari muda asyik dok melucah membawa sampai ketua perangai macam tu

    ReplyDelete

Post a Comment

sila tinggalkan komen anda...:)

Popular posts from this blog

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU

Assalamualaikum...

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU Rasa seronok betul bila dapat Waffle maker ni. Waffle maker ni hadiah dari Lazada Malaysia . Saya dapat Voucher Rm100 dan saya pilih Waffle maker ni .Banyak betul barang dari Lazada kat rumah ni..hahaha..Order hari ni , esoknya dah sampai..Cepat je..kan??Bila sampai terus google resepi, bancuh tepung nak buat Waffle..hahah...Nampak macam gelojoh kan?sebenarnya sebab teruja. :p
Banyak juga resepi Waffle yang saya baca..saya try 2,3 resepi tapi tak menepati citarasa .Saya suka Waffle yang tebal ,lembut ,gebu.Bila dah sejuk pun dia tetap lembut. Ada resepi yang saya cuba jadi  keras dan masak tak sekata mungkin sebab Waffle padat dan jadi keras.

Ini lah waffle yang keras tu..Dia membakar pun tak sekata..Tompok2  je..Resepi nya dari mana??tak perlu la saya bagitau..hahahah..Tapi bagi yang suka waffle keras dan padat macam ni mungkin tak jadi masalah..
Tapi selepas beberapa percubaan akhirnya dapat juga satu resepi yang kena den…

30 MENU BERBUKA PUASA YANG RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN

Assalamualaikum


Masuk je bulan ramadhan benda yang kita selalu fikir ialah nak masak apa untuk berbuka dan bersahur.kalau boleh kita nak juadah yang sedap , mudah di masak dan tak ambil masa yang lama.




Hari ni saya nak senaraikan 30 juadah lauk pauk yang kita boeh buat sepanjang ramadhan ni...Semoga lepas ni tak de la masuk je dapur dah pening kepala nak masak apa..Last2 ke bazar ramadhan juga dia merayau cari lauk..eheheh..Anggaran memasak setiap hidangan cuma dalam 10-20 minit sahaja..kalau guna dapur 2,3 tungku tak sampai sejam siap semuanya..



30 MENU BERBUKA PUASA YANG  RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN
1- Ayam masak merah + ikan goreng +acar timun

2-Daging masak kicap + ikan goreng + taugeh tumis air

3-Gulai ayam + tumis kacang buncis + ikan keli goreng

4-kurma daging + kerabu mangga + ayam berempah

5-asam pedas ikan pari + ayam goreng kunyit +sambal belacan +ulaman

6-ikan keli masak lemak + terung berlada + ayam goreng

7-singgang ikan +kangkung goreng belacan + ikan goreng

8-Sup dagi…

CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL

Assalammualaikum..



CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL Saya belum pernah ada pengalaman melihat toyol..Semoga saya tidak diberi peluang melihat nya. hahha..Orang kata toyol ni macam budak-budak yang badan bulat, kepala nya botak,  semua giginya runcing , badan nya berbulu dan berlendir.Sifatnya seperti kanak-kanak yang suka bermain.Dari apa yang digambar kan ,memang tidak la Toyol ni kita kategorikan sebagai comel..kan??hahah...

Toyol hanya boleh di lihat dengan mata kasar oleh penjaganya sahaja.Orang lain memang tak dapat nak tengok Toyol.kalau ada yang tengok Toyol mungkin ada ritual atau cara-cara tertentu nak melihat makhluk nakal ni.Nak menjaga nya pun macam jaga budak kecil.Kena diberi susu setiap pagi dan petang.Bukan susu dalam tin tu ye ..Tapi menyusu badan.Kalau yang membelanya adalah lelaki, isteri lelaki tu la akan menyusukan toyol tu.kalau tuan nya wanita, wanita tu sendiri akan menyusukan nya.Sanggup tak??hahhah

Kalau di Malaysia ni saya …